Friday, November 25, 2011

Penyanyi cantik ini terjatuh ketika menerima anugerah


Penyanyi muda Korea, IU meraih piala dalam anugerah muzik '2011 Melon Music Awards'. Penyanyi cantik ini meraih penghargaan dalam kategori 'Best Song of the Year' untuk lagunya yang berjudul 'Good Day'. IU sangat bangga dengan prestasinya tersebut.

Namun, perasaan bahagia itu sedikit terganggu kerana adanya insiden yang memalukan. Senang dengan penghargaan yang diterimanya, IU begitu bersemangat naik pentas. Dia kelihatan bergegas menuju ke pentas.
Sayangnya, kejadian yang tidak menyenangkan terjadi di pentas itu. Penyanyi yang lahir pada 16 Mei 1993 ini terjatuh sebelum dia sampai ke depan mic. Tentu saja adegan tersebut membuat heboh kepada penonton yang menghadiri acara itu. Dan IU juga sangat malu kerana insiden jatuh tersebut. Ketika terjatuh pun, wajah IU sempat tersenyum kecil. Lalu, dia buru-buru menguasai dirinya dan berdiri kembali.

"Halo semua, ini IU," katanya sambil tersenyum malu seperti dipetik dari Allkpop, Jumaat, 25 November 2011.


IU kemudian meneruskan ucapan kemenangannya dengan mengucapkan terima kasih kepada orang tuanya dan seluruh pengurusannya. Lalu, dia kembali ke tempat duduknya.

Beberapa artis dan seniman lain juga terus mengasak dengan pertanyaan kepada penyanyi tersebut. Mereka bertanya, apakah IU dalam keadaan baik. Dengan senyum malu, penyanyi ini mengaku dia tidak terluka.




P/S - Nasib baik tak jadi kat sini, kalaulah terjadi kat sini, entah macam mana jurukamera nak cut pengambaran bila tengah LIVE kan..ekeke







.

Cerita pembantu rumah


Majikan yang menggaji pembantu rumah Indonesia dan mengarahkan mereka menjalankan kerja selain daripada di rumah boleh didenda sekurang-kurangnya RM500,000 atau penjara tiga hingga 20 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed berkata, kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 itu termasuklah mengarahkan pembantu rumah membantunya bekerja di pasar malam atau kedai runcit, menjaga orang sakit di rumah selain di rumah majikan itu serta meminta mereka bekerja di rumah lain walaupun di rumah saudara-mara sendiri.

"Di Indonesia, apabila kita memohon pembantu rumah, kita akan ditanya untuk tujuan apa, kerana kalau pembantu rumah diambil untuk menjaga orang tua, latihan yang akan diberi khusus untuk jaga orang tua sahaja. Kalau diambil untuk kerja-kerja rumah, latihan yang diberi hanya berkaitan dengan tugas kerja-kerja rumah," katanya pada sidang akhbar mengenai isu pembantu rumah dan penarikan balik moratorium di sini Khamis.

Ditanya sekiranya pembantu rumah itu sendiri secara sukarela ingin membuat kerja berkenaan sama ada di rumah majikan atau di tempat lain untuk mendapatkan wang tambahan, Sheikh Yahya berkata: "Tidak dibenarkan kerana mungkin pada masa itu dia kata setuju tetapi kemudian hari akan timbul isu lain.

"Dia digajikan untuk rumah A, jadi mesti kerja di rumah A. Kerana dalam pas dia pun ada nama majikan itu. Jika dia ditangkap di rumah lain selain dari rumah A, pembantu rumah juga boleh dikenakan tindakan dan majikan juga boleh didakwa."

Dengan persetujuan pihak Indonesia untuk menyambung semula penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai 1 Disember ini, Sheikh Yahya menasihatkan majikan dan agensi pekerjaan supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati semua persetujuan yang telah dicapai antara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Bali baru-baru ini.

Antara persetujuan itu adalah mengenai keperluan mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah, kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM4,511, wajib kursus selama 200 jam, cuti satu hari seminggu kepada pembantu rumah selain tidak dibenarkan melakukan kerja lain selain daripada kerja domestik.

Majikan pula hanya dibenarkan mengambil balik RM1,800 daripada kos yang mereka dahulukan kepada pekerja dengan memotong gaji tidak lebih daripada 50 peratus sebulan daripada pekerja mereka.

"Kita tidak mahu peristiwa moratorium pada 2009 berlaku kembali yang sebelum ini terjadi akibat daripada penderaan terhadap pekerja hingga menyebabkan kematian, penganiayaan serta tidak membayar gaji," katanya.

Sheikh Yahya berkata hanya 121 daripada 400 agensi pekerja berdaftar di Malaysia yang bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk menguruskan penggajian pembantu rumah Indonesia.

"Senarai agensi itu akan dipaparkan di portal jabatan itu pada awal Disember depan. Agensi yang tidak bersetuju tidak dibenarkan membuat urusan membekalkan pembantu rumah Indonesia," katanya.

Beliau berkata antara alasan mereka tidak bersetuju adalah kos struktur yang dipersetujui kedua-dua negara iaitu sebanyak RM4,511 yang didakwa tidak memberi keuntungan kepada agensi berkenaan delain daripada segi jaminan.

"Dulu tiga bulan sekarang dah dilanjut kepada enam bulan, jadi banyak agensi kata dia takut nanti lepas lima bulan baru ada majikan datang kepada mereka dan beritahu pembantu ini disahkan tidak layak daripada segi kesihatan untuk bekerja dan minta pembantu rumah yang baru," katanya.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan bahawa mulai pertengahan Januari depan, sejumlah 50,000 pembantu rumah Indonesia dijangka tiba di Malaysia iaitu selepas moratorium ke atas mereka ditarik balik secara rasmi pada 1 Disember.












.

Lulu-Pages KINI MOBILE FRIENDLY O.o



Lulu-Pages kini melangkah setapak lagi.. lebih canggih... ekeke...
Siyes tak tahu kalau orang lain tak tegur...
Lulu dah lama ber-android, tapi masih tak perasan benda ni...
Dan terima kasih buat yang menegur...




Dan, yelah, kalau tak ditegur, tak tahu..
Itulah yang bagusnya jika kita lebih prihatin dan terbuka kepada apa saja di sekeliling kita.. :)
Sebelum ni bila tengok blog sendiri kat samsung galaxy tab, memang siyes agak susah sebab skrin bukannya macam laptop kan, tapi bila dah set kepada mobile friendly, ianya lebih mudah..
Mesti ramai yang ada android kan? 
Berita baiknya, kini, anda dapat melayari Lulu-Pages dengan lebih mudah...




Ini Lulu-Pages sebelum jadi mobile friendly...




Senang jer nak buat ni..
Kepada sesiapa yang tak tahu macam mana nak buat mobile friendly ni,
Meh lulu kongsikan yer...



Memula, DESIGN>SETTINGS>EMAIL & MOBILE





Pastikan tick seperti dalam gambar diatas..
Jangan risau, sebab setting ini tidak akan merubah keadaan asal blog anda..
Hanyalah, paparan blog jika menggunakan android dan spesis sepertinya..






Semoga keadaan ini akan lebih memudahkan..













.

Persandingan gemilang


Dengan hanya sekali lafaz, anak Presiden Susilo, Edhie 'Ibas' Baskoro Yudhoyono sah menjadi suami kepada Siti Rubi Aliya Rasaja.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Menteri Koordinasi Ekonomi, Hatta Rajasa pada pukul 10.15 pagi hari ini di Istana Cipanas, Cianjur, Jawa Barat.
Upacara pernikahan itu dipimpin oleh Ketua Pejabat Urusan Agama Cipanas Muhtar dengan disaksikan oleh Naib Presiden Indonesia, Boediono dan bekas Ketua Majlis Perwakilan Rakyat, Amien Rais.
Pada majlis akad nikah itu juga, Ibas menyerahkan wang siling emas seberat 100 gram kelengkapan solat kepada Aliya sebagai mas kahwin.

Ibas yang mengenakan pakaian adat Palembang berwarna merah lancar sewaktu melafazkan akad nikah dalam acara yang turut disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.
Sejurus selepas itu, Ibas kemudiannya menyentuh kening isterinya dan dibalas ciuman tangan oleh Aliya kepada suaminya itu.

Pasangan pengantin baru itu selanjutnya menandatangani surat nikah sebelum mendengar khutbah pernikahan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Arief Rahman.
Sebelum memasuki ruang akad nikah, Ibas diiringi oleh ayahnya, Presiden Susilo dan ibunya, Ani Yudhoyono menjalani proses Kandang Adat dengan diiringi muzik tabuh Agung.
Tabuh agung merupakan iringan muzik gamelan dengan kelengkapan alat muzik berupa kenong, gong, ketawek, kolintang, gendang.

Sebelum kedua-dua orang tua Ibas bertemu dengan ibu bapa Aliya, wakil keluarga kedua-dua pihak juga saling bertukar tepak sirih.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri oleh anggota Kabinet Indonesia, tokoh politik, perwakilan asing termasuk Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshee Afdzaruddin Syed Hassan.
Pada hari Sabtu ini, pasangan Edhie dan Aliya akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Jakarta.





Makan sambil tengok Twilight Breaking Dawn





.

Bakal pengantin maut kereta terjunam


Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan, maut apabila kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Sarawak, berhampiran Jambatan Satok di sini, malam tadi.
Mangsa, Zulramond Roslan, 34, yang berasal dari Kampung Kudei Tengah dikatakan memandu kereta Perodua Viva berwarna hitam dan singgah mengisi minyak di sebuah stesen berdekatan tempat kejadian.
Sejurus mengisi minyak, dia dilihat memecut kereta dengan laju ke arah sungai kira-kira pukul 10 malam.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas dan mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, pihaknya masih melakukan siasatan terhadap kes itu sama ada kemalangan atau cubaan membunuh diri.
"Kita masih siasat kes tersebut dan pada masa ini kita klasifikasi sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan sebelum kejadian, terdapat saksi yang melihat mangsa memandu ke arah sungai terbabit bersama seorang individu di sebelah tempat duduk pemandu.
Bagaimanapun, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa sahaja.

Tunang mangsa, Nuramani Indra, 19, dari Kampung Empila, Samarahan yang masih terkejut dengan kejadian itu tidak menyangka khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Zulramond pada pukul 9.44 malam tadi yang bertulis 'kelak2 kita jumpa lagi' adalah yang terakhir daripada arwah.
Katanya, kali terakhir dia menemui arwah petang semalam ketika masing-masing mahu pulang kerja dan ketika itu, Zulramond memberi pelbagai barangan peribadinya termasuk satu keping doa Qunut dan Ayat 1000 Dinar untuk disimpan.

"Arwah juga ada bercerita, dia sering diganggu mimpi sejak minggu lalu apabila didatangi arwah neneknya yang melambai-lambai ke arahnya, namun dia tidak berkelakuan pelik," katanya di rumah arwah di Kampung Kudei Tengah di sini.
Sementara itu, ibu arwah, Siti Zubaidah Napiah, 58, berkata, anaknya tidak menunjukkan sikap yang aneh kecuali banyak mendiamkan diri sejak semalam sebelum mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian tersebut pada pukul 11 malam tadi.





Makan sambil tengok Twilight Breaking Dawn





.

Tak pernah kawan suami orang

SEJAK kebelakangan ini, mutu lakonan aktres jelita Fouziah Gous boleh dikatakan semakin menyerlah. Tidak hanya terikat dengan karakter lemah lembut dan sopan santun, dia kini muncul dengan watak lebih berani serta mencabar keupayaan diri.
Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous bukan lagi pelakon sebarangan yang bersandar pada wajah yang cantik. Sebaliknya, dia benar-benar mahu penonton menilai bakat lakonannya yang berkesan menerusi watak wanita bermadu.

Bermula dengan drama Trilogi Cinta di samping Rosyam Nor dan Amyza Adnan, gadis manis berusia 28 tahun ini makin rancak menerima watak ‘wanita bermadu’ apabila satu demi satu tawaran menjadi miliknya. Terbaru, drama Karma untuk TV9.

Diarahkan Erma Fatima, drama 13 episod itu menonjolkan Fouziah sebagai Karmila, seorang pelakon popular yang jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki berusia, Tan Sri Fahrul Sani lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Namun, tak diterima isteri pertama.


Sarat dengan pelbagai konflik dan perasaan tidak puas hati, drama ini yang disiarkan menerusi slot Ratu mulai Isnin ini, jam 8.30 malam turut membariskan Ziela Jalil, Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Azlee Khairi serta Fadhilah Mansor.

Ditemui ketika penggambaran drama ini di Plaza Shah Alam minggu lalu, Fouziah berkata Karma adalah lakonan kelima, dia diberi kepercayaan melakonkan watak wanita bermadu selepas Trilogi Cinta, Tahajud Cinta, Kekasih Awal dan Akhir serta Senyawa.

“Biarpun watak itu sama, tetapi tuntutan jalan ceritanya berbeza. Dalam Trilogi Cinta, saya rela menjadi isteri kedua kerana simpati dan kasih sayang. Manakala, Tahajud Cinta pula saya terpaksa menjadi isteri keempat kepada lelaki yang dibenci.

“Tidak terkecuali, telefilem Kekasih Awal dan Akhir yang menonjolkan saya sebagai madu bersikap antagonis. Begitu juga, Senyawa yang memerlukan saya berkongsi kasih suami kerana tak mampu melahirkan zuriat. Kesemuanya nyata sangat mencabar.

“Namun, ini hanyalah lakonan semata-mata. Dalam kehidupan realiti, saya sentiasa mengharapkan Tuhan memberi jodoh terbaik. Jujurnya, saya berdoa supaya dijauhkan kehidupan bermadu kerana dalam lakonan pun sudah dapat rasakan keperitannya.

“Inikan pula realiti. Lagi pun, saya tidak pernah berkawan dengan suami orang.
Kehidupan harian saya pun hanya tertumpu pada lima perkara iaitu karier, keluarga, gimnasium, bersukan dan makan. Setakat ini, tiada masa untuk bercinta,” katanya.

Menurut Fouziah, tuntutan kerjaya yang padat membuatkan tidak ada ruang untuknya bercinta. Bagaimanapun, naluri wanitanya tetap mengimpikan hidup berpasangan. Apapun, ujarnya sekarang dia lebih selesa memberi sepenuh perhatian pada karier.

Ditanya tidakkah dia takut dan bimbang akan ‘terkena badi’ kerana sering melakonkan watak hidup bermadu, Fouziah berkata kalau boleh, biarlah dijauhkan Tuhan. Menurutnya, dia tidak pernah berasa takut kerana apa yang dilakonkan adalah amanah.

“Sebagai pelakon, saya tidak boleh kata tak nak atau menolak terus sesuatu watak itu sebelum mencubanya lebih dulu. Jika ingin menjadi pelakon yang hebat, saya perlu berani menyahut cabaran sekalipun karakter diberikan agak berat dan mencabar.

“Saya akui memberanikan diri menerima watak wanita bermadu ini kerana menyahut cabaran diberikan Rosyam untuk membintangi drama Trilogi Cinta. Syukur, ia diterima baik penonton dan saya juga berpeluang kerja dengan Erma,” katanya.

Menurut Fouziah, dia suka bekerja dengan Erma kerana watak diterima cukup mencabarnya. Kata anak bongsu dalam keluarga ini, Erma juga sering membantu dan banyak memberikan tunjuk ajar. Malah, Fouziah sendiri berasa amat selesa.



Sukar lakon watak Karmila

DRAMA Karma bukan saja mengisahkan kehidupan bermadu yang pahit bagaikan hempedu, tetapi diakui Fouziah amat menyeksakan dirinya. Ini kerana, buat pertama kali dia perlu menjalin cinta dengan lelaki berusia yang sering disapa dengan panggilan ‘ayah’.

“Tak dinafikan, ini bukanlah lakonan sulung saya di sisi Ahmad Tamimi kerana kami sering bergandingan sebagai anak dan ayah dalam drama mahu pun telefilem.
Bagaimanapun, memang sukar dalam Karma kerana kami berdua harus bercinta.

“Ia percintaan yang pelik dan ada kalanya mendatangkan tekanan kepada saya kerana sudah terbiasa menyapa beliau dengan panggilan ayah. Namun, kini perlu membiasakan diri memanggilnya ‘sayang’ kerana kami berlakon sebagai suami isteri.

“Pada mulanya, saya macam tak boleh nak buat karakter ini terutama, tuntutan skrip yang memerlukan reaksi mata yang menunjukkan kasih sayang isteri kepada suaminya. Saya kena bersikap manja, mengada-ngada dengan beliau selaku isteri muda.

“Bayangkan, orang yang dilihat dengan pandangan sebagai seorang ayah, perlu saya panggil sayang. Ia memang satu kesusahan. Namun, saya terpaksa mencuba sehingga boleh walaupun hakikatnya amat menggelikan,” ujar Fouziah mengenai wataknya.

Menurut Fouziah, babak membabitkan dia dan Ahmad Tamimi sangat banyak dan semuanya sudah cuba dilakukan seikhlas hati. Sehubungan itu, Fouziah tetap mengharapkan lakonannya dalam Karma diterima serta dinilai dengan baik oleh penonton.





Makan sambil tengok Twilight Breaking Dawn





.

BANGKITLAH THE BLUES..

Andre Villas-Boas yang semakin 'kepanasan' menggesa Chelsea bangkit selepas mengalami tamparan terbaru, kalah 2-1 kepada Bayer Leverkusen pada aksi Liga Juara-Juara Eropah semalam.
Kekalahan itu meletakkan Blues dalam kedudukan yang cukup berbahaya untuk mara ke peringkat kalah mati. 

Malah, jurulatih muda kelahiran Portugal itu turut menagih sokongan penonton di Stamford Bridge untuk membantu pasukan mengharungi detik sukar, baik dalam pentas Eropah mahupun domestik, sambil mengakui, pemainnya sedang mengalami 'masalah keyakinan'.

Semalam, Didier Drogba berjaya meletakkan Chelsea di depan pada babak kedua, namun seperti dua perlawanan mereka di tempat lawan sebelum ini, skuad Blues gagal mempertahankan kelebihan. Ini memberikan mereka kekalahan keempat daripada tujuh perlawanan.
Pemain gantian, Eren Derdiyok menyamakan kedudukan tuan rumah, sebelum Manuel Friedrich menanduk gol kemenangan Leverkusen pada masa kecederaan untuk membawa wakil Jerman itu melonjak ke tangga teratas Kumpulan E dan layak ke pusingan kedua, pada ketika Villas-Boas pula ditinggalkan dengan masa depan tidak menentu.

Chelsea kini perlu mengalahkan kelab Sepanyol, Valencia di Stamford Bridge, 6 Disember ini untuk meneruskan kemaraan, malah seri 0-0 juga memadai untuk membawa mereka layak. Semalam, Valencia membelasah Genk 7-0 dan meletakkan pasukan itu berkongsi lapan mata dengan Blues.
"Fokus kami sekarang harus kepada detik penting menentang Valencia di tempat sendiri. Kami masih berada di depan Valencia, namun pertemuan itu akan menjadi satu pertarungan yang sangat sengit.


"Ketika ini, kelab Inggeris berdepan sedikit kesukaran dalam Liga Juara-Juara, namun kami kena mengatasinya. Kami memiliki keberanian dan kami akan kembali untuk menang. Sudah banyak derita yang dilalui, banyak gol yang dilepaskan,'' kata Villas-Boas.
Tegas jurulatih berusia 34 tahun itu lagi, dia tidak pernah hilang keyakinan terhadap pasukan dan pemain-pemainnya, malah yakin mereka akan berjuang untuk mencari jalan penyelesaian.
Katanya Villas-Boas, tugasnya kini adalah untuk memulihkan semangat pemain, memberi motivasi serta inspirasi kepada mereka untuk bangkit.

"Pemain telah menunjukkan persembahan yang baik, mereka memiliki bakat yang besar, saya bertanggungjawab atas keputusan yang dicatatkan,'' ujarnya lagi.




P/S - Setelah bertahun menjadi peminat kipas mati chelsea ~  KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH..






Makan sambil tengok Twilight Breaking Dawn





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!