Thursday, July 28, 2011

day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah


Wah soalan simple jer ni (tengah konfiden nak jawab..ekeke)

benda yang wajib bawa??
Eh, sama jer lah dengan orang lain...

1. dompet.. dalam tu ada duit, ic, duit, lesen memandu dan kad bank..

2. barang make-up.. compact powder, lipstick, eye shadow.. dan beberapa lagi..

3. Handphone, nokia E71 ni jer..

4. My new baby, Samsung Galaxy Tab

5. Tisu...


Tengok, sama jer lah kan dengan orang lain.. Ni soalan senang ni, boleh tak bagi lagi susah...? err, jangan nanti susah nak ngelat..ekeke.. Nanti ramai orang tak puas hati..huhu



P/S - Tamat Cabaran hari ke 21 ~baca~




.

Lelaki lebih pentingkan bentuk tubuh pasangan?


Lelaki lebih prihatin dengan bentuk tubuh pasangan mereka berbanding wanita tetapi kelihatannya mereka juga lebih menghargai keluarga, menurut kaji selidik terbaru yang dikeluarkan, semalam.

Hampir separuh lelaki yang ditanya dalam pungutan pendapat daripada 70,000 orang berkata, mereka akan meninggalkan pasangan yang bertambah berat badan berbanding hanya 20 peratus wanita yang akan berbuat demikian. Dua pertiga lelaki juga berkata, mereka mengimpikan pasangan rakan mereka, manakala satu pertiga wanita berpendapat begitu.

“Walaupun lelaki lebih selesa bertemu teman wanita dalam talian dan kurang peduli mengenai siapa yang menjadi temannya itu, kelakuan romantik lain terbukti tidak lapuk dimakan zaman: keperkasaan tidak terhapus, saiz memang diambil berat, dan wanita memaafkan, manakala lelaki selalu lupa,” kata Ketua Editor AskMen, James Bassil yang melakukan pungutan pendapat itu bersama Cosmopolitan.com.




.

Akibat kemiskinan, Khairul berhenti sekolah


Akibat kemiskinan, seorang pelajar tingkatan empat, Nik Khairul Zaman Zahari, 16, terpaksa berhenti sekolah bagi membantu bapanya menyara keluarga dengan mengutip barangan terbuang sekitar bandar ini.
Remaja terbabit berhenti sekolah awal tahun ini bagi membolehkan dia menumpukan sepenuh masa dengan 'kerjaya' tersebut dan memperoleh pendapatan kira-kira RM15 sehari.

Jika sebelum ini, dia bangun pagi untuk ke sekolah, namun kini rutin hidup anak sulung daripada tiga beradik berusia antara satu hingga 16 tahun itu berubah apabila sebelah pagi membantu ibunya, Nik Suriani Deris, 37, menghantar adiknya berusia lapan tahun yang menghidap sakit sawan ke sebuah sekolah pendidikan khas.
Pada sebelah petang, dia mengutip barangan terbuang seperti kotak dan botol-botol sekitar bandar ini, sebelum dijual kepada peraih.

"Saya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga. Sebagai anak sulung saya berusaha membantu keluarga mencari rezeki halal dengan mengutip kotak dan barangan terbuang.
"Duit hasil jualan kotak dan barangan terbuang itu akan saya berikan kepada ibu untuk membeli beras dan makanan keperluan harian bagi kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cina dekat sini, semalam.

Menurut Nik Khairul, tekanan hidup yang dialami oleh keluarganya menyebabkan dia tidak lagi bersemangat untuk meneruskan persekolahan, ditambah pula dengan prestasi pelajarannya yang semakin merosot.
Lantaran itu, katanya, dia sanggup mengorbankan masa depan demi membantu bapanya, Zahari Musa, 43, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan.

"Emak saya tidak bekerja dan terpaksa menjaga adik-adik yang salah seorang daripadanya mengalami penyakit sawan," katanya.
Sementara itu, Nik Surina mengakui masalah tekanan hidup menyebabkan anak sulungnya itu terpaksa berhenti sekolah dan pendapatan yang diperoleh hasil jualan barangan terbuang itu sedikit sebanyak telah membantu keluarga.

"Saya tidak tahu nak cakap apa lagi, dia sudah tidak mahu ke sekolah. Lagi pun yuran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak bayar lagi. Jadi slip keputusan peperiksaan tidak dapat ambil.
"Mujurlah anak kedua saya masih bersekolah dan dia menerima bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM500 setahun," katanya.


P/S - Macam mana dia nak perbaiki hidup mereka, jika tanpa pelajaran?? Semoga Allah permudahkan kesusahan mereka..




.

Artis jelaskan isu cekik dan pukul


Pelakon Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.
Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.
“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.
“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu.

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.
Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.
Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.
“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”
Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.
“Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.
“Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut,” ceritanya.




.

Pemenang Giveaway | 'Love to look gorjes'


Maaf sebab keputusan ni lewat sangat keluar...
Lepas tu, lulu nak mohon maaf juga sebab senarai peserta yang lulu keluarkan, dan dipaparkan secara entri melekat hampir seminggu tunggang langgang.. Masa update nama peserta tu line tenet memang teruk sangat.. lepas tu blackout lagi.. huhu banyak sangat halangannya..
Namun demikian terima kasih kepada beberapa orang yang sudi komen dan lulu telah berjaya betulkan.. Kalau ada kesilapan, mohon maaf eh..


Giveaway ini adalah yang pertama, gabungan 3 orang blogger...
Lulu-Pages, Pinky Momma dan Kak Risa..
So, kena ambik masa sikitlah nak umum nama pemenang..
Tapi sekali umum, kita dedahkan sekali hadiah yang menjadi tanda tanya semua peserta...ngee..
Pelbagai tekaan yang lulu baca... dan ada diantaranya memang tepat..
Superblah korang, penembak tepat ni, atau memang biasa tembak jawapan masa exam??? tetttt


Namun demikian, kemenangan bukanlah ditentukan berdasarkan samaada jawapan itu betul ataupun salah..
Saja, nak tengok korang wish apa hadiahkan..
Buat yang tepat, dan bertuah, tahniah lulu ucapkan..




Jom, kita tengok hadiah dulu...

Dari kak Risa, adalah SHAWL buat 3 orang pemenang...

Dari Pinky Momma, adalah LIPSTICK juga buat 3 orang pemenang...

Nak tahu apa betuk hadiah korang tu, nanti kita tunggu pemenangnyalah kan yang dedahkan..
Ok, disitu sudah ada 6 orang pemenang.. Banyakkan? ngee, RUGI SAPE TAK JOIN...




Apa pula hadiah dari Lulu????












Hadiah dari lulu bukanlah rahsia :)
Merupakan earring buat 4 orang pemenang....


Hah, kesemuanya adalah 10 pemenang yang kita akan cari melalui random.org..





Kita akan mulakan dengan 3 orang pemenang yang akan memenangi SHAWL dari Kak Risa














*















































Meh, kita tengok pula siapakah pemenang bertuah, untuk memenangi LIPSTICK dari Pinky Momma
















*





















Ngee, peserta terakhir ni memang bertuah ;)

























Jom, tengok 4 orang pemenang bertuah yang akan memenangi earring dari Lulu :)

















*









































Anda merupakan pemenangnya???
1. Pastikan hadiah yang dimenangi...
2. Email dan tuntut hadiah masing-masing...
3. Dengan Tajuk email : Sayalah pemenang GA | loove to look gorjes..


Email Kak Risa :   nilamsari_01@yahoo.com
Pinky Momma :  princess_ribena@yahoo.com
Lulu Caldina :  lulu.caldina@gmail.com


Dengan kadar segeralah eh..
Tahniah semua....
Buat yang tidak berjaya, kita buat lain kali eh...








P/S - Gorjes tak raya nanti dengan hadiah ni??
kerana kesilapan dari lulu, hadiah dari PM jadi 4..
Takpe, lain hal lulu akan deal dengan PM..
Korang tetap akan dapat hadiah korang..
Sorry...






.

Terperangkap satu jam


“Belum sempat keluar lif, tiba-tiba lif bergerak ke atas dengan pintu tidak tertutup.
“Ketika itu, lif bergerak laju sambil pintu lif tertutup semula. Saya hanya mampu berdoa dan menunggu sebelum ia berhenti mengejut di tingkat 25 dengan hentakan kuat sehingga jatuh terduduk,” kata Mohamad Faizal Abu Hassan, 36.

Mohamad Faizal terperangkap dalam lif bersendirian hampir sejam di Blok A Pangsapuri Sutera di sini, selepas menaiki lif itu dari tingkat 25 rumahnya untuk ke tingkat bawah, kira-kira jam 7 malam kelmarin.
Menurutnya, dia bersama enam penduduk lain menggunakan lif itu untuk turun dan ketika itu tidak mengalami sebarang masalah.

Katanya, ketika lif sampai di tingkat paling bawah, dia yang berada berdekatan papan elektronik lif menekan butang buka untuk memberi laluan kepada pengguna lain.

Namun, dia terkejut apabila lif tiba-tiba bergerak ke atas ketika mahu keluar.
“Selepas lif berhenti dengan kuat di tingkat 25, saya yang terduduk disebabkan impak itu cuba bangun, tetapi gagal kerana sakit di pinggang dan belakang.

“Saya menghubungi jiran meminta bantuan sebelum diselamatkan bomba,” katanya yang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebagai pesakit luar.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Perai, A’azelan Hassan berkata, pihak bomba menerima panggilan jam 7.05 malam mengenai seorang penduduk Pangsapuri Sutera terperangkap di dalam lif.

Katanya, sebuah jentera dengan tujuh anggota dan seorang pegawai bergegas ke tempat kejadian.
“Anggota kami mendapati lif itu tersangkut di tingkat 25 dan terpaksa menaikkan lif itu ke tingkat 26 iaitu tingkat paling atas pangsapuri berkenaan.

“Jam 7.53 malam mangsa dibawa keluar dan ditemui dalam keadaan trauma serta mengadu sakit belakang,” katanya.
Menurutnya, mangsa terpaksa dibawa turun dari tingkat 26 menggunakan pengusung dengan bantuan penduduk yang bergilir-gilir mengangkatnya sebelum dihantar ke HSJ.
Sementara itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri itu, Mat Rodhi Puteh berkata, kejadian itu paling menakutkan berlaku di pangsapuri itu.
Katanya, setiap blok mempunyai dua lif, tetapi kerap rosak disebabkan vandalisme.

“Sebelum ini, lif blok A dua kali rosak kerana kilat selain sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab.

“Kerja penyelenggaraan sukar dilakukan disebabkan sesetengah penghuni enggan membayar yuran penyelenggaraan,” katanya.

Menurutnya, kos untuk membaik pulih dua lif yang rosak itu dianggarkan kira-kira RM42,000.




.

Jururawat parah Kancil bertembung Proton Saga


Seorang jururawat Hospital Jeli parah apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga di Kilometer 42, Kampung Kepas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Roslina Mamat, 37, patah paha kanan, manakala pemandu Proton Saga, Aman Yusof, 30, turut cedera selepas tersepit dalam kenderaan yang remuk dan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Machang untuk rawatan.
Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Malik Bedut ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Roslina dari arah Machang ke Kuala Krai terbabas ke bahagian kanan jalan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Aman.
"Ketika kejadian hujan lebat menyebabkan jalan licin. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan mangsa hanya mengalami kecederaan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.47 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 11 minit kemudian.
"Sebaik sahaja tiba, kami dapati Roslina dan Aman tersepit di bahagian pemandu. Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong bagi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa kira-kira 10 minit," katanya.




.

Maut dihimpit treler


Seorang pemandu treler maut tersepit selepas kenderaan yang dipandunya itu bergerak dan mengheretnya di Jalan Farlim di sini malam kelmarin gara-gara terlupa menarik brek tangan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohd. Erwadi Othman, 32, dari Ipoh, Perak dipercayai berada bersebelahan treler tersebut sebelum kenderaan itu bergerak dan mengheretnya.

Mangsa yang sempat meraung meminta pertolongan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah kerana tersepit manakala beberapa pemandu yang cuba memberi pertolongan pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana sukar membantu.
Menurut rakan sekerja yang juga kelindan treler itu, Budiman Abdul Kadir, 30, mangsa pada mulanya memisahkan bahagian kepala dan badan treler untuk mengisi minyak.

"Badan treler ditinggalkan di tepi jalan sebelum dia kembali untuk menyambungkan kepala treler tapi ketika turun, treler berkenaan secara tiba-tiba bergerak ke depan.



.

Berjuanglah habis-habisan!


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.
Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.
Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.
Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.

Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.
''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.
''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.

''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.
Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.
Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.
''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.
Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.

''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).
''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.



P/S - Malaysia boleh, jom kita support Malaysia...menuju kemenangan..



.

Segmen : Bombay Nak Taw Sukan Kegemaran Aku


Lagi 1 task yang harus dilaksanakan.. Terima kasih Bombay, sebab sudi pelawa lulu...
Dan segmen yang menarik sebab lulu boleh jawab..ngee


Sukan kegemaran lulu?
1. Bola sepak..
Lulu memang tak pandai/pernah main bola.. Tapi lulu suka tengok game bola.. Kalau dekat-dekat rumah/stadium ada game bola, memang selalu pergi tengok.. Yang paling best bila membabitkan team kecintaan lulu iaitu chelsea... Lulu selalu berjaga melihat perlawanan mereka.. Tak kira malam, subuh..ekeke, selalunya tv memang kena mute sebab selalu orang tidur masa tu.. Bayangkanlah, bila nonton bola, gelagat lulu (perasan sendiri) dah macam orang yang tengok kat stadium masa tu.. siap angkat tangan, tepuk dan hoho teruja jangan ceritalah.. Dan dengan bangganya lulu akui, pengetahuan lulu mengenai sukan ni, sangatlah menakjubkan... apa yang hairannya, kerana lulu perempuan????

Lulu juga suka 'jadi manager' kat soccer game.. ala, setakat urus team bola, memenangi piala, dah biasa.. player injured? moral tak best? jual/beli pemain? hoho best... setakat lawan MU, boleh...Liverpul? boleh..ngee


2. Tenis..
Lulu suka nonton tenis.. setiap kejuaraan terutama master, clay, wimbledon... dan player yang paling lulu minati adalah Rafael Nadal.. Kebolehannya menguasai gelanggang tanah liat, dengan bermain kidal, memang sangat mengkagumkan.. Tapi, player perempuan pun tak kurang hebatnya.. Lulu suka Justine Henin, malangnya dia sudah bersara...

Lulu tak pandai main tenis.. Tapi dah bertahun tengok game dalam tv, anehnya, baru-baru ni masuk gelanggang tenis, lulu pandai lak main tenis.. ekeke... Sekarang cuba aktif lak main tenis...


3. Golf..
Ini lagi 1 sukan yang menarik... Selalu tak ketinggalan melihat sukan ni melalui stadium astro.. Rory McIlroy, Tiger Woods, Martin Kaymer, Phil Mickelson, Sean O'hair, Luke Donald...owh ramai lagi... Dengan lentuk badan memukul bola, owh, menakjubkan woo... Pernah main gak, not bad!! wee......


demikianlah secara panjang lebar ;)



P/S - Jom join segmen ni..



.

SEGMEN : SOALAN PALING UNIK UNTUK SS


Photobucket

Awal pagi, buka blog, lulu dipelawa join segmen...

Jam kita selesaikan task ni :)


Owh, doodle banner segmen ni tersangatlah lawa...
siyes teringin sangat doodle, belum ada orang yang sudi buatkan lagi..huhu




Cik Solicious ni nak lulu bertanya 1 soalan eh...
Meh fikir...errr....



Apa yang seronoknya belajar dalam jurusan ekonomi???




Jom, bersama memeriahkan segmen menarik ni...
Tutup malam ni 28hb jam 10 malam..






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!