Ada juga yang nak tau mengenai kisah lulu dihospital..
So, terasa teruja nak bercerita..ngee...
Apa, pun terima kasih diatas keprihatinan semua...
Takde apa yang perlu dirisaukan....
lulu ok jer dan takde masalah serius...
Dihari raya keempat, bersamaan hari jumaat, lulu ke hospital,
menemani seseorang disana..
Awal pagi tu, tiba-tiba jer terdengar announce dari pihak hospital..
Sesuatu yang dah lama lulu berniat nak buat, namun tak pernah tercapai.
Hati lulu tersentuh dan seolah ditarik, lulu mengamati setiap butir announcement.
Dan kaki lulu terus melangkah menuju tempat yang dimaksudkan...
Korang, tabung darah setiap hospital mengalami kekurangan darah yang kritikal..
Dan lulu baru tau masa tu, setiap kali hospital sangat memerlukan darah,
dan apabila tidak ada penderma darah, setiap staf hospital terpaksa menderma darah untuk melengkapi keperluan itu. Apatah lagi dalam perayaan begini, bayangkan sajalah, kemalangan dimana-mana...
Pesakit ketika itu memang amat memerlukan darah..
Masa arwah koko kemalangan dulu pun dia memerlukan paling kurang 14 pain darah..
Tau tak macam mana banyaknya 14 pain darah tu???
Sedangkan untuk seorang penderma, paling banyak hanya boleh derma 2 pain darah..
Kerana teruja nak merealisasikan impian (memang dah lama nak derma darah, namun lulu ada sejarah sakit jantung semasa kecil), lulu terus ke tabung darah dan dikaunter, lulu serahkan kad pengenalan, dan borang pun dilengkapi.. masa tu baru tau, kalau nak derma darah, malam sebelumnya kena tidur awal.. adeh, malam sebelumnya lewat tidur, menghadap samsung galaxy tab, main game Paradise Island.. Takpe, kira gamble..
test darah, samaada layak menderma ataupun tidak.. yeah darah O+.
Nurse titiskan darah didalam larutan berwarna biru..
Kalau tak tenggelam maknanya tekanan darah rendah??
lepas tu timbang berat dan sedikit soal selidik...
Bila semua dah ok, tekanan darah diambil..
Mula-mula tekanan memang agak tinggi, namun keadaan itu dikatakan normal untuk penderma pertama kali macam lulu :).. So, baring, relax 5 minit, sebelum check lagi sekali.. Biasanya check 2x jer, kalau lepas tu masih tinggi atau rendah sangat, memang tak lepaslah..
Syukur, lulu berjaya... :)
Tiub darah tu mengalirkan darah dengan laju tau..
Panas jer rasa bila melalui lengan.. ekeke..
Kejap jer dah penuh (Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml) bagi penderma pertama. Bila dah biasa derma, memang 2 pain).
Eh, takde ambik gambar lak kan.. takpe next time.. ngee
Nampak tak pelekat berwarna biru tu? itu bermakna darah lulu adalah O..
Lulu bangga sangat menderma darah sebab lulu tau betapa besarnya makna darah itu buat sesiapa yang memerlukan... Jom, lulu kongsikan sedikit info mengenai menderma darah..
Menderma tanggungjawab kita bersama
Apakah usaha dan peranan anda ?Menderma darah
Apakah yang anda perlu tahu ?
Kepentingan menderma darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
Mangsa kemalangan
Pesakit yang menjalani pembedahan
Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
Ibu yang mengalami tumpahan darah
Anda layak menderma sekiranya
Berumur 18 tahun ke atas
Berat badan 45 kg dan ke atas
Sihat tubuh badan
Sihat pada hari menderma
Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidapi Hepititis B atau C
PENTING !!!
Anda DILARANG menderma darah sekiranya :
Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
Menggunakan dadah secara suntikan
Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
Sifilis
Malaria
Sakit jantung
Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja
Ketahuilah jangan letakkan diri anda dan orang lain di dalam keadaan bahaya
Darah selamat bermula dari anda
Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawan-kawan anda yang juga layak menderma darah
Menderma darah adalah tanggungjawab bersama
Proses menderma darah
Pergi ke Tabung Darah
Isi borang
Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
Ujian kumpulan darah & tahap hemoglobin
Pengambilan darah
Rehat & jamuan ringan
Apakah alasan anda tidak menderma darah ?
1. Saya telah pun menderma darah sekali
Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan
2. Darah saya bukan jenis yang betul
Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian
3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?
Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak
4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum
Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun
5. Saya terlalu lemah
Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja
7. Saya terlalu sibuk
Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa
Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda
Keistimewaan yang dinikmati oleh si penderma
Si penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut
Oleh itu...
mendermalah sekarang semasa anda sihat dan berkelayakan
tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan nyawa anda.
Lulu sudah menderma darah, anda bila lagi??
Dapat lepas derma darah :)
P/S - Jumpa lagi 3 bulan kemudian tabung darah.. ;)
.