Wednesday, October 5, 2011

Pictured for the first time...



Beaming with delight little Deepak Paswaan shows off his normal body for the first time since undergoing surgery to remove the legs and arms of his underdeveloped twin growing out of his chest.
For years, Deepak, 7, from Bihar, India, had to suffer taunts and bullying from other children over the appalling disfigurement.
Some taunted him as a 'devil' and a 'freak' while others even viewed him as a god.

Hindu pilgrims used to visit his home to worship him as an incarnation of the god Vishnu, who is often depicted with more than four limbs.
Last year his family for help to get the unwanted limbs removed and give Deepak the chance of a normal life
And Deepak's world was turned upside down when leading surgeons from Bangalore's Fortis Hospital agreed to operate for free.
The pioneering surgery, which was carried out last year, would normally cost around £50,000, a sum his impoverished family could never have dreamed of affording.


Happily the gruelling four-hour operation was a complete success.
Now fully-healed and looking like a healthy, normal seven-year-old, cricket-mad Deepak has been given a new lease of life.
He said: 'I can run faster than my two elder brothers - before I could never keep up. I really like my new body. It's much more fun. I am very happy.'
Footage from the sensational four-hour surgery will be shown on Channel 5 on Thursday night in Eight-Limbed Boy: Extraordinary People, at 9pm.








.

Bantulah mereka.....


Sepasang suami isteri yang hidup dalam kemiskinan merayu bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatan seorang anak mereka yang menghidap penyakit saluran jantung tersumbat.
Rohariza Che Lah, 32, berkata, bayinya yang berusia dua bulan, Mohd. Shahrul Danish Hisham sukar bernafas sejak dilahirkan akibat masalah itu.
"Saya membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut dan doktor mengesyaki anak saya menghidap penyakit saluran jantung tersumbat.

"Kos rawatan bulanan dianggarkan sekitar RM500 dan saya juga terpaksa memikirkan belanja untuk menyara dua lagi anak kecil berusia tiga dan tujuh tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard di sini hari ini.
Rohariza memberitahu, keluarganya tiada punca pendapatan kerana dia yang sebelum ini bekerja di sebuah gerai makan untuk menyara mereka lima beranak terpaksa berhenti selepas melahirkan bayi tersebut manakala suaminya tidak boleh bekerja selepas terlibat dengan kemalangan tujuh bulan lalu.

"Kami sekeluarga terpaksa menyewa sebuah bilik kecil dengan bayaran RM80 sebulan dan kami memang kesempitan wang sekarang. Saya hanya mengharapkan belas kasihan orang untuk meneruskan kehidupan kami sekeluarga," jelasnya.
Tambah Rohariza, dia gusar apabila memikirkan cara hendak mencari wang untuk membiayai kos rawatan anaknya itu di samping memastikan makan dan minum keluarganya mencukupi.

"Saya sudah isi borang untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), tetapi masih belum mendapat apa-apa jawapan. Saya harap JKM dapat membantu kami sekeluarga dan anak saya yang sedang sakit ini," katanya.
Kesempitan hidup membuatkan keluarga tersebut tidak mempunyai telefon untuk dihubungi atau pun nombor akaun.
Orang ramai yang ingin menderma boleh datang sendiri ke bilik sewa mereka di lorong masuk bersebelahan Sekolah Kebangsaan Seberang Perak, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard di sini.









.

Wordless Wednesday

Ibu rayu kerajaan bantu anak sindrom Down


Seorang wanita warga emas di sini berharap anak gadisnya yang berusia 26 tahun mendapat bantuan kerajaan memandangkan anak bongsu enam beradik itu menghidap sindrom Down sejak dilahirkan. Simai Ulak, 64, berkata, kehidupan mereka sekeluarga begitu susah dan dia tidak mampu untuk menghantar anaknya, Zelina Banyah ke sekolah pendidikan khas.

Menurutnya, dia pernah memohon bantuan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun sehingga kini belum mendapat jawapan.
"Kehidupan kami sekeluarga bertambah susah apabila suami mula sakit selepas menjalani rawatan untuk penyakit barah hidung dan sejak itu kami sekeluarga tidak mempunyai pendapatan, cuma mendapat bantuan penghuni rumah panjang ini.

"Zelina juga tidak pernah mendapat sebarang bantuan sedangkan dia merupakan orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika ditemui di Rumah Panjang Selat, Ulu Sungai Janting di sini, hari ini.
Menurut Simai, dia tidak boleh mengharapkan anak-anaknya yang lain kerana mereka juga hidup dalam kesusahan dan menyara hidup masing-masing dengan bekerja sebagai petani dan buruh serta tidak mempunyai pendapatan tetap.

Sehubungan itu, Simai berharap penderitaan mereka sekeluarga mendapat perhatian pihak berkenaan sekali gus meringankan beban yang mereka tanggung terutamanya bantuan kepada Zelina.
"Apa yang penting bagi saya adalah anak bongsu ini mendapat bantuan sewajarnya kerana dia tidak mampu berdikari," ujarnya.








.

Kisah sedih dan tragis...sampainya hati


Imej menjengkelkan ini menunjukkan anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit haiwan tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem ini menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun yang masih hidup dan bergerak ini ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.

Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menendang serta menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.

But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat - ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000). Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label ‘kulit biri-biri Australia’.


Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport - dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing.






.

Tidak mahu kahwin kerana tidak memiliki baju melayu putih

Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.

Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.








.

Hanya kerana tersilap


 Akibat tersilap menekan suis mesin pemotong rumput ketika mahu menukar bilahnya, seorang lelaki, Mohd Abdul Wahab Mat, 37, kini koma dan bertarung dengan maut selepas satu daripada bilah mesin berkenaan melantun serta menusuk kepalanya.

Kejadian berlaku pada jam 7.10 malam Ahad lalu di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, Jitra, dekat sini dan mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Abang mangsa, Mohamad Nor, 49, berkata ketika dibawa ke HSB, mata pisau itu dikatakan masih melekat di kepala adiknya dan hanya dibuang doktor selepas menjalani pembedahan tidak lama kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian ibunya, Chik Ali, 65, dan bapanya, Mat Don, 71, berada di rumah dan mangsa dikatakan sempat menjerit sebelum pengsan.

“Mereka segera memangkunya sambil memekap kepala dengan kain kerana darah mengalir dengan banyak sebelum menghubungi ambulans,” katanya di sini, semalam.









.

Kerana merindui ibu


Seorang remaja yang mahu pulang ke kampung kerana merindui ibunya yang sakit di Kuala Besut, Terengganu maut apabila motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah lori berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama, Kajang semalam.

Mangsa, Mohd. Faiz Abdullah, 20, yang membonceng rakannya, Mohd. Raimi Zulfakar Romlan, 21, maut di tempat kejadian manakala Raimi cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kajang.
Kemalangan berlaku ketika kedua-dua sahabat itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Saujana Impian di sini selepas membeli tiket bas untuk pulang ke kampung di Kuala Besut setelah tiga minggu bekerja di sebuah restoran di Kajang.

Menurut abang Raimi, Mohd. Badrul, 25, mereka yang baru tiga bulan bekerja di Kajang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tiket yang hendak dibeli bagi perjalanan waktu pagi sudah habis dijual.
"Raimi menghubungi saya dan memaklumkan tiket habis dan saya suruh dia pulang dahulu dan menyuruhnya pergi semula pada sebelah malam.








.

Penembak Noramfaizul didedah


Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.

Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan.
Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan.

Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan.
Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!