Thursday, November 10, 2011

INFO TERKINI : MEMANG KENA TAU NI

Lebih lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang disalurkan kepada pihak sekolah berkuat kuasa hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bayaran tersebut akan dibayar kepada pelajar tahun 1 hingga tingkatan empat bagi sesi 2011.

Beliau berkata, bagi pelajar tahun 1 dan tingkatan 1 sesi 2012 akan dibayar pada Januari ini.
''Wang bantuan itu akan dimasukkan ke akaun BSN sekolah. Kalau sekolah tiada akaun BSN, mereka perlu buka akaun sementara,'' kata beliau pada majlis bersama pensyarah dan pelajar matrikulasi di kolej matrikulasi selangor di Jugra di sini.




P/S -Kaitan entri ni dengan ni [klik]





.

11.11.11 jadi pilihan


TERPANCAR jelas kegembiraan dan kebahagiaan yang bukan kepalang di wajah mulus aktres dan pengacara yang meniti populariti serta buah mulut peminat hiburan tempatan.
Sesekali bicaranya yang umpama bertih jagung itu disulami dengan ketawa kecil bagaikan memberi petanda bahawa Dira Abu Zahar memang benar-benar sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri sekali lagi.
Barangkali bukan lagi satu rahsia apabila Dira akan mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi, esok (11 November) di Merlimau, Melaka.

Ditemani puteri tunggal kesayangannya, Tengku Anggun Deandra yang sudah mencecah usia dua tahun hasil perkahwinannya terdahulu, Dira yang berusia 27 tahun itu tidak mampu lagi untuk menyembunyikan debaran di dalam hatinya tatkala ini.
“Saya sendiri tidak pernah menyangka mahupun menetapkan tempoh untuk menamatkan zaman janda. Memang inilah yang dikatakan takdir dan sebagai hamba-Nya, saya sendiri tidak mampu hendak menolak jodoh.

“Saya juga tidak mahu menjadikan kisah silam sebagai satu halangan untuk saya mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
“Sudah pasti, saya mengharapkan perkahwinan kali ini akan kekal sampai bila-bila dan ia akan menjadi sebuah ikatan yang matang.

“Saya harus akui apa yang telah saya lalui sebenarnya banyak mematangkan saya sebagai seorang individu,” pinta Dira penuh jujur sambil mengaminkan doanya.
Simbolik
Pemilik nama penuh Khaidhirah Abu Zahar itu ditemui pada sesi perbincangan sempena majlis persandingannya di Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Turut hadir pada pertemuan itu, Helmi dan bakal ibu mertua Dira, Hasnah Hassan.
Tidak sampai 24 jam sahaja lagi, Dira dan Helmi akan disatukan di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau selepas solat Jumaat.
Pada majlis yang bakal diadakan secara sederhana itu, Dira akan menerima sembilan dulang hantaran dan sebagai balasan, pihak Helmi bakal menerima 11 dulang.

Namun begitu, baik Helmi mahupun Dira, masing-masing mengunci rapat mulut mereka daripada mendedahkan mas kahwin dan wang hantaran yang bakal diterima Dira pada hari bersejarah mereka esok.
Sekadar menyingkap sejarah perkenalan mereka, Dira dan Helmi telah lama mengenali antara satu sama lain apabila pernah bekerjasama dalam satu produksi drama berjudul Salah Mesej Suami (SMS) sekitar dua tahun lalu.
Namun, semuanya berubah apabila Dira dan Helmi dipertemukan sekali lagi dalam filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki tahun lalu. Bermula daripada situ, masing-masing memberanikan diri untuk berkenalan antara satu sama lain.

Mengambil keputusan untuk mengikat pertunangan pada 15 Februari tahun ini, baik Dira mahupun Helmi akhirnya memutuskan untuk memilih tarikh 11.11.11 sebagai simbolik hari pernikahan mereka.
“Sebenarnya kami pun tidak merancang untuk memilih tarikh itu. Kalau ikut perancangan asal, kami sepatutnya bernikah pada bulan Julai lalu tetapi disebabkan kesibukan kami, ia ditangguhkan ke November.
“Kebetulan pula pada tarikh itu juga tiada sesiapa pun di kalangan keluarga kami yang berkahwin, maka, kami sepakat untuk memilih tarikh itu,” jelas Dira yang sememangnya suka ketawa.
Serasi

Ketika ditanya apakah membuatkan Dira yang juga pengacara rancangan Melodi ini membuka hatinya untuk menerima cinta Helmi, tanpa ragu dia memberitahu sang arjuna itu dapat menerima dirinya seadanya.
Bukan itu sahaja, jelas Dira, Helmi banyak mengajarnya erti kesabaran dan menyifatkan lelaki itu sebagai air yang dapat menyejukkan dirinya setiap kali dia berada dalam keadaan marah.

Ditambah pula dengan keserasian dan kemesraan antara Helmi dan Anggun membuatkan Dira benar-benar terharu dan tersentuh lalu yakin dengan keputusannya untuk hidup bersama Helmi adalah tepat.
“Saya tidak pernah memaksa dan kalau boleh tidak mahu untuk berbuat demikian semata-mata mahu anak saya menjadi rapat dengan Helmi serta-merta.

“Sedangkan saya juga tidak menyuruh Anggun untuk menggelarkan Helmi dengan panggilan bapa, papa, daddy, ayah atau sebagainya. Buat masa ini, Anggun lebih selesa memanggil Helmi sebagai Uncle Helmi dan saya hanya membiarkannya.
“Saya lebih selesa untuk proses itu berlaku secara semula jadi. Helmi juga tidak kekok untuk bersama dengan anak saya kerana dia mempunyai anak buah yang ramai. Secara tidak langsung, ia membuatkan hubungan itu lebih mudah,” jelas anak bongsu daripada enam beradik ini penuh terbuka.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

Akan datang, yang ke 20....


Seorang ibu dari Arkansas, Michelle Duggar dengan bangga mengumumkan kepada dunia semalam bahawa beliau kini hamil anaknya yang ke-20.

Duggar, 45, dan suaminya, Jim Bob, 46, yang mempunyai banyak pengalaman menyambut kedatangan bayi baru itu memberitahu televisyen NBC bahawa mereka sendiri terkejut dengan kehamilan terbaru berkenaan.

“Saya tidak terfikir bahawa tuhan akan memberikan kami seorang lagi anak, dan kami amat bersyukur,” kata Duggar, bintang sebuah rancangan realiti melalui TLC, ‘19 kids and counting.’

Keluarga terbabit tinggal di Little Rock dan juga mengendalikan halaman web sendiri, yang turut menjual buku yang ditulis ibu bapa dan DVD selain turut memberikan nasihat kepada ibu bapa.

Pasangan itu kini mempunyai 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan berusia antara 23 bulan dan 23 tahun. Anak mereka yang ke-19 dilahirkan pra matang pada Disember 2009 dan Duggar mengalami komplikasi.

Duggar berkata, walaupun berhadapan dengan risiko tetapi beliau tidak bimbangkan kesihatannya.

“Saya sekarang mempunyai ukuran badan yang menarik berbanding sepanjang tempoh 20 tahun lalu,” katanya.
Ketika meraikan kegembiraan itu, Bob mempunyai pandangan sendiri mengenai keadaan itu : “Kami tidak mahu berhenti dengan nombor ganjil.”

Sambil mengakui tidak menggunakan pil perancang keluarga, Duggar sendiri membayangkan ‘keletihan’ mempunyai anak ramai apabila menekankan tidak memikirkan untuk untuk menambah anak lagi.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

http://www.hasrulhassan.com/2011/11/segmen-hasrulhassan-jelajah-dan-gegar.html

Lama tak join segmen.. Memang ada ramai orang yang tag.. bukan jer segmen, begitu juga giveaway dan contest, tapi sejak akhir-akhir ni memang tak dapat, sebab sekarang ni nak update blog pun susah.. Blogwalking jangan ceritalah, apatah lagi nak join semua ni.. Siyes tak boleh.. Sebab laptop yang dah digunakan dari 2008 ni dah mula tunjukkan tanda-tanda nak diganti dengan yang baru.. huh...


Dikesempatan ni nak join segmen Encik HH ni.. Kebetulan line ok sikit petang ni dan segmen ni pun mudah, jom lah kita bersama memeriahkan segmen terbaru Encik HH ni.. Klik pada link kat atas kalau nak join eh..


Nama sebagai blogger : LULU CALDINA

Nama Blog : Lulu-Pages

Tarikh dan tahun mula berblogging : 10.06.2010, setahun lebih dah..

Target tahun 2011 : Bulan 6 yang lepas, genap setahun berblogging, lulu target memiliki follower seramai 1k.. Dan alhamdulillah tercapai, malah lebih dari 1k.. Selepas ini harapan lulu, semoga lebih sukses dalam dunia blog.. Setelah setahun, lulu juga masih belajar banyak benda lagi dalam dunia blog yang luas ini. Jom belajar bersama ;) ..






P/S - Jom Tengok ni.. [KLIK]



 

.

Terkejut dapat bil air RM7,610

Seorang penoreh getah, Md. Ghazali Md. Hussin, 59, dari Kampung Padang Che Mas Mukim Pulai di sini, terkejut apabila menerima bil air sebanyak RM7,610 untuk bacaan pada bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut tidak masuk akal kerana dia yang tinggal bersama isteri, Siti Aminah Abdullah, 56, dan anak mereka, Shahruddin, 30, sebelum ini hanya membayar bil air antara RM10 hingga RM15 setiap bulan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA).
Katanya, bil yang diterima untuk penggunaan air pada Oktober lalu mencatatkan jumlah sebanyak RM7,610 selepas meter air ditukar baru.

“Biasanya saya hanya perlu membayar antara RM10 hingga RM15 setiap bulan, jadi saya cukup terkejut apabila menerima bil minggu lalu yang berjumlah RM7,610 dan saya percaya ia adalah kesilapan pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, dia kemudiannya membawa bil itu ke pejabat SADA di pekan Baling, namun dimaklumkan tiada pegawai yang bertanggungjawab untuk menjelaskan mengenai catatan jumlah tersebut kepadanya.
Katanya, dia ke pejabat berkenaan sebelum Hari Raya Aidiladha lalu, namun sehingga hari ini pihak berkenaan belum menemuinya.

Berikutan bil yang diterimanya itu, dia sekeluarga terpaksa menutup kunci meter air kerana tidak berani lagi menggunakan air paip kerana bimbang bil akan naik lebih tinggi lagi.
Ekoran itu, dia dan keluarganya terpaksa menggunakan air telaga yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk kegunaan harian seperti minum, membasuh dan mandi.

“Saya dan keluarga tidak lagi berani menggunakan air paip, takut bil terus melambung tinggi, lebih baik saya gunakan air perigi dulu,” katanya.
Menurut Md. Ghazali, dia tidak mampu untuk menjelaskan bayaran sebanyak itu malah dia sekeluarga tidak pernah menggunakan bekalan air yang banyak untuk kegunaan harian.

Katanya, sejak menggunakan bekalan air paip sejak 20 tahun lalu bil di rumahnya tidak pernah mencatatkan jumlah seperti itu kerana dia dan keluarga sering berjimat cermat dalam menggunakan air.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam SADA, Rofedi Sulaiman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya berkata, pihaknya akan meneliti perkara tersebut.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

Pemilik blog kena saman







Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah sebelum ini.
Ahmad berkata, dua pemilik blog yang mengendalikan blog http://msomelayu.blogspot.com dan guanopulok.blogspot.com telah memfitnah beliau sejak tiga bulan lalu.

"Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga dan SME Bank di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Dalam laporan 4 Oktober lalu, pemilik blog guanopulok.blogspot.com mendakwa Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di Hilton Sentral.
Ahmad menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri.

Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.
Bagaimanapun, ujarnya, beliau kesal apabila isu tersebut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga.
"Apa yang menyedihkan, ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini, anak saya menangis ekoran fitnah itu kerana tidak tahan dengan kata-kata orang.

''Itu membuatkan saya tampil membuat laporan polis dan menyaman individu berkaitan,'' katanya.
Beliau menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih.
Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan berharap undang-undang sedia ada dipinda bagi memberikan hukuman lebih berat kepada mereka yang menyalahgunakan media baru.




P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

Bila salah memberi maklumat profil

Kredibiliti juri program televisyen Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz tergugat apabila pihak pengurusan sebuah restoran terkemuka di Amerika Syarikat menafikan anak kepada chef selebriti, Chef Wan itu pernah bekerja dengan mereka.

Penafian itu dibuat selepas Chef Riz, 29, dalam profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babboo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Astro dalam satu kenyataan semalam mengesahkan wujud kesilapan fakta dalam profil Chef Riz tersebut dan ia telah dikeluarkan dari laman web itu.

"Chef Riz telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan beliau itu," jelas kenyataan tersebut.
Restoran Babboo yang terletak di New York milik chef terkenal, Mario Batali.

Pengarah Komunikasi Batali, Pamela Lewy, dalam respons e-mel kepada sebuah portal berita semalam menjelaskan Chef Riz tidak pernah bekerja dengan mereka.
Pengurusan Le Bernardin pula setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Portal berita tersebut melaporkan Chef Riz ketika dihubungi semalam terkejut dengan penjelasan pengurusan restoran Batali itu dan akan merujuk perkara tersebut dengan mereka.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

Bila sesuatu yang haram mulai menjadi halal..


Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran ‘bak kut teh’, yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu.

Tambah mengelirukan pengguna terbabit, Yusmariati Yusof, 32, mi segera jenama A1 yang dikilang sebuah syarikat dari Johor itu bukan saja dipamerkan bersama produk halal lain oleh pengurusan pasar raya berkenaan, malah turut mempunyai tanda halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)

“Saya kesal dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.
“Bagaimana makanan dengan ramuan haram dimakan umat Islam boleh mendapat sijil halal serta dijual secara terbuka tanpa sebarang pemberitahuan kepada pengguna,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.

Kesal dengan kejadian berlaku, Yusmariati kembali semula ke pasar raya itu keesokannya untuk membeli mi segera berkenaan sebagai bukti tetapi mendapati ia tidak lagi dipamerkan diatas rak, sebaliknya disimpan di dalam stor oleh pengurusan pasar raya.

“Pengurusan pasar raya itu berkeras tidak mahu menjual produk berkenaan tetapi apabila saya berkeras, mereka akhirnya bersetuju, itu pun pembelian dilakukan tanpa resit, tanda harga serta plastik yang tertera nama pasar raya itu,” katanya.

Tinjauan mendapati, stok mi segera sayuran bak kut teh itu, kini tidak lagi dijual di pasar raya dimaksudkan.
Pengurus A K Koh Enterprise Sdn Bhd, (A K Koh) Law Teng How ketika dihubungi mendakwa produk mi segera sayuran bak kut teh yang dikilangkan syarikat itu, tidak mempunyai ramuan babi seperti dikatakan pengguna.

“Kami sedia maklum dengan kekeliruan yang timbul disebabkan nama produk ini tetapi ingin saya jelaskan, mi segera sayuran bak kut teh keluaran A K Koh tidak mengandungi babi, sebaliknya hanya resipi sup herba daging.

“bak kut teh sebenarnya membawa maksud sup daging tulang, dan boleh dimakan sama ada dengan daging lembu atau kambing dan tidak semestinya babi seperti disangkakan kebanyakan pengguna.

“Produk kami disahkan tidak mengandungi ramuan terlarang, termasuk babi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan A K Koh sendiri kini dalam proses memohon sijil halal daripada badan itu sejak Julai lalu.

“Kami juga dalam proses menukar nama serta pembungkusan bagi produk ini kerana menurut JAKIM ia menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna, terutama sekali umat Islam,” katanya.

Sementara itu, wakil JAKIM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan memberi maklum balas segera berhubung produk keluaran A K Koh itu.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

"Saya sayangkan dia...."


“Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet.
Aksi Nabila dalam gambar itu dicemuh dan dikritik hebat peminat tambahan pula Nabila baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu.
Zaidy ketika dihubungi semalam, berkata dia terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.

Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

Bahaya ni..

Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.

Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.

Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.

“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya.





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.

Didenda, Digantung Enam Bulan


MANCHESTER City mendenda pemain pertahannya, Kolo Toure £740,000 (RM 3,709,253) selepas gagal dalam ujian dadah sekali gus menyaksikan pemain itu digantung selama enam bulan.
Toure digantung setengah tahun oleh Persatuan Bola Sepak (FA) bermula Mei lalu, walaupun dia didapati bersalah pada 2 Mac selepas menggunakan bahan-bahan terlarang.
Pemain berusia 30 tahun mendakwa dia mengambil pil diet isterinya sebelum ini dan dibenarkan kembali beraksi pada September lalu, namun ditarik balik selepas bahagian dalaman disiplin kelab itu membuat keputusan.
Kenyataan mengenai perkara tersebut telah dibuat oleh City: “Berikutan proses bahagian disiplin, Kelab Bola Sepak Manchester City mengesahkan Kolo Toure dijatuhkan denda berdasarkan kegagalan ujian dadah yang dijalankan awal tahun ini.
“Kolo menerima keputusan ini dan dia berharap kelab akan memberi peluang kepadanya untuk memberi fokus bagi musim depan.”





P/S -  JOM TENGOK NI [KLIK]





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!