Monday, August 8, 2011

Mel B doesn't have high hopes for husband Stephen at birth of their first child, due any time now



She's famed as the no-nonsense speaking Yorkshirewoman from the Spice Girls - but Mel B has probably said more than her husband really, really wants in her latest interview.
Heavily-pregnant Melanie was talking ahead of the birth of her third child - and said she expects her daughters to be more help than her husband when she gets to the vital moment.
The 36-year-old star, who already has two children, Phoenix, 12, and Angel, four, said she was dreading the reaction of her movie producer husband Stephen Belafonte, 35. 
She told Hello! magazine: 'Phoenix and Angel will be there with me during my labour, which is just as well as Stephen will be a complete nightmare.
'He'll probably pass out and require medical attention.'

The star continued: 'I pretended to him the other day that I was in labour and he just went white; he didn't have a clue what to do. He'll be panicking and probably take us to the wrong hospital.'
Mel's baby is now overdue.
She wrote on Twitter yesterday to fellow former bandmate Mel C: '@MelanieCmusic (It was due) yesterday!!! Help help!!! It likes being in my tummy too much right now!!


An impatient Ms Chisholm had written: 'When's that baby coming? x x'
But the stoic Leeds lass added: 'I am so grateful for what i have and what i have earn't,life is too short to focus on ANY negativity!!'
Mel, who recently held a baby shower with guests including Kim Kardashian and Denise Richards, plans to give birth in the same Los Angeles delivery suite where Victoria and David Beckham's daughter Harper was born.
Harper was born four weeks ago at the Cedars sinai Medical Centre.
Mel B's new arrival meanwhile will be the first she and second husband Stephen have had together, and will be sister to Phoenix, her daughter with dancer ex Jimmy Gulzar and Angel, her child with movie star Eddie Murphy. 
Stephen, who married Mel in February 2007, already has a daughter Giselle, six, from a previous relationship.   






.

day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?


Dalam 10 tahun akan datang, entahlah umur panjang lagi ke tak..
namun demikian, jika lulu masih bernafas, rasanya ketika itu lulu memiliki keluarga yang besar dan bahagia... Menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak..
Mungkin juga lulu dah tak berblog, ataupun bila masih berblogging, dah tak seaktif sekarang...
Tapi yang pasti, lulu tetap akan minat chelsea.. ekeke, apa kaitan?


Semoga ketika 10 tahun akan datang, hidup lulu akan gembira, bahagia,
bak kata pepatah english, "Happily ever after"..




P/S - Selesai cabaran hari ke 29 ~semak~




.

Awalnya dapat duit raya.. :)


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.



.

Semoga tragedi itu menjadi ikhtibar


Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan penduduk di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang di sini atas tragedi tanah runtuh yang berlaku petang Ahad.
Baginda berharap musibah yang tidak disangka itu dijadikan iktibar oleh semua pihak dan menjadi tanggungjawab untuk menentukan keselamatan kesemuapenduduk di situ pada masa depan.

"Satu kajian perlu dilakukan terhadap tragedi ini, keselamatan penduduk di kampung ini perlu diawasi serta kesemua mereka perlu diberi penempatan yang selesa," kata baginda ketika mengadakan lawatan ke kawasan kejadian di sini Isnin.
Titah baginda tragedi itu perlu dijadikan iktibar supaya tidak ada lagi kawasan perumahan dibina di lereng bukit.

Baginda juga menasihatkan penduduk di situ berhati-hati memandangkan cuaca pada masa sekarang tidak menentu dan mereka perlu mengelakkan kawasan yangberisiko serta berbahaya terhadap sebarang bentuk bencana.
Mengenai perkampungan Orang Asli Sungai Ruil itu, sudah tiba masanya kawasan penempatan berkenaan diberi wajah baru, titah baginda.

Tengku Abdullah mengalu-alukan hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang akan mencari kawasan baru bagi menggantikan rumah yang musnah.
Baginda turut meminta Jabatan Kesihatan mempertingkatkan kemudahan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata supaya sekiranya berlakukecemasan, mangsa yang terselamat tidak perlu dibawa ke Ipoh untuk menerima rawatan.

"Harap semua dapat bersabar terutama kepada keluarga mangsa yang terlibat. Terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan semua agensiterlibat atas bantuan serta semangat untuk membantu tambahan pula semua kerja-kerja mencari dan menyelamat dapat diselesaikan dalam tempoh lima setengahjam," katanya.

Tragedi itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada 1.50 pagi tadiselepas mangsa terakhir ditemui pada 1.20 pagi.
Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 buah rumah yang didiami kira-kira1,300 penghuni dan merupakan perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini.



.

Ular dalam perut


Disangka hamil, seorang wanita Pakistan ternyata tanpa sengaja telah "memelihara" ular selama lebih dari 7 bulan di dalam perutnya.

Kejadian yang sukar dipercayai itu dialami oleh seorang wanita berumur 50 tahun, Rasheedan Bibi, penduduk kota kecil Chora Saggar di Pakistan.

Dilaporkan oleh The Nation, ular itu tertelan oleh Bibi ketika ia minum air dari kendi di rumahnya. Setelah 2 bulan, dia merasakan perutnya membesar, namun dia menyangka ketika itu dirinya sedang hamil. 7 bulan kemudian, seluruh tubuhnya membengkak dan dia mengalami sakit keras. Bibi lalu dibawa ke rumah sakit dan semua orang terkejut ketika test USG menemukan adanya ular besar di dalam perut wanita itu.

Rasheedan Bibi, makan 14 roti setiap hari. Keluarganya termasuk golongan yang tidak mampu dan mereka memohon kepada ketua Menteri Punjab (daerah antara Pakistan dan India) untuk membantu membiayai pembedahan.



.

Waktu imsak dan berbuka berbeza disitu


Umat Islam yang menghuni di tingkat 80 dan tingkat lain yang lebih tinggi Burj Khalifa di Dubai dinasihatkan melewatkan waktu berbuka puasa mereka sepanjang Ramadan ini selama dua hingga tiga minit berikutan waktu terbenam matahari yang berbeza, kata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Dubai.

Waktu imsak mereka juga adalah dua minit lebih awal berbanding mereka yang tinggal di tingkat lebih rendah, kata jabatan yang sama dalam satu fatwa yang dikeluarkan.

“Penghuni di Burj Khalifa mempunyai waktu berbuka puasa, imsak dan solat Subuh yang berbeza bergantung kepada tingkat berapa mereka tinggal,” kata ketua bahagian fatwa jabatan itu, Ahmad Abdul Aziz Al Haddad.

Beliau berkata, penduduk Islam yang tinggal di tingkat 80 hingga 150 menara tertinggi di dunia itu, perlu menangguhkan waktu berbuka puasa mereka selama dua minit manakala mereka yang berada di tingkat 151 hingga 160 perlu berbuka kira-kira tiga minit lebih lewat.

“Penghuni di tingkat 80 hingga 150 perlu menunaikan solat Asar dan isyak dua minit lewat manakala solat subuh dua minit lebih awal.

“Mereka yang menghuni tingkat 150 ke atas perlu melambatkan solat Asar dan Isyak mereka tiga minit tetapi mempercepatkan waktu solat subuh tiga minit lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan penduduk di tingkat lebih bawah,” katanya.

Al Haddad berkata, perbezaan waktu ini bagi bangunan setinggi 160 tingkat itu adalah kerana waktu matahari terbenam bagi penduduk di tingkat atas tetapi penduduk terbabit adalah mula-mula dapat melihat matahari terbit pada awal pagi.”



.

Victoria Beckham tweets new picture of David holding Harper



Proud mum Victoria Beckham has tweeted a picture of David cuddling their newborn daughter.
Little Harper Seven gazes into the camera for her first ever close-up, of which many more are likely to follow.
The former Spice Girl wrote: 'I took this beautiful picture and wanted to share it with you, baby Harper cuddling Daddy! x VB'

Just last night, David displayed his latest inking after scoring for LA Galaxy, his daughter's name in fancy font.
The father-of-four, 36 , removed his shirt after playing a key role in the club's 3-1 win over FC Dallas, and seemed cockahoop to cement his performance with a goal.

So it seems that his young daughter's name is quite the lucky talisman.


His other charm came in the guise of friend Gordon Ramsay, who was cheering him on from the stands with his own children and the Beckham boys Brooklyn, Romeo and Cruz.
David's first baby girl with wife Victoria was born earlier last month and David gave a teasing glimpse of the new inking on his neck just weeks later during a television interview.




.

Tahniah, akhirnya impian menjadi kenyataan..


Ramai blogger dan dikalangan pembaca blogger yang masih mengharapkan kehadirannya..
memang tidak dinafikan, setiap manusia yang hidup berpasang-pasangan, 
memerlukan kehadiran seorang anak untuk melengkapkan institusi kekeluargaan..
Keletah mereka memang menghiburkan...


Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah As-Syura juzuk ke 25, Ayat 49-50)


Dan berita baik yang kita dengar, terbaru, encik ben positif bakal bergelar ayah...
Kita doakan semoga semuanya selamat....


Juga tidak dilupakan beberapa pembaca Lulu-Pages yang masih mengharapkan kehadiran bayi,
semoga akhirnya akan tercapai juga.. insya-Allah..



P/S - Kredit gambar untuk Encik Ben Ashaari..




.

Sanggup sepak ibu bapa nak dapat duit


“Pernah saya sepak dan pukul kedua-dua ibu bapa saya hingga jatuh apabila mereka tidak berikan wang yang saya minta. Kini saya menyesal atas perbuatan itu dan insaf termasuk tidak mahu lagi menagih dadah,” kata seorang pelatih Sekolah Tunas Bakti (STB), di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Ham, 17.

Remaja berasal dari Pendang, Kedah itu yang baru beberapa bulan dimasukkan ke STB atas kesalahan penyalahgunaan dadah berkata, beliau sedih mengenangkan perbuatannya termasuk menengking dan memarahi ibu bapanya yang kini berusia 50-an apabila tidak memberi wang diminta untuk membeli heroin kerana orang tuanya hanya penoreh getah.

“Apabila saya naik berang saya menolak dan memukul mereka. Maki hamun pula sudah tidak terkira,” katanya ketika ditemui di STB.
Menceritakan pembabitannya dalam ketagihan dadah, anak bongsu dari enam beradik itu berkata ia berpunca pergaulan dengan rakan.

Katanya, pada mulanya beliau hanya menghabiskan RM10 hingga RM15 sehari hasil wang torehan getah orang tuanya untuk membeli dadah tetapi lama-kelamaan dia terjebak pula dalam ketagihan heroin yang memerlukan RM100 hingga RM200 sehari.

“Untuk mendapatkan wang itu, saya menipu ibu bapa dengan meminta RM300 dengan alasan mahu membeli seluar berjenama mahal tetapi apabila memperoleh wang itu, saya hanya membeli seluar yang murah dan wang selebihnya digunakan untuk membeli dadah.

“Saya berjaya mendapatkan wang itu beberapa kali hingga akhirnya kedua orang tua saya tidak lagi dapat memenuhi permintaan itu menyebabkan saya marah dan memukul mereka,” katanya.
Katanya, perbuatannya berakhir apabila polis memberkasnya ketika khayal dengan dadah sebelum didapati bersalah oleh mahkamah.

“Disebabkan saya masih di bawah umur, saya dimasukkan ke sekolah ini selama tiga tahun dan sehingga kini sudah berada di sini selama lapan bulan. Saya juga sudah dapat mengatasi masalah ketagihan.Sekarang saya benar-benar insaf,” katanya.



.

Rentung dari pinggang ke kaki


Seorang warga emas rentung separuh badan selepas terbakar sebaik tiba-tiba rebah dipercayai terhidu asap tebal ketika membakar sampah di rumahnya di Kampung Batas, Napoh, di sini tengah hari kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Mat Yaakob, 64, sedang membakar sampah seorang diri walaupun ditegah isterinya, Radiah Abdul Hamid, 55, kerana ketika itu cuaca panas.

Difahamkan, api sampah yang dibakar itu marak dengan tinggi menyebabkan mangsa yang tidak sedarkan diri rentung dari bahagian pinggang hingga ke kaki ketika ditemui adik iparnya.
Radiah yang menghidap penyakit angin ahmar berkata, sebelum kejadian dia sudah melarang arwah membakar sampah kerana waktu itu cuaca panas terik, tetapi dia degil dan terus membakar sampah sebelum api merebak membakar rumput kering di kawasan sekitar.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berkemungkinan akibat terhidu asap tebal sebelum rebah dan dibakar api yang sedang marak sebelum ditemui adik iparnya (Kalsom, 50) yang mencari abang iparnya itu, jam 2 petang.

Menurut Radiah, dia berasa tidak sedap hati apabila suaminya tidak kelihatan selepas api sampah itu menjulang tinggi dan menghubungi adiknya yang berjiran supaya mencari arwah.

Beliau berkata, dia yang tidak sihat hanya mampu menghubungi Kalsom meminta bantuan mencari suaminya dan mungkin mampu menyelamatkan arwah jika mampu bergerak.

“Kalsom dan suaminya, Khamis Mat Taib, 59, kemudian berlari dan memberitahu mak cik bahawa suami sudah meninggal dunia dalam keadaan tangannya mengerekot serta badannya sudah tidak bergerak.

“Mak cik tak tahu nak cakap apa ketika itu dan cuma mampu menangis serta meraung sekuat hati kerana kejadian berlaku terlalu pantas, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Radiah berkata, arwah suaminya menunjukkan perubahan sikap malam kelmarin apabila makan terlalu banyak ketika berbuka seolah-olah buat kali terakhir.

Katanya, dia turut menegur suaminya supaya makan dengan perlahan dan jangan banyak makan kuih manis kerana dia menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma.

“Mak cik terkilan hasrat arwah berbuka puasa dengan keluarga anak sulung, Mahathir Mat di rumah mereka di Kuala Muda, Sungai Petani tidak tercapai,” katanya.

Pasangan itu yang memiliki tujuh anak berusia antara 13 dan 40-an tinggal bersama dengan anak bongsu mereka.

Jenazah mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Jitra untuk pemeriksaan sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bendang Perang selepas solat Tarawih.



.

Kajian Soal Selidik.. untuk Lulu-Pages



Tak perlu buat entri...
Lulu saja nak buat kajian soal selidik... Bagi memantapkan lagi Lulu-Pages, lulu nak tahu, dari mana sumber korang dapat tahu mengenai Lulu-Pages...
Hanya perlu tinggalkan diruangan komen...

"Saya tahu mengenai blog Lulu-Pages di/melalui...."

Letaklah, contohnya, dari blog makbed.. atau encik ben, atau terjumpa secara tak sengaja...


Soal selidik ni penting bagi lulu, sebab lulu nak tahu, punca terbanyak, Lulu-Pages dikenali..
Dan yang paling penting, ketiga kajian soal selidik ni dibuat, pembaca daripada punca yang mana, yang terbanyak dan kerap baca Lulu-Pages..




P/S - Diatas kesudian korang, membuat kajian soal selidik ni, lulu ucapkan terima kasih... :)



.

Lagi tragedi..


Tiga wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini petang ini.
Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu.


Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.
Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.




.

Kenapa nasi tu tak bergerak?

Tiba-tiba pagi ni ter-imbas kenangan ketika waktu kecil. . Kenangan bersahur bersama adik beradik, koko, lulu dan adik, yang mana setiap ramadan akan dibangunkan oleh mummy yang telah menyiapkan juadah untuk bersahur.

Setiap subuh ramadan, mummy akan kejutkan, dan selalu liat nak bangun, terpaksa bangun juga utk bersahur. Cuci muka dan masing-masing duduk dimeja makan sambil mengkhayal, ngantuklah tu.

Setiap pagi, mummy akan sediakan menu yang berbeza untuk mewujudkan selera kami bersahur. Lengkap dengan susu panas.

"kenapa nasi tak bergerak?"

Itu soalan pemes setiap sahur. Bermakna, nasi tak dimakan. Kami adik beradik akan segera menggerakkan nasi dengan tangan sambil tersenyum serentak, memang terasa agak lucu pertanyaan mummy disitu. Susu kena habiskan, takut tak tahan berpuasa.

Siyes lulu rindukan saat itu. Kadang-kadang kita tak menghargai apa yang kita ada sekarang. Bila suatu saat kita teringat, rupa-rupanya kita sudah jauh melangkah dari kenangan itu. .





.
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!