Tuesday, December 20, 2011

Menakjubkan : Kucing mengusap bayi menangis dan menidurkannya


Nampaknya, apabila bayi Connar menangis perkara terakhir yang dia mahukan adalah kehadiran seekor kuncing untuk mendampinginya. Tetapi video ini menunjukkan bagaimana Stewie, si kucing hitam, menguruskan teman barunya, memujuknya berhenti menangis dan tidur selepas beberapa kali mengusap kepala bayi itu berhati-hati dan bersabar.

Klip, dimuat naik oleh bapa bayi Aaron Grant, 35, dari Kanada, berakhir dengan Stewie merenung kamera dengan begitu bangga sekali setelah apa yang telah dia lakukan. Video yang telah dimuat naik pada bulan September tetapi telah diserang virus sejak beberapa hari lalu selepas dipaparkan di laman web perkongsian video.

Ia bermula dengan Stewie cuba memujuk Connar, yang sedang menangis dan dengan tangannya di dalam apa yang seolah-olah menjadi satu cubaan untuk memujuk. Kemudian berhenti sejenak untuk melihat kamera - mata kuning terang kucing itu agak terperanjat.

Video itu jelas menunjukkan bagaimana ia menunjukkan kucing 'seolah-olah mempunyai naluri yang kuat untuk buat orang lain selesa'.












.

"Tolonglah bantu suami saya,"


"Tolonglah bantu suami saya," demikian permintaan seorang isteri, Salmah Mat, 61, yang merayu ihsan orang ramai demi menamatkan penderitaan yang ditanggung suaminya sejak dua tahun lalu.
Suaminya, Zakaria Awang, 76, dari Kampung Rambong Batu Tujuh dekat sini yang menderita barah hidung kini terpaksa menahan kesakitan apabila ketumbuhan kecil dalam hidung merebak dan semakin membesar.
Lebih parah, ketumbuhan tersebut merebak ke bahagian muka Zakaria termasuk gigi dan bahagian pipinya yang hancur bagaikan dimakan kuman.

Kata Salmah, penyakit itu mulai dikesan selepas berlaku pendarahan sebelum merebak dan membesar dengan cepat.
"Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan termasuk menemui pakar perubatan di hospital kerajaan mahupun swasta tetapi penyakit berkenaan terus merebak.

"Suami saya kini hanya menanggung sakit dan berharap ada pihak dan pakar perubatan mampu mengubati," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ketika ditemui, Zakaria hanya mampu mendengar dan duduk kerana tidak lagi mampu berbuat apa-apa akibat kekurangan zat berkhasiat yang dipercayai berpunca dari mulut, gigi dan rongga hidung nya yang sudah rosak.

Menantu Zakaria, Zawari Md. Isa, 36, berkata, sudah berpuluh doktor dan bomoh ditemui, namun sehingga kini keluarganya belum menemui kejayaan.
Katanya, dia bercadang membawa bapa mertuanya melakukan rawatan di Yala, selatan Thailand, namun bimbang keadaan keselamatan di sana.
"Kami habis berikhtiar dan ber harap mana-mana pihak atau pakar penyakit berkenaan dapat membantu rawat bapa mertua saya," katanya.

Zakaria sebelum ini hanyalah pekerja kampung mempunyai sembilan anak dan 18 cucu.








.

Facebook saman ‘Zuckerberg’


Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial tersebut, Mark Zuckerberg.

Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.
Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.
Guez merupakan pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain.

Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi ‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’

Sehubungan itu, pada September lalu, peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit.
Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook.

Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook.

“Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya.

Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg.








.

Bencana di Filipina [GAMBAR]


Presiden Filipina, Benigno Aquino, mengisytiharkan bencana negara selepas banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan taufan yang melanda wilayah selatan minggu lalu mengorbankan kira-kira 1,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu lagi tiada tempat tinggal.


Agensi bencana kebangsaan menyatakan 957 orang terbunuh manakala 49 lagi hilang dengan sebilangan besar korban berlaku di bandar Cagayan de Oro dan Iligan di wilayah Mindanao.


Aquino mengadakan mesyuarat dengan pegawai di dua bandar itu yang paling teruk dilanda air, lumpur dan balak yang dihanyut turun dari pergunungan ketika penduduk di tepi sungai dan pantai sedang tidur awal pagi Sabtu lalu.


“Keutamaan sekarang ialah memindahkan mereka ke kawasan yang tidak lagi mengancam nyawa mereka," kata Aquino selepas mesyuarat dengan pegawai di Cagayan de Oro.


Agensi bencana itu menyatakan lebih 338,000 orang di 13 negeri terjejas akibat bencana itu dengan hampir 43,000 masih di pusat pemindahan.


Lebih 10,000 rumah rosak atau musnah akibat Taufan Washi dan banjir kilat yang melanda.









.

Individu paling sopan


Duchess of Cambridge Britain, Kate Middleton dinobatkan sebagai individu paling sopan tahun ini berdasarkan program etika dan sosial yang dianjurkan National League of Junior Cotillions (NLJC).
Puteri berusia 29 tahun itu mendahului senarai 10 individu paling sopan pada tahun ini.

Menurut Pengarah NLJC, Elizabeth Anne Winters, senarai tersebut turut melibatkan pelakon, selebriti, penyanyi dan bintang sukan yang dinilai berdasarkan penghormatan, kejujuran dan personaliti.
Jelasnya, personaliti yang ditunjukkan puteri tersebut melayakkan beliau menerima pengiktirafan berkenaan.


Penyanyi pop sensasi Justin Bieber berada pada kedudukan kedua, penyanyi dan penulis lagu Paula Abdul di tempat ketiga, manakala Taylor Swift berada di tempat kelima dalam senarai.
Bintang Harry Potter, Emma Watson turut tidak ketinggalan apabila berada di tempat kesembilan untuk menerima pengiktirafan individu paling sopan tahun ini









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!