Saturday, August 6, 2011

Cintanya utuh buat suami

Sewaktu berkunjung ke kediaman Datin Umi Kalthum di Taman Ukay Prima, Hulu Kelang, baru-baru ini bagi mengisi ruangan Evergreen, seniwati filem Melayu itu masih lagi bertenaga biarpun usianya sudah mencecah 78 tahun.

Walaupun bertenaga dan boleh memandu ke sana ke sini, namun hatinya tidaklah seteguh fizikalnya apabila bercerita tentang suami tercinta, Allahyarham Datuk S.Roomai Noor.
Menurut wanita yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959), sehingga hari ini cintanya tetap utuh terhadap suami yang pergi menemui Illahi pada 1996, di tanah suci Mekah.

Mencerita keutuhan cinta antaranya dengan suami, Umi Kalthum berkata, arwah meninggal dunia ketika mereka mengerjakan ibadat umrah dan waktu itu hanya dia yang berada di sisi suami.

“Sebelum meninggal dunia, datuk dimasukkan ke hospital Mekah selama sembilan hari. Sepanjang dirawat, saya turut menjaganya tetapi di sana bukan seperti Malaysia. Walaupun isteri, kita tidak sewenang-wenangnya boleh melawat kerana pada waktu-waktu tertentu sahaja saya dibenarkan masuk .

“Macam itu jugalah sewaktu jenazah dibawa ke rumah mayat. Sukar untuk saya mengiringi jenazah arwah. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan Allah, akhirnya dapat juga saya menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dikebumikan,” ceritanya sambil menyeka air mata yang mula berlinangan.

Katanya, sejak itulah tanah suci Mekah ibarat rumah kedua kerana setiap tahun dia akan ke sana untuk menziarahi kubur suami tercinta dan mengerjakan ibadat.
Menurut Umi Kalthum, pada tahun pertama selepas kematian suami, ketika mengerjakan ibadat umrah, seperti biasa dia akan menunggu suaminya di satu tempat yang sering mereka bertemu.

“Hampir dua jam, saya menunggu datuk di tempat yang selalu kami jumpa selepas sembahyang. Saya lupa yang tahun itu saya buat umrah sendirian.
“Malah sampai sekarang pun setiap kali pergi ke sana, saya seperti terasa arwah ada bersama,” katanya yang kali terakhir pergi ke Mekah, April lalu.
Kata Umi Kalthum, sebelum ini dia ke sana, dua kali setahun tapi sejak usia berganjak tua, hanya sekali setahun dan Mac 2013 adalah jadual perjalanannya kelak.

Umi Kalthum yang nama sebenarnya Patimah Bahaudin berkata, sejak pemergian arwah, jiwanya seakan hilang separuh kerana sebelum itu ke mana sahaja pergi mesti berdua.
Disebabkan pemergian arwah, dia tidak bersemangat untuk berlakon lagi walaupun mendapat tawaran.
“Macam mana saya nak berlakon. Dulu kalau pergi ke lokasi mesti berdua, jadi bila kena pergi seorang diri, terasa pincang pula. Baiklah saya duduk rumah, buat kerja apa yang patut daripada bersedih di lokasi,” katanya terus terang.

Menurut Umi Kalthum, semasa hayat, arwah pernah berkata, kalau boleh dia tidak mahu hasil kerjanya ditayangkan lagi dan biarlah ia berkubur bersama.
Justeru itulah, kalau hasil kerja arwah disiarkan di kaca TV, hatinya mudah tersentuh tatkala teringat impian arwah.
Seniwati yang masih lagi berhubungan dengan rakan seperjuangan, Datuk Maria Menado dan Salmah Ahmad berkata, rutin kehidupannya sekarang lebih banyak di rumah.

Selain di rumah, Umi Kalthum yang mengamalkan bijirin oats sebagai sarapan pagi sering mengikuti kumpulan mengaji di kawasan perumahannya.
“Semuanya berubah sejak pemergian arwah. Kalau berdua macam dulu, mungkin saya masih lagi sertai acara seni. Sekarang ini, sesekali sahaja saya sertai itupun kalau ada rakan yang ajak,” katanya yang lebih senang menghabiskan masa di rumah.

Dia yang banyak membawa watak jahat dalam lakonan dan popular dengan lagu Anak Daro daripada filem Tunang Pak Dukun itu berkata, sejujurnya dia senang membawa watak antagonis.
Katanya, melakonkan watak jahat tidak memerlukan dia berpelukan dengan pelakon lelaki kerana dia seorang yang pemalu.
“Setiap kali berlakon, saya mahu watak jahat sebab tidak ada adegan peluk-peluk. Macam mana nak lakonkan adegan itu kalau suami yang mengarah. Tanpa suami memerhati pun saya tidak sanggup,” imbasnya.



.

Jessica Simpson tries to cover her curves in a loose dress after denying pregnancy rumours



She was forced to deny pregnancy rumours last month after stepping out in a clingy dress.
So today a curvy Jessica Simpson opted for a loose-fitting number on an outing in Los Angeles.
The 31-year-old was spotted leaving a photoshoot wearing a sequinned gold mini-dress with a deep V-cut, oversized sunglasses and chunky nude heels. 
The star stayed in the studio for three hours before fiancĂ© Eric Johnson came to collect her. 

As well as juggling her billion-dollar fashion and accesories empire, Jessica is also in the throes of planning her wedding day.
While she recently said she admired the Duchess of Cambridge's dress, she has no intention of being a copy Kate. 
 I absolutely adore Kate’s dress, I thought she looked absolutely beautiful, there’s no bride that can top a Royal Wedding,' she told Access Hollywood.

 
The blonde bombshell added: 'I’m not going to be wearing the same kind of thing, but it will be beautiful in it’s own right.'
She and Eric intend to be married by Christmas time this year. 
While her spokesperson insisted Jessica was 'not pregnant' in July, children are definitely part of the master plan for the couple, who became engaged last November. 
'I definitely see myself having a family with Eric, so that’s exciting to think about,' she has said.



P/S - Previous news ~READ~




.

Tarawih ke merempit?

Dengan berkain pelekat dan berbaju Melayu, ia sudah cukup untuk remaja memberi alasan kuat kepada ibu bapa untuk keluar solat Tarawih, namun hakikatnya, mereka mengambil kesempatan itu untuk merempit di sekitar jalan di bandar ini.

Dalam dua operasi berasingan yang dilakukan ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kemumin, dekat Pengkalan Chepa semalam, kira-kira 40 remaja ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti merempit, tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen dan kenderaan tamat cukai jalan.

Inspektor Penguasa Trafik IPK, Cif Inspektor Mohammad Azmihrul Mokti, berkata remaja terbabit dikatakan mengambil kesempatan untuk keluar malam dengan memberi alasan kepada ibu bapa hendak menunaikan solat Tarawih, namun digunakan untuk merempit.

“Polis akan terus melakukan operasi membanteras kegiatan merempit ini sepanjang Ramadan dengan memberikan tumpuan terhadap beberapa kawasan di sekitar bandar ini yang dikenal pasti menjadi tumpuan mat rempit terbabit,” katanya.

Mohammad Azmihrul berkata, melalui pemantauan yang dilakukan, lebih 100 penunggang motosikal termasuk remaja dikenalpasti melakukan kegiatan merempit ini bermula seawal jam 8 malam hingga ke subuh.

Beliau berkata, dalam operasi pertama malam kelmarin yang bermula jam 10.30 malam hingga 11 malam di Kemumin, dekat sini, polis menahan 27 motosikal dan mengeluarkan 29 saman, membabitkan 67 kes termasuk menahan seorang remaja yang didapati positif dadah.



.

Rowan Atkinson 'cheats death' as 240mph supercar hits tree then bursts into flames



Actor Rowan Atkinson cheated death last night after careering off the road in his 240mph supercar.
The £650,000 McLaren F1 spun several times, smashing into a tree and ploughing into a road sign before catching fire on the opposite side of the carriageway.
The Mr Bean star, 56, pulled himself free from the wreck and was looked after by a passing motorist until emergency services arrived on the A605 at Haddon, near Peterborough, Cambridgeshire, at 7.30pm.


Firemen tackled the blaze and an ambulance crew took him to nearby Peterborough hospital where he was believed to be recovering last night.
It is not the first time the Blackadder star has crashed the supercar, which can sprint from 0-60mph in just three seconds.


Last night an East of England Ambulance Service spokesman confirmed the accident.
He said: 'A man has since been conveyed to hospital with minor injuries after the car he was driving left the road earlier this evening.'







.

Doakan dia dikurniakan anak..


Setelah berkahwin lebih setahun, pelakon Zizan Nin masih mendambakan kehadiran cahaya mata.
Pelakon yang baru selesai menjalani penggambaran filem Tanda Putera ini mengharapkan kemuliaan bulan Ramadan akan memberikan rezeki berupa anak kepadanya dan isteri, Fazilah Hani Harun.
“Saya dan isteri masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tetapi nampaknya belum ada rezeki.

“Mungkin disebabkan masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” katanya yang ditemani oleh isteri semasa majlis berbuka puasa anjuran Aquila Emas di Hotel Federal Kuala Lumpur.
Jelas Zizan, jika berkesempatan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, mereka akan berbulan madu ke Vietnam atau Kemboja.

“Saya jangka kami akan berbulan madu pada bulan Oktober depan. Mungkin dengan cara ini kami akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.
“Sebelum ini, kami pernah ke Indonesia. Jadi, kali ini kami merancang mungkin akan ke Vietnam atau Kemboja,” ujarnya lagi yang buat kali kedua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Kuala Lumpur bersama-sama keluarga isterinya.

Dalam perkembangan lain, Zizan juga akan melancarkan baju Melayu jenamanya sendiri di butik rakan perniagaannya, K-Maria di Kota Damansara di sini pada minggu hadapan.
“Saya tidak terlalu banyak memberikan sumbangan dari segi rekaan baju Melayu itu tetapi saya memilih kain mengikut cita rasa semasa.

“Idea untuk menjenamakan baju Melayu ini tercetus daripada permintaan semasa yang mana pakaian kebangsaan ini harus mempunyai banyak jenis untuk disesuaikan dengan pelbagai majlis,” tuturnya.
Harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM250 sepasang.
Buat permulaan, Zizan akan memberi diskaun kepada para peminat yang berkunjung ke butik itu.
Butik itu juga turut menyediakan pakaian untuk wanita yang disediakan oleh rakan kongsinya. Tambah Zizan, kemungkinan selepas ini dia bakal mengeluarkan baju kemeja atas jenama sendiri.




.

Tengok dah pukul berapa? macam mana nak sahur?

Selamat pagi.
Dah hari sabtu hari ni. Itu bermakna sudah masuk hari ke6 berpuasa, tak sedar eh. Dan sebelum ni memang tak pernah lewat bangun sahur sebab nak kena masak lagi kan. .

Tapi hari ni?
Dek kerana hujan yang turun mencurah-curah, sedap tidur, mimpi indah, sampai terlajak tidur. Nasib baik sempat lagi sahur. Dan nasib baik juga, nasi dah siap masak awal malam tadi. Tapi sempat masak lauk yang tersangat ringkas jer. Makan pun laju. Adeh. Semoga bekalan ini melengkapkan puasa lulu hari ke6 ni.

Korang macam mana?
Ada terlajak tidur ke setakat ni.
Arghh, hujan tu macam panggil lulu untuk sambung tidur, ngee. .




.
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!