Monday, November 21, 2011

Three scans, three babies! Mother whose baby count went up each time her doctors took another look


Like any parents-to-be, Chamille and Paul Thompson were overjoyed when they went for their first  ultrasound scan and saw their baby on the screen.
But when they had their second scan six weeks later, the nurse had a surprise for them – Mrs Thompson was expecting twins.

Delighted that they would have a ‘ready-made’ family, the couple went for their three-month scan – and were stunned to be told a  third baby had been hiding behind her sisters.
Mr and Mrs Thompson, both 34, said they had always wanted three children. They just never expected to have them all at once. 
 Now the couple are adapting to their ‘amazing but totally bonkers’ new life at home in Houghton-Le-Spring, Tyne and Wear, with their triplets Amelie, Lori and Sofia.


Mr Thompson, a firefighter, said: ‘I was in the Marines for ten years and I’m used to being in control of everything. That’s gone  now, but I wouldn’t change it for the world.’
Their three little girls were born by caesarean section on October 5, at 34 weeks and five days, within two minutes of each other. Lori and Sofia both weighed 5lb 4oz, while Amelie arrived at 5lb 1oz.

They spent three days in Sunderland Royal Hospital’s neonatal high dependency unit where they had help to breathe, and were kept in for a further seven days so they could put on weight.
Mrs Thompson, a recruitment agency manager, said: ‘Paul and I had been trying for a while, so we were delighted to be expecting. Then when we discovered we were expecting twins, we thought “great”, lots of people have twins and we’ll have a ready-made family. 


‘But when the third scan came round and we were told I would  be having triplets, we knew this would be a bit of a risk and Paul went into shock.’
She added: ‘The babies must have been hiding behind each other, although of course we don’t know which ones.’







READ THIS ~


 
.

Pasukan Malaysia dilayan tidak adil...



Seperti yang dijangka, penyokong pasukan Indonesia langsung tidak memperlihatkan semangat kesukanan terhadap pasukan lawan, Malaysia. Jeritan Maling (pencuri) dijerit oleh seluruh penonton di stadium sebaik pegawai-pegawai dari skuad Harimau Muda memasuki padang Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi.



Baik, itu berita sebentar tadi... dan ini berita pagi tadi..



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa membuat laporan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung layanan penyokong Indonesia yang disifatkan boleh mengancam keselamatan skuad bola sepak negara.
P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) berkata, tindakan tegas terhadap penyokong skuad Garuda perlu diambil bagi memastikan semangat kesukanan sentiasa terjamin tanpa dicemari insiden yang tidak diingini.
"FAM dan kementerian perlu buat laporan rasmi kepada FIFA.
"Inikah cara layanan yang diterima pasukan bola sepak negara kita? Saya harap tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya pada sesiperbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Gesaan berkenaan dibuat ekoran jangkaan bahawa pemain negara sekali lagi bakal menaiki kereta perisai Barakuda untuk mengharungi final bola sepak Sukan SEA ke-26 menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin malam.
Pada pertembungan terakhir peringkat kumpulan menetang Indonesia Khamis lalu, skuad Harimau Muda terpaksa menaiki Barakuda ketika mahu pulang ke hotel atas nasihat pihak keselamatan Indonesia sendiri.
Penggunaan Bakuda itu merupakan kali kedua setelah skuad negara berdepan situasi yang sama ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF tahun lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, pihak kementerian memberi jaminan bahawa aspek keselamatan pemain, petugas, pegawai serta penyokong skuad Harimau Muda berada dalam keadaan baik.
"Kementerian boleh beri jaminan untuk pastikan pemain kita tidak ditekan dari segi emosi dan psikologi.
"Selain itu hubungan baik kedua-dua kerajaan juga merupakan salah satujaminan terhadap pemain negara kita," katanya.


Entah apa kena dengan Indonesia.. Bukan kah sepatutnya dalam dunia sukan, kita harus ketepikan soal perang ataupun rasicm? Ataupun apa saja masalah Indonesia, bukankah sepatutnya, dalam sukan, semangat kesukanan harus lebih dipentingkan?? Lulu teringat ketika pasukan Chelsea datang Malaysia baru-baru ni, dan seorang dari pemain Chelsea, dianggap telah menjadi mangsa rasicm dari penyokong Malaysia kerana negara asalnya, Israel.. Dan kita terpaksa meminta maaf secara terbuka..

Jika Indonesia tidak dapat memastikan keamanan dan keadilan didalam sukan, seeloknya, Indonesia tidak boleh menjadi tuan rumah dalam sukan yang berprestij ini.. kan memalukan, adakah patut pemain bola kita kena naik baracudda? ni nak pergi main bola ke nak pergi berperang? Buruk sangat ke Malaysia di mata rakyat Indonesia?






Lulu pernah pakai ni dulu....



.

Macam mana nak majukan blog


Lulu bukannya pro.. jauh sekali nak dianggap seorang yang berjaya dalam dunia blog..
Tapi bila ada yang bertanya, apa salahnya lulu jawab apa yang lulu tahu dan kongsikan sedikit sebanyak buat kebaikan semua kan... Kali ni, soalan yang bertubi-tubi ini ditanya oleh Wihelmina.





Untuk soalan yang atas sekali, sebelum ni lulu dah buat entri panjang lebar mengenai nuffnang.. dan untuk yang belum jelas, ataupun belum baca lagi entri itu, lulu bagi link.. [NUFFNANG]
Suatu perkongsian yang dibuat hasil daripada pengalaman lulu sendiri..


Dan untuk soalan kedua.. Bila kita buat blog, tak semestinya menjanjikan blog kita tu akan dikunjungi dan juga ada jejak oleh pembaca kita.. Kita kena berusaha.. Masa lulu mula blog setahun yang lalu, blog lulu takde langsung pembaca.. Nampak tak kotak merah kat bawah.. Owh lulu paling sayangkan widget tu.. sebab lulu dah pasang mula dari awal berblogging. masa tu, selalu 0 dan 1 orang yang tengah online jer.. itulah yang menguatkan semangat lulu.. bila angka menunjukkan 1, itu maknanya ada pembaca kan.. Tapi bila buat entri memang tak pernah ada komen.. sedih? takdelah.. Semua orang yang berjaya, perlu melalui zaman susah dulu, baru dia akan menghargai kejayaannya..




Untuk berjaya dalam dunia blog, [bagi lulu]
  1. Blog mesti menarik, atau bagi yang tidak pandai edit, cukuplah sekadar blog tidak semak dengan widget yang tidak perlu..  seperti lagu, welcome text? adeh menyampah.. blink? sakit mata weh.. dan banyak lagi widget yang tidak perlu
  2. entri post haruslah menarik atau sekurang-kurang boleh memberi perkongsian/manfaat buat pembaca
  3. Tolonglah selalu update blog
  4. Tulisan blog kena jaga.. janganlah terlalu kecil atau warna yang buat sakit mata
  5. Comment, tolonglah buat 'pop-up window' dan elak 'word verification'
  6. Sidebar yang panjang berjela-jela, sila guna scroll yer..
  7. Saiz gambar yang terlalu besar, susah upload..wuwuwu..


itu jer kot yang terfikir sekarang...
Bila semua dah ok, rajinlah blogwalking.. jangan malas.. bila dah blogwalking tu, rajinkan diri tinggalkan jejak.. Kalau boleh kat ruangan komenlah kan... Dan yang paling banyak membantu, join segmen atau giveaway/contest.. hah jawab tag dari orang lain pun penting gak..


Tolonglah jangan sombong. Bila orang singgah blog kita, kita singgahlah blog orang lain lak..
Insya-Allah, berkat kesabaran dan usaha yang berterusan, blog kita akan lebih dikenali..
Semoga entri ini menjadi panduan berguna buat Wihelmina dan orang lain.. :)






Perkongsian yang menarik..




.

Ezlynn selamat mengakhiri zaman bujang


Penyanyi Ezlynn yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye mengakhiri zaman bujang dengan memilih pengurusnya, Adam Fahmi, 35, sebagai suami pada majlis akad nikah yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, di sini, petang ini.

Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 30, bertunang pada 3 petang, dan bernikah pukul 6 petang. Dia dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Ariffin Alang Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran RM20,020.20 sen.
Menurut penyanyi berambut kerinting dan bersuara lantang ini, dia memilih untuk bertunang dan bernikah pada hari yang sama bagi memudahkan ahli-ahli keluarganya datang serentak di tempat yang sama.

"Bukan senang untuk mengumpulkan kesemua anggota keluarga saya pada satu masa, malah untuk majlis ini ia juga diadakan secara kecil-kecilan dengan sekitar 70 orang jemputan sahaja. Majlis resepsi perkahwinan kami akan diadakan pada 21 Januari tahun depan.
"Kami akan mengumumkan tempat ia berlangsung nanti kerana sedang berbincang dengan beberapa pihak," katanya kepada wartawan pada sidang akhbar selepas majlis yang berkonsepkan 'Japanese Romance' dan Klasik Kontemporari itu di sini.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran, antaranya senaskhah al-Quran, beg tangan dan kasut, manakala rombongan pengantin perempuan pula membalasnya dengan tujuh dulang hantaran iaitu senaskhah al-Quran, samping songket, minyak wangi dan sepasang kasut.
Sementara itu, Adam yang sah bergelar suami dengan sekali lafaz berkata, dia menjalin hubungan percintaan dengan Ezlynn sejak dua tahun lalu selepas hampir enam tahun menjadi pengurus kepada penyanyi yang berasal dari Setapak itu.


"Selain menguruskan kerjaya Ezlynn dalam bidang nyanyian, saya juga merupakan rakan kongsi perniagaan melalui syarikat Ezlynn Entertainment sejak lima tahun lalu. Saya tertarik dengan Ezlynn kerana dia jujur di sepanjang perhubungan kami itu," ujarnya.




Antara yang terbaik..




.

Akibat dibebani hutang


Seorang suri rumah yang tertekan akibat dibebani hutang mahjong sebanyak RM3,000 dikatakan sempat bersembahyang sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan Choo Siew Wah, 56, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
Difahamkan, Siew Wah sebelum ini mengalami tekanan jiwa selepas gagal membayar hutang mahjong tersebut yang dipinjam daripada rakan-rakannya di kawasan perumahan tersebut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, mangsa dilihat masuk semula ke rumah selepas selesai bersembahyang di luar rumahnya.
“Namun, tanpa disedari, dia telah keluar semula lalu terjatuh ketika berada di koridor rumahnya. Ketika itu suaminya sedang membersihkan sayur di dapur dan terkejut apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh.
“Apabila ditinjau, dia melihat mayat isterinya berada dalam keadaan terlentang di tingkat bawah,” ceritanya ketika ditemui.

Beberapa bulan lalu, mangsa pernah cuba membunuh diri dengan cara yang sama tetapi dapat dihalang oleh jiran yang menyedari tindakannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.




P/S - Kaki dia patahkan..huhu





Antara yang terbaik..




.

Rahsia awet muda

Ketampanan wajah yang disulami dengan kelunakan suara setiap kali melantunkan lagu-lagu popularnya seperti Sedetik Lebih bukan sahaja memukau tetapi sentiasa menjadi igauan peminatnya.
Begitulah kehebatan lelaki bernama Anuar Zain yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) baru-baru ini.
Anuar Zain atau Shahrul Anuar Zain membuka rahsia kecantikan wajahnya biarpun dia sudah berusia 41 tahun.

Tidak salah jika sebagai artis, dia perlu berbuat sesuatu agar wajahnya sentiasa nampak segar dan muda selain bijak menjaga keterampilan diri di khalayak.
Maka itulah, selain menjalani rutin pemakanan yang agak ketat, pelantun lagu Lelaki Ini dilihat mempunyai petua awet muda.
“Perkara utama yang amat saya titik beratkan adalah penjagaan berat badan kerana saya perlu mengekalkan berat tertentu mengikut ketinggian.
“Selain itu, saya juga memilih untuk makan lebih banyak makanan berkhasiat serta mengambil beberapa vitamin untuk mengekalkan kesihatan kulit.

“Semua itu penting kerana saya mahu merasa selesa ,” katanya kepada Hits ketika ditemui usai persembahan Majlis Makan Malam Amal Diraja Belum Temengor, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, baru-baru ini.
Tanpa berselindung, Anuar mengakui dia menyedari perubahan wajahnya sesuai dengan usianya.
Justeru, lelaki bujang ini mendedahkan, dia kini menjalani rawatan pembentukkan muka atau face reshaping di sebuah pusat kecantikan di ibu kota.

“Proses ini bukanlah rawatan muka seperti botox tetapi ia lebih kepada urutan menggunakan beberapa alatan elektronik di bahagian muka.
“Tujuan proses ini adalah untuk membuang lebihan kulit terutamanya di bahagian bawah muka saya,” katanya jujur.
Anuar berkata, sesiapa sahaja yang berada dalam situasinya pasti mahu sentiasa kelihatan segak walaupun dimamah usia.

Beralih ke topik pengurusan, Anuar memberi penjelasan mengapa terjadi perpisahan di antaranya dengan pengurusnya, Rohila Tahir.
“Tidak ada apa-apa yang perlu dikecohkan kerana ini adalah keputusan kami berdua. Setelah 10 tahun bersama, kami merasakan ini merupakan keputusan terbaik untuk karier masing-masing.
“Walaupun saya masih kekok dan belum pandai untuk menyesuaikan diri tanpa kehadiran Rohila namun saya percaya perubahan ini tidak akan memendekkan rezeki saya dalam industri ,” katanya

Memilih untuk berkerjasama dengan pengurus baru, Dar Danial, Anuar memberitahu, ini merupakan kali pertama dia mendapat khidmat seorang pengurus lelaki.
“Setelah berkerjasama dengan tiga orang pengurus wanita, mungkin sudah tiba masanya saya mencuba khidmat pengurus lelaki pula.
“Syukur, Danial merupakan seorang yang cepat belajar dan sehingga kini rezeki saya juga tidak tersekat dengan perubahan besar ini,” katanya .

Memilih untuk tidak menyertai peringkat separuh akhir Muzik Muzik Disember ini untuk lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim, Anuar ada alasan yang tersendiri.
“Saya tidak suka memasuki pertandingan dan bertanding.
“Soal siapa yang akan menggantikan saya untuk menyanyikan lagu itu nanti, saya percaya mereka lebih tahu
siapa yang sesuai,” katanya merendah diri.





Antara yang terbaik..




.

Tiga terbunuh dalam kemalangan 52 kenderaan yang besar di Autobahn Jerman dalam kabus yang tebal


Tiga orang terbunuh dan 35 cedera dalam satu pertembungan besar-besaran perlanggaran di lebuh raya yang diseliputi kabus di barat Jerman, kata polis.

Nahas itu melibatkan 52 kenderaan dan yang berlaku pada malam Jumaat berhampiran bandar Muenster selepas kabus meliputi sepanjang lebih Autobahn (lebuh raya).



Pakar-pakar sedang menyiasat butir-butir kemalangan yang menarik beratus-ratus pekerja kecemasan ke tempat kejadian. Lebuh raya sepanjang hampir 6 batu telah ditutup.

 Empat belas orang telah dibawa ke hospital berhampiran dan 21 orang yang mengalami masalah cedera ringan. Dan adalah tidak diketahui dengan tepat apa yang menyebabkan kemalangan.







Rancangan terbaik setakat ni?




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!