Tuesday, July 19, 2011

Selamat melahirkan..


Pelakon popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 17 Julai lalu pada Ahad lalu pukul 3 petang di Rumah Sakit YPK Menteng, Jakarta Pusat.
Seperti dipetik Inilah.com, pengurus pelakon tersebut, Wisnu telah mengirimkan kenyataan kepada media berkenaan maklumat bayi tersebut.

Bayi lelaki yang diberi nama Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo telah dilahirkan dalam keadaan normal.
Dalam surat tersebut juga, Dian melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang.
"Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dan sangat bahagia atas kelahiran putera pertama kami.

"Alhamdulillah selama saya mengandung dan proses bersalin semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya.
Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Kami akan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan biarpun kami sibuk dengan kerjaya kami, kami berjanji untuk menjadi orang tua yang baik untuk anak kami.
"Buat masa ini saya masih berehat dan pemulihan, maka tiada sesi bertemu media," tambahnya.



.

day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda


hoho, tak pernah didedahkan sebelum ni...
Dengan ter-publishnya entri ini, maka koranglah orang pertama yang tahu...
(Soalan-soalan cabaran ni memang sukar bagi lulu.. sob sob..)


Apa yang ada dalam beg mekap Lulu Caldina???

Dalam gambar tu sikit jer.. ada banyak lagi.. Tapi letak banyak, nanti orang cakap menunjuk pula kan.. Lagipun lulu jarang pakai mekap, yang nipis bolehlah.. Awet muda you.. mekap tebal-tebal nanti muka lekas nampak tua.. ekeke.. Lagipun, kebanyakan mekap, adalah pemberian dari orang... :) So, syukur alhamdulillah dengan menggelakkan muka dari sering terdedah dengan alat mekap, maka, lulu tak perlukan penjagaan muka ekslusif.. cukuplah sekadar pencuci muka.. Tadaa...


Selalunya dalam beg mekap Lulu, bukan jer ada mekap, ada perfume, getah rambut dan macam2 lagi.. Huhu, kalau travelling, bawa yang ringkas saja, sudah memadai..




P/S - Selesai cabaran hari ke 12 [KLIK


[Pendedahan] Saya akan berkahwin.. :)


Pelakon Yasmin Hani, 32, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober ini dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali.

Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.
"Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga.
"Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai,

"Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang," katanya yang ditemui di Majlis Pra-Tonton drama terbaru Astro Prima, di sini, Isnin.

Tambah Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya.
"Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

"Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga," katanya.
Ditanya tentang kelebihan Shahrin di mata pengacara Beat TV ini, Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar.

"Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia.
"Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi," katanya.
Sementara itu, bercerita tentang perancangan selepas berkahwin, Hani berkata dia masih terus bekerja seperti biasa dalam industri ini.





.

Ibu rayu bantu anak istimewa


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Itu peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kesedihan seorang ibu, Hamimah Zakaria, 33, yang hanya mampu melihat penderitaan anaknya, Muhammad Muharriz Halil yang bukan sahaja buta dan bisu, malah tidak boleh berjalan.
Biarpun sudah berusia tujuh tahun, Muhammad Muharriz tidak seperti kanak-kanak lain. Dia tidak dapat keluar bermain dan juga tidak bersekolah kerana tiada tempat mahu menerimanya yang berkeadaan begitu.

Setiap hari, anak kedua daripada tiga beradik yang masih memakai lampin pakai buang itu hanya duduk sambil menggelengkan kepala. Dia hanya boleh mengesot atau merangkak apabila mahu bergerak dan menangis apabila lapar.
Ketika pihak media berkunjung ke rumahnya di Taman Desa Rakyat Perdana, Pasir Gudang di sini hari ini, kanak-kanak itu sedang berbaring menghadap ke luar di pintu rumah, seolah-olah sedang merenung masa depannya.

"Itulah yang dilakukannya setiap hari. Apabila lapar atau mahu meminta lampin pakai buang ditukar, dia akan menangis. Makanan hariannya selain susu hanya nasi berlaukkan kuah sebab itu dia kurus kerana kurang zat.
"Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya seperti ini sedangkan rakan-rakan sebaya sedang menikmati zaman kanak-kanak mereka dan pergi ke sekolah, saya tidak tahu macam mana dengan masa depannya," ujar Hamimah bernada sebak.

Hamimah yang berkata, merupakan seorang suri rumah, sejak dilahirkan, Muhammad Muharriz memang tidak boleh melihat sebelum tidak mampu bercakap dan mula tidak boleh berjalan sejak berumur 6 tahun.
Tambahnya, pelbagai ikhtiar sudah dilakukan oleh dia dan suami, Halil Yusof, 39, termasuk pergi ke beberapa hospital bagi mengenal pasti penyakit anaknya itu namun, sehingga ke hari ini, masih tidak memperoleh jawapan.

Dalam pada itu, dia turut merayu terutama kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pihak berkaitan untuk menghulurkan bantuan kerana pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu lori sebanyak RM1,300 sebulan, tidak cukup bagi menampung keperluan anaknya itu.

"Saya pernah memohon dengan JKM dua tahun lalu tetapi sehingga ke hari ini, tidak terima maklum balas. Buat masa ini, ada juga yang memberi sumbangan seperti beras daripada UMNO dan kerusi roda daripada Hospital Sultan Ismail," katanya.
Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, boleh menghubungi Hamimah menerusi 019-7951972.



.

Nur Alia Najwa rayu bantuan


Kelahiran anak ketiga setahun yang lalu cukup menggembirakan pasangan Nor Azira Abdul Rahman, 38, dan suaminya, Mohd. Zaidi Ismail, 40.
Bagaimanapun, kegembiraan mereka itu direnggut dengan mengesahan doktor bahawa Nur Alia Najwa menghidap jantung berlubang dan saluran jantung sempit tidak sampai sebulan selepas dia dilahirkan.

Ketika ditemui di Permatang Bendahari di sini, Nor Azira memberitahu, mereka kini buntu memikirkan nasib Nur Alia Najwa apabila diberitahu anak bongsu itu perlu menjalani pembedahan bagi kedua-dua komplikasi tersebut.

“Anak saya dilahirkan tidak cukup bulan pada 28 Julai tahun lalu di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dengan berat hanya 1.66 kilogram (kg).
“Selepas dilahirkan, dia terpaksa ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sebelum dibenarkan pulang,” ujarnya.

Namun katanya, ketika membuat rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang, doktor memaklumkan dia mengalami masalah jantung.
Katanya lagi, doktor memberitahu anaknya perlu menjalani pembedahan di sebuah hospital di India bagi memperbaiki kedua-dua masalah tersebut, namun tidak menjelaskan kos yang perlu ditanggung.




.

Kerana sebab kecil, dia dipukul suami..

Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.

Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.
Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.

“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.

“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.

Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.

“Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. “Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.




P/S - Isteri yang dinikahi, wajar disayangi dan dilindungi.... Bukan sebaliknya.. meh beli karung tinju, meh..



.

Semakin teruk


“Mak, bila muka Lin akan baik (pulih) semula. Itu pertanyaan yang sesekali dilontarkan kepada ibunya di rumah, bagi meredakan perasaan.
Setiap kali pula, pertanyaan itu mengharukan Che Ku Zaimah Che Ku Awang,29, kerana tidak mempunyai jawapan meyakinkan, tetapi berusaha memujuk Nurul Dahyatul Fazlinda bahawa akan tiba masanya nanti.
Tiada lagi kedengaran becok kata-katanya, tiada lagi kerap ukiran senyuman atau gelak tawa keriangan - alam kanak-kanak yang dilaluinya bagaikan terbakar ekoran peristiwa Ogos tahun lalu.
Peristiwa yang mengubah kehidupan dan masa depannya, malah keluarganya. Konflik rumah tangga ibu dan ayahnya ternyata membawa padah dan Nurul Dahyatul Fazlinda,9, turut menanggungnya.

Ayahnya kini akan menghabiskan 10 tahun di penjara, harga yang harus dibayar atas perbuatan mencederakannya, ibu, adik dan neneknya dengan simbahan asid.
Nurul Dahyatul Fazlinda menanggung akibat paling buruk apabila asid memamah wajahnya yang mungkin membawa bersama kecacatan kekal sepanjang hayatnya.

Setelah lebih sebulan terlantar di hospital menanggung kesakitan, anak kecil itu dibenarkan pulang ke rumah, namun apa lebih menyakitkan awalnya adalah menatap wajah di cermin.
Justeru dia tahu mengapa ramai yang sebaya seakan takut mendekatinya cuba dijauhi sehingga dia lebih suka menyendiri di rumah dan hanya tangisan menenangkannya.
Malah dia mulanya enggan untuk kembali ke sekolah dengan wajah sedemikian kerana membayangkan reaksi yang sama akan diberikan oleh rakan-rakan.

Namun hampir lima bulan kemudian, sedikit senyuman terukir setelah dia berjaya dipujuk untuk melangkah ke tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Padang Setar awal Januari lalu.
Pengalaman di hari pertama sesi persekolahan membawa keriaan kepadanya, ketika pemergiannya dijemput dan ketibaannya disambut hasil pendekatan pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Daerah.
“Dulu takut nak ke sekolah sebab nanti kawan-kawan ejek dan lari tetapi selepas keluar surat khabar ramai yang mahu berkawan dengan saya,” ujarnya.

Dalam keadaan hari-hari yang ditempoh amat menyiksakan, dia tidak pernah menyalahkan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang menyebabkan wajahnya menjadi buruk.
“Lin tahu ayah bukan berniat begitu,” ujarnya sambil mengisi buku-buku ke dalam begnya sementara ibunya memakaikan pakaian sekolah adiknya
Ayah dan ibunya bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Berang bulan lalu, mengakhiri kekusutan hubungan mereka.

Bagi Che Ku Zaimah, dia tidak dapat membayangkan bagaimana akan menghdapi masa depan, apatah lagi apabila meniti zaman keremajaan kelak.
Ibu kepada empat orang anak itu kini membantu ibunya berniaga sayuran di pasar di Pasar Kuala Berang bagi menambah pendapatan selain bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.

Kerajaan negeri pula memberi jaminan untuk membiayai sepenuhnya kos rawatan.
“Saya perlu bekerja demi mereka (anak-anak). Saya juga telah banyak terhutang budi kepada pelbagai pihak yang selama ini membantu memulihkan Lin dan juga keluarga kami,”ujarnya.
Mengimbas kembali tragedi itu, dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi, 15 Ogos lalu di Kampung Sekayuu, Mat Haizan, dilaporkan memecah masuk rumah ibu mertuanya, Minah Omar,57, dengan membawa bungkusan asid.

Dalam pertelingkahan ekoran kemelut rumah tangganya, asid yang dibawa terkena Che Ku Zaimah, Nurul Dahyatul Fazlinda, anak bongsu mereka, Muhammad Irfan Firdaus,3, dan Minah.
Ketika dihadapkan ke mahkamah, Mat Haizan yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah dan insaf di atas segala perbuatan yang dilakukan.

Pada pada 25 Ogos tahun lalu lalu, dia dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan atas kesalahan itu.
Menurut Che Ku Zaimah, keengganan Nurul Dahyatul Fazlinda memakai topeng secara berterusan menyebabkan parut di mukanya tampak lebih ketara kini, biar pun telah menjalani pembedahan pertama pada awal tahun ini.
“Lin merungut topeng itu buat muka dia rasa sangat perit dan amat tidak selesa, sukar untuk saya memaksa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu di sini, semalam.
Che Ku Zaimah tetap akan memaksa anaknya itu memakai topeng tersebut namun apabila lepas dari pandangannya, terutama apabila tersedar daripada tidur, kanak-kanak itu akan menanggalkannya.

“Dia sepatunya memakai 23 jam sehari tetapi ia mungkin sangat meresahkan dan adakalanya dia menangis mengadu kesakitan.
“Sekarang ini, saya risau untuk bawa Lin untuk rawatan susulan kerana takut dimarahi doktor sebab parut diwajahnya makin serius,” katanya.

Jelasnya, temu janji dengan pakar kulit yang merawat Lin pada Mei lalu juga gagal dipenuhi kerana ketika itu anaknya demam agak teruk.
Sementara itu, Lin memberitahu, dia masih tidak dapat membiasakan diri apabila orang menatap wajahnya dengan reaksi tidak menyenangkan.
“Di sekolah kawan-kawan baik tapi bila pergi pasar atau ke mana-mana orang masih tanya kenapa muka saya jadi macam ni,” katanya sambil menunukkan muka.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!