Saturday, September 17, 2011

Besarnya ular tu..


Sepasukan ahli biologi menangkap seekor ular anakonda sepanjang 5.5 meter dengan berat sebanyak 100 kilogram dalam satu ekspedisi hutan hujan tropika di sini, semalam.
Ular gergasi itu mempunyai ukur lilit sepanjang satu meter.
Ahli biologi dari Cardiff, Niall McCann, 29, berkata, kumpulannya berjaya menangkap reptilia gergasi itu ketika ia menyeberangi Sungai Rewa.
"Saya selalu berharap untuk menemui anakonda dan bekerja di Gcondauyana akan memberi peluang kepada kami untuk menemui spesies tersebut.
"Saya hampir digigit reptilia itu ketika menangkapnya dan ia mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga mampu 'menggetarkan' pasukan kami," katanya.
Anakonda merupakan spesies ular terbesar di dunia dan mampu mencapai berat sehingga 250 kilogram.
Reptilia itu akan membelit mangsanya sehingga mati sebelum menelan dan memuntahkan balik mangsanya, manusia dan harimau kumbang antara yang sering menjadi mangsa haiwan ganas itu.



P/S - Jom tengok ni pula..



.

Bangga pakai baju Jalur Gemilang


Meskipun usianya baru 10 tahun, seorang kanak-kanak menunjukkan perasaan cinta yang mendalam terhadap negara ini apabila tidak segan-silu mengenakan baju Jalur Gemilang setiap kali hari kemerdekaan disambut.
Muhammad Aqil Haiyan Haffizi memberitahu, baju itu dijahit sendiri oleh neneknya, Shafriza Syamsul, 58, menggunakan bendera Jalur Gemilang tiga tahun lalu bagi membolehkan dia memakainya pada hari istimewa tersebut.

Katanya, dia tidak pernah terlepas menyambut hari kemerdekaan dengan mengenakan baju berkenaan sejak berusia tujuh tahun.
"Nenek akan membuka jahitan pada setiap tahun bagi menyesuaikan saiz baju ini dengan badan saya yang semakin membesar.
"Walaupun rasa janggal kerana ramai yang memandang, namun saya bangga kerana dapat menggayakan baju Jalur Gemilang ini bagi menunjukkan rasa cinta kepada negara," katanya ketika ditemui pemberita semasa menyaksikan perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat negeri, di Dataran Tunku di sini, hari ini.

Muhammad Aqil Haiyan berkata, hari kemerdekaan negara membawa erti yang mendalam kepadanya kerana ia bukan sahaja melambangkan hari kebebasan daripada penjajah, bahkan tarikh 31 Ogos juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.
Katanya, dia bangga apabila memakai baju Jalur Gemilang dan berazam untuk terus mengayakannya pada sambutan kemerdekaan negara tahun berikutnya.



.

Tinggal di kandang lembu


Gara-gara dibelenggu kemiskinan, seorang ibu tunggal terpaksa menjadikan sebuah kandang lembu berhampiran kawasan semak dekat Ampang Jajar di sini, sebagai bangsal tempat tinggal bersama ibu dan empat anaknya.
Beralaskan tikar dan tilam buruk, M. Rajeshwari, 32, dan ibu, M. Rajamma, 57, bersama empat anaknya berusia lima hingga 10 tahun tidak mempunyai pilihan untuk tinggal di bangsal tersebut lantaran masalah kewangan yang kian menghimpit.

Rajeshwari yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia sebelum ini tinggal di kawasan setinggan di Kampung Kovil, dekat sini selama lebih enam tahun tetapi terpaksa berpindah selepas dihalau oleh tuan tanah.
Menurutnya, dia kemudiannya menumpang di rumah seorang saudara di Jalan Raja Uda, di sini tetapi diminta keluar baru-baru ini kerana tidak dapat membayar sewa rumah secara tetap.
"Ketika itu, anak-anak saya juga terpaksa bekerja mencuci pinggan untuk membantu mengumpul duit sewa rumah dan membeli barangan keperluan harian.

"Saya sendiri berasa malu untuk terus menumpang ihsan keluarga dan menyusahkan mereka untuk menanggung keperluan kami anak-beranak," katanya ketika ditemui pada program lawatan Ketua Pemuda MIC Bahagian Permatang Pauh, M. Suresh di sini, hari ini.
Rajeshwari bagaimanapun berkata, kehidupan mereka enam beranak menjadi semakin sukar kerana pendapatan sebagai tukang cuci tidak dapat menampung keperluan membayar sewa rumah sehingga memaksa mereka tinggal dan berlindung di bawah sebuah pangsapuri.

Katanya, mereka bernasib baik apabila ditemui oleh seorang penternak lembu yang memberi kebenaran untuk tinggal sementara di bangsalnya yang terletak tidak jauh dari pangsapuri berkenaan.
Sementara itu, Suresh berkata, pihaknya mahu kerajaan negeri supaya tampil memberi bantuan kepada keluarga tersebut dengan membenarkan mereka tinggal di pangsapuri projek perumahan rakyat (PPR) Ampang Jajar, di sini.
Katanya, pihaknya bersedia membantu Rajeshwari mencari pekerjaan baru serta menguruskan permohonan keluarga tersebut untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Dengan kadar sewa RM100 di pangsapuri tersebut, kita yakin keluarga ini mampu membayar berdasarkan pekerjaan yang kita akan dapatkan untuk Rajeshwari dalam masa terdekat.
"Kita minta kerajaan negeri bertindak segera memandangkan keluarga ini amat memerlukan pembelaan. Dari segi keperluan asas lain, MIC sedia menghulurkan sumbangan agar mereka meneruskan kehidupan lebih selesa," katanya.



.

Topi CHELSEA jadi hantaran perkahwinan ..


Dengan sekali lafaz pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya, di sini, kira-kira pukul 8.50 malam, Jumaat.


Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shuhaimi Acheh dengan mas kahwin sebanyak RM 300.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.


Pasangan mempelai anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Wanpa.
Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini..
Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.
Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.



.

Kekurangannya satu kelebihan


Meskipun hampir seluruh tubuh termasuk wajahnya ditutupi oleh bulu, Yu Zhenhuan (33) tetap yakin bahawa dirinya mempromosikan sebuah agen biro jodoh di Hunan, China Selatan.
 Bulu-bulu yang memenuhi tubuh Yu memang kerap memberikan rezeki tersendiri bagi Yu yang dinobatkan oleh Guiness Book Of Record sebagai lelaki yang memiliki paling banyak bulu di tubuhnya.

Yu yang adalah selebriti di China kerana telah membintangi pelbagai iklan penghilangkan bulu. Bahkan, dia yang pernah terlibat dalam filem box office, Planet of The Apes ini, mengakui kehidupan percintaannya tidak selancar perjalanan kariernya.

Kekasih Yu meninggalkannya kerana mengaku tidak kuat mendampingi Yu yang bergaya hidup tinggi.

"Aku tidak pernah terfikir bahawa diriku ini menarik. Tapi fikiran itu tersingkir dengan apa yang telah aku dapatkan sampai hari ini," ujarnya yang kini berhasil memikat seorang jururawat muda bernama Xiaowei Wu.

"Dia benar-benar seorang lelaki dan aku sangat menyukainya ketika dia menyanyi atau pun berlakon," ujar Wu



.

Dia yang malang..


Berderap dengan gagah di antara rumput dan menikmati derai angin hanyalah impian bagi seekor kuda jantan bernama Jerry, yang menderita obesiti. Namun kini kuda itu boleh menikmati hidup sebagai seekor kuda.

Sebelum dia ditemui oleh Joanne Vaughn dari Horse World, sebuah pusat jagaan kuda, Jerry adalah kuda malang yang ditinggalkan pemiliknya di penternakan lembu.

Di sana Jerry tidak terawat dengan baik. Yang terburuk, tulang kuku kaki-kaki Jerry yang tidak terawat itu terus tumbuh memanjang hingga 30 sentimeter dan membuat Jerry kelihatan seperti sedang memakai kasut Aladin.

Jerry yang kelihatan itu kelebihan sangat gemuk sehingga 127 kg dan nyaris tidak dapat berjalan, semakin tersiksa dengan keadaan tulang kukunya yang memanjang dan membengkok. Keadaan itu membuatnya sakit bila berjalan. Bahkan, sinar-X menunjukkan bagaimana tulang kuku Jerry telah bengkok dan tulang kukunya bleh menembusi tapak kuku.

Selama di pusat jagaan, Jerry mendapatkan rawatan dengan baik. Dalam enam bulan, secara mengejut Jerry telah menghilangkan timbunan gemuk tubuh hingga 114 kg. Kuku kaki Jerry yang kotor dan panjang itu pun telah mendapatkan rawatan.

Kini Jerry telah kembali menjadi seekor kuda sejati. Dia dapat kembali berderap dengan lincah dan tanpa perlu merasa sakit kerana kuku kaki bengkok yang menyakitkan.



.

"Ya, saya masih rapat dengannya.."


UMURNYA baru menginjak 21 tahun pada tanggal 18 Ogos lalu. Justeru, bagi anak kelahiran Penampang, Sabah, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan nama Stacy, dia masih belum puas untuk menikmati usia mudanya.

Merangkul gelaran juara program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada 2008, nama Stacy dilihat masih kukuh di persada seni tanah air biarpun nama rakan-rakan seangkatannya tenggelam di bawa arus dek gagal menempatkan diri dalam dunia seni tempatan.
Tiga tahun berdiri kukuh antara penyanyi wanita popular tempatan, Stacy akui, pelbagai pahit maung dihadapinya dan dia juga tidak terlepas daripada kontroversi terutamanya percintaannya dengan bintang AF7, Akim.

Mendekati gadis lincah dan periang itu ketika majlis pelancaran album keduanya yang diberi judul Stay-C di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, Stacy memberi penjelasan sebaik mungkin kepada rakan media yang hadir.


Masih berkawan
MULAI rapat dengan Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 20 ketika sama-sama mengadakan persembahan bersama bintang-bintang AF yang lain dua tahun lalu, Stacy akui, jejaka kelahiran Johor Bahru, Johor itu begitu serasi dengannya.

Apatah lagi dengan perwatakan Akim yang sentiasa ceria dan pandai berjenaka, Stacy mengatakan, ia cukup membuatkan hatinya tertarik untuk mengenali pemuda itu dengan lebih rapat.
Lantaran dari momen itu, dia suka berhubungan melalui telefon bimbit, sama ada membuat panggilan atau pun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Sekarang, sudah dua tahun kami mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, tiada hubungan cinta yang wujud antara kami berdua.

"Ia sekadar hubungan rakan sesama artis, cuma kami lebih akrab.
"Sebab itulah, timbul gosip yang mengatakan kami sebagai pasangan kekasih," kata Stacy menjelaskan perkara sebenar.
Namun, kebelakangan ini timbul pula khabar angin yang mengatakan mereka berdua sudah tidak lagi berkawan gara-gara Stacy dikatakan telah mempunyai teman istimewa yang lain.
Tidak terperanjat dengan dakwaan itu, Stacy menafikan spekulasi berkenaan lalu menerangkan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka berdua.

Tegasnya, dia bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membuang kawan apabila menemui cinta hati.
Tambahnya, dia dan Akim masih lagi berkawan seperti biasa dan dia juga menepis dakwaan bahawa dia telah mempunyai kekasih baru.
"Saya berkawan baik dengan Akim dan masih berhubungan melalui SMS atau telefon.
"Buktinya, salah sebuah lagu saya, Cemburu adalah hasil karya Akim selaku penulis lirik.
"Cuma kebelakangan ini jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti seni.
"Saya sibuk dengan proses rakaman lagu baru untuk dimuatkan dalam album kedua saya, manakala Akim pula sibuk dengan persembahannya.

"Tambahan pula, Akim aktif sebagai penulis lirik dan komposer. Saya tidak mahu mengganggu Akim di kala rezekinya dalam bidang ini semakin berkembang.
"Ketika proses rakaman lagu Cemburu, dia ada datang memberi sokongan," jelasnya panjang lebar menceritakan kebenaran.

Tidak kisah peluk Islam
DALAM pada itu, Stacy diutarakan soalan adakah dia bersedia untuk memeluk agama Islam sekiranya bertemu pujaan hati yang beragama Islam?
Tanpa perlu mengambil masa yang lama, Stacy menyatakan persediaannya untuk bergelar mualaf jika jodoh menyatukannya dengan pemuda beragama Islam.

Tambah Stacy, agama Islam bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya mahu pun keluarganya kerana ada saudara maranya yang berkahwin dengan orang Melayu yang beragama Islam.
"Jadi, tidak timbul sebarang masalah kepada saya atau famili apabila saya memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan jejaka Melayu.
"Tetapi itu tidak bermakna saya sudah bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya mahu fokus terhadap kerjaya seni.

"Saya masih belum mendapat kepuasan optimum dalam bidang ini. Saya meletakkan had masa sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk memikirkan bab kahwin," jawab Stacy.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!