Wednesday, November 9, 2011

TAHNIAH MALAYSIA


SKUAD Harimau Muda berjaya mengutip mata penuh apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan Sea yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Rabu.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 permainan.
Pada babak kedua perlawanan, skuad Malaysia peluang untuk menambah jaringan, namun gagal dilaksanakan penyerang pasukan, Syahrul Azwari Ibrahim.

Thailand cuba mengasak dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila T. Natand melakukan rembatan cantik di kawasan penalti gara-gara kelekaan barisan pertahanan negara.

Terikat dengan kedudukan seri, skuad Malaysia terus bangkit melakukan serangan dan jaringan Izzaq Farris Ramlan pada minit ke-85 berjaya memberi kemenangan kepada skuad Malaysia sekali gus menjadi bekalan penting untuk perlawanan seterusnya.

Malaysia kini menduduki tangga teratas kumpulan selepas mengumpul empat mata dalam dua perlawanan.





P/S -  Korang dah tengok???




.

Wordless Wednesday

Amy nasihat Nabila


Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.
"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.

Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.
Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.
Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.
"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya.









.

Ingin memenangi proton saga?


“Beli pertaruhan judi serendah RM100 dan anda berpeluang memenangi sebuah kereta Proton Saga jika kupon anda terpilih dalam cabutan bertuah.”

Itulah modus operandi terbaru pemilik premis mesin judi Internet yang berjaya dibongkar polis Kuala Lumpur dalam satu serbuan di sembilan premis di Taman Seri Rampai, Setapak di sini hari ini.
Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, modus operandi itu dikesan di salah sebuah premis yang cuba menarik perhatian pengunjung memandangkan banyak ”saingan” di kawasan perniagaan tersebut.

“Pemilik premis itu mendakwa ada pelanggan yang berjaya memenangi kereta itu tahun lepas setelah kuponnya terpilih,” katanya kepada pemberita di premis terbabit di sini hari ini.
Azman berkata, seramai 43 pelanggan termasuk seorang polis tentera yang sedang asyik berjudi ditahan dalam operasi yang dijalankan selama dua jam dan berakhir pada pukul 6.30 petang.
“Kesemua pelanggan yang ditahan berumur antara 26 dan 58 tahun. Polis tentera berumur berumur 20-an itu bertugas di Kementerian Pertahanan dan kita akan rujuk kepada jabatannya.

“Turut ditahan sembilan penjaga premis berumur antara 20 dan 30 tahun.
Mereka ini termasuk seorang wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 291 mesin judi dan wang tunai kira-kira RM3,000 dirampas dalam operasi yang acapkali diadakan di premis tersebut.
Premis itu berselindung sebagai kedai pemborong dan pengedar makanan basah dan keperluan asas, pusat pakaian sekolah dan alat-alat pengakap dan kafe Internet, katanya.









.

Sekali 20 orang yang datang merompak..huhu


Enam sekeluarga yang leka menonton televisyen dengan pintu rumah terbuka dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu tidak diundang merompak rumah mereka di Ladang Alfa Bernam dekat sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 11 malam, M. Letchumanan, 56, cedera parah ditetak di kepala dan dada oleh kumpulan penyamun yang turut disertai empat wanita.

Letchumanan memberitahu, dia, isteri dan empat anaknya tergamam melihat kehadiran penjenayah itu yang masing-masing bertopeng dan bersenjatakan parang atau besi mengepung mereka di ruang tamu rumah.
Penjenayah yang kelihatan bengis itu kemudian mengarahkan dia sekeluarga supaya diam dan mengikut arahan mereka.

“Ketika itu, penjenayah itu menggeledah seluruh rumah kami dan melarikan wang tunai berjumlah RM5,000, barangan kemas dianggarkan bernilai RM5,000 dan beberapa telefon bimbit,” kata Letchumanan ketika ditemui Kosmo! di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini semalam.

Sebelum kumpulan penjenayah itu beredar, mangsa memberitahu, dia yang geram melihat rumahnya digeledah cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara dia dengan seorang penjenayah itu.
Namun dalam pergelutan itu, Letchumanan cedera parah akibat ditetak dengan parang di kepala dan dada.
Tiga anaknya juga cedera ringan terkena libasan parang penjenayah terbabit ketika cuba menyelamatkannya.
Letchumanan dikejarkan ke HTI sebelum kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Hutan Melintang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, setakat ini empat wanita berusia lingkungan 26 hingga 57 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Menurut beliau, baki 16 lagi suspek sedang diburu dan kes tersebut diyakini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.









.

Kenangan, hanya tinggal kenangan


Mahu membuka klinik sendiri dan memberi khidmat percuma kepada orang susah terutama anak yatim. Itu cita-cita murni pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia, Adrian Jay Pereira, 22, yang mati akibat ditetak penjenayah di rumah sewanya, kelmarin.
Ibu mangsa, Mary Catherine De Cruz, 52, berkata kini cita-cita anaknya itu tinggal kenangan dan dia sekeluarga masih sukar menerima hakikat kematian anak sulungnya itu. Menurutnya, Adrian anak yang amat baik dan disayangi semua orang serta menjadi sandaran utama untuk mengubah nasib keluarga supaya menjadi lebih baik.

Pelajar perubatan tahun tiga itu maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang pencuri motosikal milik rakannya di kawasan rumahnya di Malang, pada jam 7 malam kelmarin waktu tempatan.
Mary Catherine berkata, kali terakhir Adrian menghubunginya pada Ahad lalu dengan menyatakan dia sangat sayangkan ibu serta dua lagi adik perempuan iaitu Felicity Janet Pereira, 19, dan Alma Jacelyn Pereira, 16.

“Adrian juga memberitahu komputernya rosak. Saya kata pakai dulu nanti balik sini kami ganti lain. Namun pada jam 8.40 malam (kelmarin) saya dapat lagi panggilan daripada nombornya.

“Bagaimanapun, pemanggilnya orang lain yang memperkenalkan diri sebagai senior Adrian. Dia kata Adrian menghadapi malapetaka. “Saya kata jangan main-main dan dia menerangkan hal sebenar anak saya sudah mati akibat ditetak penjenayah,” katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Klang Jaya, di sini, semalam.

Mary Catherine berkata, Adrian anak yang pintar apabila mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan utama iaitu 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 7A Penilaian Menengah Rendah (PMR), 8A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 1A 3B dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Saya masih sukar mempercayai sudah kehilangan anak sulung dan selalu teringat-ingat keseronokan dia menikmati masakan saya ketika pulang bercuti pada September lalu,” katanya.

Menurutnya, Adrian dijangka tamat pengajian dalam bidang kedoktoran pada 2014.

Dalam kejadian berhampiran rumah sewanya di Jalan Pisang Kipas, Malang, Jawa Timur, pada jam 7 malam kelmarin, Adrian berehat sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah. Selepas meninjau ke luar rumah menerusi jendela, dia melihat seorang lelaki cuba melarikan motosikal. Adrian menyergah lelaki itu dan mengejarnya selepas suspek melarikan diri.

Selepas suspek gagal dijejaki, Adrian berpatah balik ke rumahnya, namun ketika dia membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak suspek yang dipercayai datang semula.

Adrian yang parah di leher maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Jawa Timur.

Sementara itu, Pegawai Protokol Universiti Brawijaya, Gotok Kuritor ketika dihubungi berkata satu majlis pelepasan mayat diadakan Fakulti Kedoktoran untuk menyerahkan secara rasmi mayat Adrian kepada perwakilan Kedutaan Besar Malaysia.

“Selepas proses penyerahan itu, saya difahamkan mayat akan dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya,” katanya.









.

Akhirnya mereka bersemuka


BINTANG realiti, Kim Kardashian akhirnya terbang ke Minnesota untuk berjumpa dengan suaminya, Kris Humpries selepas menfailkan penceraian terhadap pemain bola keranjang itu.
Portal E!Online melaporkan, kunjungan Kim ke Minnesota adalah bagi membincangkan mengenai masalah rumah tangga yang mereka dihadapi.

Kim yang dilihat sedang bercakap telefon di luar kediaman Kris baru sahaja pulang ke Los Angeles pada Jumaat selepas berkunjung ke Australia bagi mempromosikan rangkaian tas tangan Kardashian Kollection di situ.
Kim turut dilaporkan telah membatalkan kemunculan terakhirnya di Australia bagi membolehkan dia kembali ke Amerika untuk bersama keluarga.

Dalam pada itu, Kris dikatakan enggan bercakap kepada media mengenai rumah tanggannya yang berantakan dan banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan latihan bola keranjang.
"Dia kesedihan dengan apa yang berlaku dan tidak mahu memburukkan lagi keadaan," kata sumber terdekat Kris.








.

Perginya seorang hero


Joe Frazier, bekas juara tinju heavyweight dunia meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah menderita kanser hati.

Frazier terkenal di dalam dunia tinju kerana berjaya mengalahkan Muhammad Ali buat kali pertama dan selepas itu terpaksa tunduk kepada Ali pada perlawanan ulangan di Manila yang dikenali sebagai “Thrilla in Manilla” pada tahun 1970-an.

Frazier dikesan mengidap penyakit tersebut seminggu lagu, disahkan oleh ahli keluarganya meninggal dunia hari ini.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!