Thursday, September 22, 2011

Bila orang Malaysia menjadi player Manchester United..


Entri post yang lain dari  kebiasaan.. ekeke...
Lulu Caldina berbicara mengenai manchester united..
Perrgh sape tak kenal dengan team menyu ni...
Antara team paling hebat didunia..
(chelsea lagiiiiii hebat .. wee)


Pertama kali tengok ni, nak melopong pun ada juga..
Bukan pasal team tu, yelah, dah kebetulan yang ditaja menyu,
mestilah dalam tu banggakan menyu, ye tak??
Kalau chelsea yang ditaja, sudah tentu dengan bannganya berlari keliling stamford bridge..
Masa tu bila tengok, lulu bukan melopong lagi,
malahan rasa dengki pun ada gak..
siyes teringin nak kesana..


Terima kasihlah buat TM, dan banyak lagi company yang dah mula 'sibukkan' diri dengan bola sepak luar negara.. Owh sukan kecintaan ku itu.. Bangga wei bila tengok penjenamaan Malaysia ada kat jersey mereka yang dilihat dan dimilki oleh seluruh dunia :)



Masa Ramli teruja berlari keliling old trafford tu, siyes bangga..
Orang Malaysia tu woo..
Lepas tu boleh lak tengok nani ngan Smalling tu selamba tergelak..
eleh bukan korang macam tu juga ke masa mula masuk menyu?? ceh..


Semoga suatu hari nanti impian rakyat malaysia untuk bermain dalam liga england akan tercapai..
"Tahniah Ramli, cantiklah gol tu :) "



P/S - Safee Sali dah dekat merealisasikan impian itu, mari kita sama-sama doakan..




.

Bekas pemain bola sepak negara mohon bantuan


Bekas pemain bola sepak negeri dan kebangsaan era 1970-an, Abu Hassan Mohammad kini terlantar sakit dan memohon pihak berkaitan membantu meringankan penderitaannya.
Abu Hassan, 74, menderita penyakit jantung, kencing manis dan buah pinggang.
Dia yang bermain di posisi sayap kiri merupakan pemain seangkatan dengan Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel pada era tersebut.

Dia pernah digelar 'kereta kebal' kerana jarang pemain bola mahir menggunakan kaki kiri.
Menurut Abu Hassan, dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan jantung pada 1997 dan kini menerima rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di Hospital Pantai di sini dengan bayaran rawatan dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya kini berehat di rumah dan tidak berupaya melakukan apa-apa pekerjaan memandangkan penyakit yang saya hadapi menghalang saya melakukan kerja-kerja lain," katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Nibong di sini hari ini.
Dia yang tinggal bersama isteri, Norsiah Mydin, 62, mengakui mengalami kesempitan hidup bagi menampung perbelanjaan rawatannya.

"Dulu saya menjadi tukang gunting di Pasar Bayan Baru tetapi sejak kaki saya dipotong dua minggu lalu, saya tidak dapat bergerak dan terpaksa membatalkan hasrat untuk menyambung pekerjaan itu," ujarnya.
Katanya, dia hanya bergantung dengan wang pencen yang diperolehinya sebagai seorang pembantu tadbir di Penjara Pulau Pinang sebanyak RM1,000 sebulan.
"Namun, ia tidak cukup kerana saya perlu bayar hutang rumah, bil air, elektrik, keperluan harian termasuk perbelanjaan tambang teksi untuk ke hospital," jelasnya.



P/S - Info yang menarik..






.

Mereka telah menang..



2 blog ini telah memenangi tempat ekslusif 'entri melekat' selama 24 jam di Lulu-Pages..
Sungguh bertuah yer, dan untuk yang masih tak tahu, kenapa mereka boleh menang, adalah melalui giveaway yang telah dianjurkan oleh Gift4Blogger baru-baru ni.. Lulu-Pages sponsor entri melekat untuk 2 pemenang.. Lepas ni, kalau ada yang nak buat contest atau giveaway, nakkan sponsor, bolehlah berhubung terus dengan lulu ;)... entri melekat is the best..ekeke..













*


















*
















Blog pertama....


*
*








Dan blog yang kedua..






 Kebetulan, kedua blog ni adalah blog contest, memang terserlah minat pemilik blog yang sangat 
gemar turut serta dalam contest/giveaway :)..
Jom kita terjah ke blog mereka, dan saksikan sudah berapa banyak 
kemenangan yang telah mereka raihkan..
Betul, sungguh bertuah, 
terasa macam nak tau jer rahsia menang ni kan..





P/S - Samsung Galaxy tab, murah you ..



.

Terkilan dengan bekas isteri


WATIE atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 35, sering dihimpit dengan kontroversi tanpa kesudahan. Ada sahaja cerita panas dan sensasi daripada bekas penyanyi kumpulan Elite itu. Selain dikatakan mempunyai anak luar nikah, Watie juga dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang sehingga menyebabkan perkahwinan Zulkifli Daud dan pasangannya hancur.

Mungkin sudah penat dan bosan dengan kontroversi yang melanda, walaupun wajahnya sering kelihatan di kaca televisyen namun kelibat pelakon itu jarang sekali dilihat di majlis-majlis yang melibatkan media.
Adakah Watie merajuk atau cuba melarikan diri daripada media? Peluang bertemu pelakon berasal dari Grik, Perak itu semasa ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri komedi misteri, Cuak, di Restoran Bora Ombak, Kuala Lumpur, segala isi yang terpendam dijiwanya diluahkan.
"Saya tak melarikan diri atau cuba mendiamkan diri cuma masa jemputan majlis yang melibatkan media saya sibuk dengan jemputan lain dan juga terlibat dengan penggambaran drama.

"Kalau kata saya merajuk mungkin juga sebab saya sudah berada dalam industri seni ini dekat 20 tahun, tapi ada sesetengah media masih mencari cerita kontroversi berbanding kerjaya lakonan saya. Saya tak perlukan lagi kontroversi untuk popular dan dikenali. Bukan niat saya untuk berlagak tetapi ada yang tidak senang dan cuba untuk menjatuhkan saya," katanya yang lega kerana rezeki dalam bidang lakonan mencurah-curah biarpun dirinya dihimpit kontroversi.
Namun begitu, Watie bersyukur terdapat juga media yang masih bercerita mengenai kerjaya lakonannya berbanding kisah kontroversinya semata-mata.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu juga tidak mahu lagi cerita sensasinya digembar-gemburkan kerana dia tidak mahu orang luar yang tidak tahu kisah sebenar menganggapnya jahat.
Watie juga menyatakan rasa terkilan kerana sering mendapat watak lakonan perempuan gedik dan jahat tetapi terpaksa terima demi menyara anaknya Afif Danial, 7.
Ditanya mengenai hubungannya dengan penyanyi dan pelakon, Zulkifli atau nama glamornya Joey, kata Watie, dia masih dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungannya bersama Joey atau tidak.

Pelakon berzodiak Taurus itu juga memutuskan untuk tidak bernikah dengan Joey kerana terkilan dan tertekan dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas isteri penyanyi lagu Beradu Suratan itu dalam sebuah akhbar awal bulan puasa lalu.
"Cadangnya memang kami ingin bernikah pada bulan puasa lalu tetapi selepas kenyataan daripada bekas isterinya keluar dalam sebuah akhbar, saya terpaksa menolak untuk bernikah dengannya. Saya betul-betul tertekan sampai ambil keputusan tidak bernikah dengannya. Walaupun mereka sudah bercerai tetapi saya masih tidak tahu sama ada perlu meneruskan hubungan ini atau tidak," katanya yang bersyukur kerana Joey tidak marah dengan penolakan itu malah sentiasa memberinya sokongan dalam segala hal.

Menyentuh mengenai hatinya, Watie tidak berbohong memberitahu, dia memang menyayangi Joey. Malah, menganggap lelaki itu begitu baik di matanya.
"Saya sayangkan dia. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang harta tetapi saya tidak pernah jumpa lelaki sebaik dia.
"Joey tidak ada cacat celanya kerana dia menerima sahaja apa keputusan yang dibuat oleh saya malah saya menganggap Joey seperti Lelaki Melayu Terakhir," katanya yang masih teringin berkahwin dan mahu dirinya dijaga oleh lelaki.




P/S - Info yang menarik..




.

Kaya anak namun kesepian..


Kaya anak tetapi hidup kesepian. Itulah nasib warga emas, Sabil Terbi, 77, dari Kampung Kudei Baru dekat sini, yang mempunyai sembilan anak tetapi mengalami sindrom ‘Empty Nest’ iaitu rasa kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan dengan anak. Daripada sembilan anaknya termasuk empat lelaki, hanya seorang yang sanggup menjaganya iaitu anak sulungnya, Railie Sabil, 42.

“Kalau ada warga emas di Sarawak yang hidupnya sunyi dan terabai, sayalah antara mereka. Saya mempunyai sembilan anak berusia 25 hingga 42 tahun, namun hanya anak sulung yang sanggup menjaga saya, sedang yang lain tidak pernah menjenguk saya,” katanya ketika ditemui di sini.




P/S - Info yang menarik..


.

Hospital sengaja caj lebih


Sebuah hospital swasta di ibu kota didakwa ‘menipu’ ramai pesakitnya sejak lima tahun lalu apabila mengenakan caj rawatan berlebihan termasuk yang tidak masuk akal untuk menambah stok ubat dan peralatan berkaitan di hospital berkenaan.
Perkara itu didedahkan oleh seorang bekas doktor di hospital berkenaan yang kecewa tindakan pengurusan hospital tersebut mengambil cara mudah untuk membuat keuntungan dengan menekan pesakit.

“Malah petugas hospital juga diarahkan agar mengenakan caj tambahan terhadap beberapa kelengkapan hospital yang kehabisan stok ke dalam akaun pesakit walaupun ia tidak digunakan pesakit terlibat.
“Alatan seperti kapas, kain pembalut, jarum suntikan, tiub getah, sarung tangan dan sebagainya dimasukkan ke dalam bil menyebabkan pesakit seolah-olah ‘membantu’ menanggung kos hospital yang tidak sepatutnya,” katanya yang enggan identitinya didedahkan di sini hari ini.

Doktor tersebut yang telah mengenal pasti penipuan itu turut mengumpul bahan bukti dari 2007 bagi menguatkan dakwaannya itu.
Menurutnya, bayaran tambahan lebih RM200 dikenakan terhadap pesakit terutama di bahagian kecemasan serta kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan insurans bagi membayar bil perubatan mereka.

Katanya, lazimnya pesakit yang menggunakan insurans tidak mengambil tahu caj yang dikenakan hospital dan menyerahkan kepada pihak insurans menjelaskan bil mereka.
“Keadaan itu menyebabkan pihak hospital mengambil kesempatan mengaut keuntungan bagi menanggung kos peralatan yang sepatutnya ditanggung oleh pihak hospital sendiri,” katanya.
Menurutnya, mereka yang menjadi mangsa ialah pesakit sendiri apabila caj yang dikenakan berlebihan dan tahap maksimum pembiayaan insurans pesakit akan berkurangan.

Keadaan itu juga katanya, akan menyebabkan pesakit terpaksa membayar sendiri caj perubatan sekiranya mendapatkan rawatan pada masa depan kerana insurans mereka telah mencapai tahap maksimum.
“Itu baru di bahagian kecemasan yang hanya mengambil masa paling lama dua jam, belum lagi jika mereka terpaksa dimasukan ke wad beberapa hari,” katanya.

Menurut doktor berkenaan, beliau mengetahui ‘penipuan’ tersebut apabila seorang pesakit di bawah kendaliannya yang menghidap gastrik terpaksa membayar caj berlebihan terhadap perkhidmatan yang tidak diperoleh seperti dua kotak kapas, pembalut luka, jarum suntikan, cadar dan sarung bantal yang tidak digunakan oleh pesakit di bahagian kecemasan.
“Saya pernah berkhidmat di beberapa hospital lain seperti di Sunway, Tawakal, Ampang Puteri dan beberapa hospital lain namun kes seperti ini tidak pernah berlaku,” katanya.



P/S - Berbaloi untuk dimiliki..

.

Bagai dirasuk cuba terjun dari tingkat dua kolej kediaman


Gempar apabila seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, yang dikatakan dirasuk cuba terjun dari tingkat dua kolej kediamannya, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, penuntut berusia 21 tahun itu memanjat tingkap dan duduk di balkoni dengan kedua-dua kakinya terjuntai ke bawah.

Perbuatan gadis dari sebuah negeri di utara tanah air itu, bagaimanapun disedari rakan sebiliknya yang cuba memujuknya turun.
Pujukan itu bagaimanapun gagal lalu mereka memanggil pengurusan kolej dan sekali lagi cuba memujuk penuntut itu supaya tidak terjun.

Usaha itu juga menemui kegagalan sebelum pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi melakukan usaha menyelamat gadis yang dirasuk itu.

Menurut rakan sebilik mangsa yang enggan dikenali, dia terdengar suara seperti orang meracau di luar tingkap bilik lalu pergi memeriksanya.

“Saya terkejut selepas mendapati rakan sebilik berada di atas balkoni luar dan dia seolah-olah sudah bersedia untuk terjun. Bimbang perkara buruk berlaku, saya cuba memujuknya supaya turun, namun tidak diendahkan.

“Saya menghubungi kakitangan kolej memaklumkan perkara itu dan kami sekali lagi berusaha memujuknya, namun gagal,” katanya.
Menurutnya, selepas gagal memujuk penuntut itu, mereka menghubungi pasukan bomba dan penyelamat yang datang tidak lama kemudian.

Katanya, rakan sebiliknya yang menuntut di tahun satu jurusan insurans itu dipercayai mengalami gangguan makhluk halus sejak beberapa hari lalu.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II Chee Hong Chuan berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa.

“Ketika tiba, gadis itu masih berada di balkoni tingkat dua kolej kediamannya dengan kedua-dua kakinya terjuntai sambil berdiam diri.

“Tanpa membuang masa, kami menariknya masuk ke bilik penginapan,” katanya.

Menurutnya, gadis yang pengsan sejurus selepas itu diserahkan kepada pihak pengurusan kolej untuk tindakan selanjutnya.




P/S - Memang berbaloi...

.

Hajat tercapai sebelum maut


Kegembiraan seorang tukang kebun sekolah yang dapat melihat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara dekat pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Sura dekat sini tidak berpanjangan apabila dia dan bapanya maut dalam kemalangan kelmarin.

Kejadian pukul 5 petang di Kilometer 23, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Padang Pulut di sini itu mengakibatkan Yusof Daleng, 40, dan bapanya, Daleng Hassan, 66, maut akibat kecederaan di badan dan kepala. Empat lagi penumpang cedera parah.
Mereka yang parah ialah adik Yusof, Mohd. Zaid, 23; jiran, Normadiah Mahmud, 43, dan dua anak Normadiah, Mohd. Ikrima Abd. Latif, 12, dan Mohd. Sabri, 10.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton yang dinaiki kesemua mangsa bertembung dengan kereta Perodua Myvi dinaiki Mohd. Nor Ehsan, 20, dan Badrul Hisham Ibrahim, 32.
Myvi yang dipandu Mohd. Nor dikatakan telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa. Mohd. Nor dan Badrul Hisham turut parah.

Rombongan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Minda, Jerangau selepas pergi ke majlis yang dihadiri Muhyiddin.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor memberitahu, dua mayat termasuk mereka yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.




P/S - Dapatkan dengan harga yang murah..


.

Terbunuh ketika mendulang emas


“Sebaik tiba, saya dengar dia menjerit Allahuakbar serta mendengus kuat sebelum nafasnya tidak lagi kedengaran,” kata Mohd Khamsani Kassim, 43, bapa mentua Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, yang terbunuh ketika mendulang emas di sini, kelmarin.
Mohd Shafadrul maut apabila terowong di dalam lubang sedalam lebih lima meter yang digalinya di ladang kelapa sawit milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM) di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing di sini, runtuh kira-kira jam 9 malam.

Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Hubung di sini, menggali terowong itu berseorangan.
Mohd Khamsani berkata, menantunya memaklumkan kepadanya untuk keluar membeli barangan keperluan harian pada jam 6 petang kelmarin, namun sehingga jam 9 malam dia tidak pulang ke rumah.

“Saya keluar mencarinya di sekitar kampung sebelum ke ladang berkenaan kerana arwah sudah beberapa kali ke situ untuk mendulang emas sebelum ini walaupun saya melarang,” katanya.

Sejurus Mohd Khamsani tiba di tempat kejadian, dia menemui motosikal, beg dan peralatan mendulang emas milik mangsa berhampiran lubang digalinya.
“Saya hampir menangis apabila terdengar suaranya melaungkan Allahuakbar sebelum nafasnya tidak lagi kedengaran. Saya berusaha menggali lubang itu untuk menyelamatkan arwah, namun gagal.


“Saya menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, ladang milik PKAYM itu sering menjadi tumpuan pendulang emas haram kerana lokasi itu dikatakan mengandungi banyak emas.
Selain itu, kekerapan pihak berkuasa membuat pemantauan di kawasan hutan simpan seperti Hutan Simpan Gunung Twiss yang dijadikan sasaran pendulang emas haram membuatkan mereka beralih ke ladang berkenaan.

Sementara itu, ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, berkata Mohd Shafadrul yang bekerja sendiri seperti mengambil upah menebas di kebun pernah meluahkan hasrat untuk mendapatkan pendapatan lebih dengan mendulang emas kerana bakal mendapat anak kedua, tiga bulan lagi.

“Dia gembira kerana bakal menimang anak kedua dan disebabkan itu dia mahu mencari pendapatan tambahan. Saya dan suami sudah melarangnya ke sana kerana kerja itu bahaya, tetapi dia tetap melakukannya secara sembunyi-sembunyi,” katanya.


Menurutnya, perubahan sikap anak sulung mangsa, Mohd Adam Haikal, 18 bulan, daripada ceria kepada muram seolah-olah petanda bapanya bakal dijemput Ilahi.

Ayati berkata, sejurus mangsa meninggalkan rumah pada jam 6 petang, Adam mula muram dan ia berterusan hingga jam 9 malam.

“Kami gagal menghubungi arwah sebelum mengadakan bacaan Yasin dan tahlil sesama ahli keluarga bagi memohon keselamatannya. Pada masa sama, Adam terus muram dan enggan melayan kami,” katanya.

Menurutnya, Mohd Shafadrul yang berasal dari Batu Pahat tinggal bersamanya sejak berkahwin dengan anak sulungnya, Nurul Saufeqah, 20.

Jenazah Mohd Shafadrul dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi.



P/S - Dapatkan dengan harga yang murah..




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!