Wednesday, July 20, 2011

Artis hamil anak kedua


Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya telah mencecah hampir lima bulan.
Disebabkan hamil dan komitmen dengan keluarga membuatkan Intan semakin menyepi dalam industri seni tanah air.

“Alhamdulillah, saya mengandung anak kedua yang kini bakal memasuki usia lima bulan.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menambah cahaya mata memandangkan anak pertama saya, Megat Evan Raez sudah berusia setahun lapan bulan,” katanya.
Kata pelakon drama “Suara Hati” ini, kemungkinan bayi yang akan lahir itu adalah lelaki.

“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan ini berada dalam kandungan sihat dan saya tidak mengalami alahan.
“Saya hanya menjalani aktiviti harian seperti biasa cuma kurang masa untuk aktif kembali dalam karier seni,” jelasnya.

Tambahnya lagi: “Selain sibuk menguruskan rumah tangga, saya juga sibuk membantu suami menguruskan perniagaannya secara kecil-kecilan.”
Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu.



.

'I'm NOT pregnant': Jessica Simpson



Jessica Simpson has denied speculation she is expecting her first child.
The 31-year-old sparked rumours after she arrived for a business meeting in Beverly Hills last week wearing a very clingy beige dress.
The fitted frock pulled around her stomach, leading to speculation she had a baby bump.
However, her spokesperson told Hollywood Life: 'She is not pregnant.'
 Simpson, who appeared to hide her frame behind a large black Yves Saint Laurent handbag, has made no secret of her desire to eventually have children with her fiancĂ© Eric Johnson. 

'I definitely see myself having a family with Eric, so that’s exciting to think about,' she has said.
For now, however, it seems she is focused on her wedding plans - and, of course, running her billion dollar fashion empire. 


She is also set to join the new NBC reality TV series Fashion Star as a celebrity mentor.
With a hugely successful clothing and accessories line under her belt, she will help aspiring designers as they compete for a multi-million dollar contract to launch their own brand.
It will be hosted by supermodel and lingerie brand owner, Elle Macpherson.



.

day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda


 Apa yang ada dalam beg duit anda?

1. kad pengenalan..
Ini penting sebab tak maulah nanti dianggap pendatang tanpa izin kan.. Tak pasal-pasal kena angkut pergi balai.. ekeke...

2. Duit..
Takde duit jangan jalan.. nanti nak isi minyak, makan, atau suping, semua tak boleh...

3. Lesen memandu..
Asal memandu, lesen memandu memang penting...
Tapi selalunya kalau ada road block, polis trafik tu buat tak nampak jer tau.. checklah lulu ni sekali sekala.. ada ke tak lesen memandu.. Kereta pun dia pandang sepintas lalu.. hoho, best lak kan macam dapat pengecualian.. ke, muka ni memang muka orang baik.. weewuu..

4. ATM kad..
Mestilah ada, nanti nak cucuk duit.. Lagipun senang jer belanja guna kad.. Bukan master kad, tapi debit kad.. alaa kad maybank tu.. malas bawa duit.. macamlah duit banyak sangat, kan.. ekeke. juga bank-bank lain.. banyak ATM kad, buat semak dompet..ngee

5. kad member..
suping complex, kad mesra, avon, beethoven, bonuslink, KFC  dan banyak lagi..


P/S - Tamat cabaran hari ke 13. [KLIK]





.

Wordless Wednesday







.

Melawat makbed dan najwan...


Susahnya nak cari rumah makbed... Bila pusing-pusing, so, nampaklah apa yang nini hebahkan hari tu..
Betul hebat tempat tinggal makbed ni... wooo tapi ngeri, kena 'soal siasat' sebelum masuk...


Niat dihati nak melawat makbed dan najwan, membuatkan hati berdebar-debar..
Macam manalah rupanya makbed yang selalu bergambar setengah badan kat opis..
Nampak besar jer kan.. 
sedangkan nini cakap makbed ni kecik jer orangnya..
kecik okeh...ngee


Nak tengok najwan yang putih melepak,
dan kakaknya, oni yang tak reti duduk diam...
Macam mana agaknya perasaan bila melihat insan-insan yang sering lulu lihat dipaparan entri blog makbed..?
Huhu sungguh teruja...


hah, bam bam bee dah kelihatan.. 
siyes kereta idaman ku itu (honda accord memang lulu minat, versi baru, tapi kereta makbed versi lama..) sangat lawa...dengan cat hitam mati..ekeke
Tangga segera ku naiki..
betul tak sabar weh, gelojoh, takut lak kan jatuh kat tangga..
tangga yang makbed lalui hari-hari..


akhirnya lulu tiba dimuka pintu rumah makbed...
Sambil lulu ketuk pintu, lulu terdengar suara makbed menyanyi dalam bilik air..
(sebab dengan bunyi air macam orang mandi)..
Agak lama, baru makbed buka pintu..
owh mugkin bersiap dulu..
dengan muka terkejut, makbed terkebil-kebil melihat lulu..
ngee, lulu kan datang tak bagitau..
surprise lah katakan....

makbed pelawa lulu masuk..
dan jelas dimata lulu, setiap inci rumah yang selalu lulu lihat dalam entri makbed..
dan si kecil yang cute ini..


cutekan dia?
Lulu sempat cium dia tau..
Tapi lulu tak dapat jumpa oni..huhu..








*




















*














*















Korang, rupa-rupanya ni semua sekadar mimpi..
bila tersedar, lulu tersenyum sendiri..
Niat lulu dimakbulkan Tuhan rupanya..
iaitu melihat keluarga kecil ini didepan mata sendiri...
huhu, oni.... nanti untie mimpi lain kali, kita jumpa eh??




P/S - Kredit gambar buat makbed dan nini d..




.

Ianya bukan aneh



Penemuan seekor ikan aneh yang mempunyai muncung mirip buaya di Sungai Perak, dekat sini, menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk sekitar berikutan spesies ikan itu tidak pernah ditangkap penduduk yang kerap menjala di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, tanda tanya itu terjawab apabila ikan yang mempunyai muncung dan gigi tajam menyerupai buaya julung-julung itu dipercayai spesies ikan pemangsa, alligator gar, berasal dari Amerika Utara.

Penemuan ikan itu semalam sekali gus mengundang lebih banyak persoalan bagaimana ikan air tawar yang hanya boleh ditemui di benua Amerika Utara itu boleh ‘sesat’ hingga ke Sungai Perak yang bukan habitat asalnya.
Difahamkan, ikan itu ditangkap oleh seorang pemancing sebelum menjualnya kepada peniaga ikan, Jamaluddin Harun, 58, yang berniaga di Pasar Besar Teluk Intan, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak pernah melihat ikan seumpama itu sejak berniaga ikan hampir 30 tahun lama di pasar berkenaan.

“Ikan itu yang ditangkap berhampiran sungai di Kampung Batu 8, Jalan Hutan Melintang di sini, mempunyai kepala seperti buaya dengan mempunyai deretan gigi tajam, manakala badannya menyerupai ikan biasa.
“Ikan itu ditangkap oleh seorang penduduk tempatan sebelum menjualnya epada saya pada jam 3 pagi semalam di Pasar Besar Teluk Intan,” katanya.

Menurutnya, ikan ganjil itu mempunyai ukuran 1.2 meter dan seberat hampir 6 kilogram.

“Ada pembeli menawarkan harga RM100 untuk membeli ikan itu dari saya, namun saya tidak mahu menjual ikan berkenaan,” katanya.



P/S - Gambar ambil dari google


.

Anuar Zain dedah kisah cinta

APABILA memperkatakan tentang penyanyi lelaki yang seorang ini, dia memang cukup berahsia tentang hal peribadinya terutama kisah cinta.
Baginya ia adalah sesuatu yang cukup sulit untuk diceritakan dan dikongsikan bersama masyarakat melainkan apabila dia benar-benar bersedia untuk mendedahkannya.

Begitu juga dengan kisah perkahwinan. Tanyalah kepada tuan punya badan, jawapannya akan tetap sama. Tidak akan berganjak sedikit pun.
Namun, entah mengapa, pada malam Jumaat lalu Anuar Zain begitu terbuka untuk menceritakan kisah peribadi tentang cintanya yang terputus di pertengahan jalan.

"Saya pernah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis sekitar tahun 2000. Ketika itu saya berusia 25 tahun manakala dia pula 19 tahun. Semuanya berjalan dengan baik sehinggakan dia sendiri menyuarakan kesediaannya untuk menjadi isteri saya.
"Tetapi, ketika itu saya belum bersedia kerana karier baru bermula. Dia faham dan tidak kisah untuk menunggu saya sehingga usianya mencecah 25 tahun.

"Namun akhirnya, dia meninggalkan saya dan berkahwin dengan orang lain. Sesungguhnya ia sesuatu yang cukup menyedihkan saya," kata Anuar sebelum menyampaikan lagu Kembalilah Kasih yang merupakan kisah sebenar pengalaman cintanya itu.

Kerana penghayatan yang cukup mendalam sewaktu mendendangkan lagu balada indah itu, secara tiba-tiba, suara Anuar tersekat-sekat menahan air matanya daripada mengalir.
Melihatkan reaksi Anuar itu, secara spontan seorang peminat perempuan tampil ke pentas dan menyerahkan tisu untuk Anuar mengelap air matanya.
"Atas alasan itu, saya memang jarang menyanyikan lagu Kembalilah Kasih ini kerana ia benar-benar menusuk kalbu dan menyentuh hati saya.

"Cuma, malam ini saya sengaja mahu menyanyikannya demi peminat yang saya tahu ada di antara mereka yang turut menggemari lagu ini," jelas Anuar dalam persembahan Up Close and Personal With Anuar Zain yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Persembahan eksklusif Anuar itu adalah sebahagian daripada acara yang tersenarai dalam Festival Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini.

Sebelum menyampaikan lagu Kembalilah Kasih, Anuar membuka tirai persembahan pada malam itu dengan lagu Ku Berjanji Karna Cinta dan Kau Bunga Cintaku.
Biarpun bermula lewat setengah jam daripada waktu asalnya iaitu 9.30 malam, namun peminat setia Anuar yang memenuhi setiap ruang Mega View Banquet Hall tidak langsung berganjak dan menunggu dengan penuh setia.

Seperti mana persembahan Anuar sebelum ini, memang tidak sah dan bagaikan satu 'kesalahan' seandainya jejaka pujaan wanita itu tidak turun dari pentas dan beramah mesra dengan peminatnya.
Umpama gula yang dihurung semut, pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain ini tetap menjadi tumpuan lensa kamera peminatnya yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengannya.

Sehinggakan ada sekelompok peminat yang sudah mengeluh dan menjerit meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila Anuar tidak datang ke meja mereka.
Memang sukar menjadi figura popular seperti Anuar. Apatah lagi adanya peminat fanatik yang terlalu gilakannya, mahu atau tidak, Anuar harus memenuhi kehendak setiap seorang daripada mereka yang telah mengeluarkan belanja yang bukan sedikit untuk menonton persembahannya.

Bayangkan harga-harga tiket untuk menyaksikan persembahan Up Close and Personal With Anuar Zain itu memang bukan calang-calang harga apabila semuanya bermula dari RM500 hingga RM1,300 seorang.
Tidak mahu menghampakan peminat yang terus mendambakan lagu balada popularnya, Anuar yang tampil dengan sut serba hitam itu turut menyampaikan lagu Ketulusan Hati.

Bagi memberi kelainan untuk persembahannya itu, bekas pramugara Penerbangan Malaysia itu turut menyampaikan dua buah lagu malar segar, Epilog Cinta Dari Bromley dan Tiada Maaf Bagimu yang diberi susunan muzik baru.
Sungguh syahdu dan bagaikan terleka sebentar mendengar alunan indah Anuar menerusi dua lagu itu yang merupakan antara dua buah lagu klasik yang menjadi kegemaran Anuar.

Tidak ketinggalan, penyandang gelaran Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik dua kali ini turut menyanyikan lagu klasik, Cry Me A River sebelum memilih lagu Suria & Siarra dan Sedetik Lebih untuk repertoire seterusnya.
Dengan rangkaian lagu-lagu popularnya, ternyata sukar juga untuk Anuar membuat pilihan bagi memenuhi cita rasa setiap peminatnya.

Sehinggakan dia sendiri menyerahkan kepada peminatnya untuk memilih di antara lagu Perpisahan dan Lelaki Ini sebelum menyampaikan sebagai lagu penutup.
Diukur kepada kekuatan sorakan peminat, nampaknya keputusan berpihak kepada lagu Perpisahan yang merupakan lagu tema filem Cinta.




.

Jantina anak Kris Dayanti


Teka-teki mengenai jantina anak yang dikandung Krisdayanti akhirnya terjawab apabila ia didedahkan sendiri oleh anak sulung penyanyi itu hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer Anang Hermansyah, Aurel yang memaklumkan kepada media bahawa ibunya itu hamil anak perempuan.

“Mimi bilang (bayi) perempuan. Saya gembira ia perempuan kerana akan mempunyai teman sebab selama ini saya adalah satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga besar mimi,” kata Aurel ketika ditemui di Gallery Bellarosa di Kawasan Jeruk Purut, Jakarta Selatan.

Malah, Aurel juga melahirkan rasa tidak sabarnya menemani ibunya yang bakal melahirkan adiknya di Jakarta.
“Pastinya, Mimi juga mahukan saya dan Ziel (Azriel) untuk menemaninya sekiranya beliau berada di Jakarta. Jika di Dili kami tidak dapat berbuat demikian kerana jauh,” kata Aurel.

Krisdayanti pula dilaporkan menjelaskan beliau sendiri tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan hasil hubungan beliau dengan suaminya, Raul.
“Sama ada lelaki atau perempuan yang penting senang. Semuanya rezeki bagi diri saya,” kata bekas anggota D3IVA itu sambil ketawa.

Pelantun lagu Aku Wanita Biasa itu kini sudah memasuki bulan ketujuh kehamilannya.
Krisdayanti juga dilaporkan mengalami kenaikan berat badan sehingga 30 kilogram berikutan kehamilan beliau itu yang ternyata sekali turut mempengaruhi gaya penampilan sang diva berkenaan.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!