Monday, December 26, 2011

Maut motosikal rempuh tembok batu


Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tembok batu sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, Yusnizan Yusof, 31, yang berasal dari Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
 Menurut jurucakap polis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan itu.

"Mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok batu rumah berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.









.

Mayat lelaki ditemui di pembahagi jalan


Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan pembahagi jalan di Jalan Pandan Indah menghala ke Taman Shamelin Perkasa, Ampang di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohamed Nazri Zawawi, berkata siasatan awal mendapati lelaki berumur 30-an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan vaksin BCG pada bahunya.
 "Ketika dijumpai, terdapat luka pada dahi, kesan seretan pada belakang badan mangsa dan kaki kanannya patah.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian dan identitinya tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)untuk dibedah siasat.

Mohamed Nazri berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira 9.55 pagi.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.









.

Restoran New York di mana pelayan adalah 'ninja'


Restoran Ninja Jepun di Tribeca, New York, yang mengesankan makan dengan helah api kung fu,  pelayan membawa pedang dan juga meletup makanan. Hidangan pada menu termasuk siput besar dicincang dalam sos bawang putih-mentega yang meletup dalam api selepas fius dinyalakan.

Terdapat juga 'pot meteorit' - kerang dan sup kacang soya yang dimasak di atas 800C batu-batu di meja anda. Gambar-gambar ini lucu menunjukkan restoran itu pastinya tidak untuk membuatkan anda pengsan terutama apabila anda dikejutkan oleh seorang lelaki membawa pedang panjang tiga kaki.

Jurugambar Jay Fine berkata, restoran yang popular dengan New Yorker yang menikmati makan dengan perbezaan yang besar. Beliau berkata: "Apabila anda pergi ke tempat anda masuk lif dalam gelap dan anda mempunyai kedua-dua lelaki dalam pakaian ninja akan datang kepada kamu, maka mereka tiba-tiba mula menjerit 'Hiya', ia bukan untuk membuatkan anda pengsan. '
'Apabila saya mengambil gambar seorang wanita benar-benar terkejut apabila tiba-tiba ninja tergantung dari siling menunjukkan pedangnya, ia lucu.



'Sebenarnya anda mendapatkan semua jenis makanan, dari pasangan kepada keluarga-keluarga dan ia adalah satu tempat yang benar-benar berbeza untuk makan, ada di mana-mana tempat lain seperti di New York dan kita mempunyai banyak tempat-tempat yang luar biasa.'







.

Merpati pandai mengira


Burung merpati sejak dahulu lagi dikenali dengan kebolehannya untuk mencari jalan pulang, tetapi penyelidikan terbaru mendapati haiwan itu turut boleh mengira.

Dr. Damian Scarf dari Universiti Otago di New Zealand berkata, mereka mendapati burung merpati boleh membezakan nombor dari satu hingga sembilan dan menyusunnya mengikut turutan.
Menurutnya, sebelum ini hanya manusia dan beberapa primat lain diketahui mampu mengira.
"Penyelidikan kami bukan sahaja menunjukkan burung merpati mampu mengira, tetapi turut menunjukkan kemampuan sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh mengira.

"Burung merpati mempunyai keupayaan mental yang menakjubkan," katanya dalam jurnal Sains antarabangsa.
Penyelidikan itu pada mulanya melatih haiwan itu dengan menunjukkannya 35 set daripada tiga gambar dengan setiap satunya berbeza saiz, warna dan bentuk.
Burung itu akan diberikan gandum jika berjaya mengambil gambar yang sama.

Burung itu kemudiannya diuji sama ada boleh mengingati apa yang dipelajari daripada ujian pertama itu untuk membezakan imej nombor lebih banyak serta menyusunnya mengikut turutan dan ia berjaya melakukannya.
"Walaupun keupayaannya masih jauh berbeza berbanding manusia, tetapi ia menunjukkan haiwan yang mempunyai struktur otak yang berbeza dengan manusia masih berupaya melakukan ujian mental yang kompleks dan sebelum ini hanya manusia yang difikirkan mempunyai keupayaan itu," kata Dr. Scarf.






.

Budak tersepit kaki di longkang

Seorang kanak-kanak melalui detik cemas hampir 20 minit apabila kakinya tersepit pada jeriji besi penutup longkang berdekatan sebuah restoran makanan segera di Jalan Tahan di sini, baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis lalu, mangsa, Hadif Hazin Azli, 6, baru selesai menjamu selera di sebuah restoran makanan segera bersama ibu bapanya, Norazila Sulaiman, 37, dan Azli Ahmad, 38, serta dua adiknya.
Azli berkata, mereka tidak sedar terdapat lubang pada jeriji besi itu dan terkejut apabila anaknya tiba-tiba jatuh kerana kaki terjerlus ke dalam lubang berkenaan.

"Kami cuba mengeluarkan kakinya, namun gagal dan Hadif menangis kesakitan. Saya memanggil orang ramai untuk membantu mengeluarkan kaki anak saya namun usaha kami turut gagal," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang berada di kawasan kejadian kemudian menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

"Saya dan isteri cuba menenangkan Hadif dan kira-kira 10 minit selepas itu, beberapa orang anggota bomba tiba di tempat kejadian untuk mengeluarkan kaki anak saya dengan memotong jeriji besi itu," ujarnya.
Menurutnya, Hadif kemudian dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan.
"Saya bersyukur kerana dia selamat dan berharap pihak bertanggungjawab memantau keadaan penutup longkang di sekitar bandar ini agar perkara sama tidak berlaku kepada orang lain," katanya.








.

Makhluk berkepala dua


RUZIANAH Mohd. Ibrahim, 41, tidak pernah menyangka dia akan memiliki anak kucing istimewa yang mempunyai dua muka tetapi berkongsi satu kepala.
Anak kucing tempatan itu lahir pada tahun 2008 dan diberi nama Tuah.
Ruzianah, penjawat awam yang menetap di Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah memberitahu, dia terpaksa membawa ibu Tuah ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan berdekatan memandangkan ibu kucing itu sukar untuk melahirkan Tuah.

“Mungkin saiz kepala Tuah besar daripada biasa, jadi dia sukar dilahirkan. Selepas ibunya diberikan suntikan, barulah Tuah dapat dikeluarkan.
“Tuah lemah sikit dan tidak dapat menyusu dengan ibunya, jadi saya beli susu dan memberinya minum menggunakan picagari,” ujar Ruzianah.
Malangnya, Tuah mati beberapa hari selepas itu.

Kejadian haiwan berwajah atau berkepala dua berlaku di banyak negara di dunia.
Tahun lalu, seekor kucing di Virginia, Amerika Syarikat (AS) turut mempunyai ciri fizikal seperti Tuah.

Kucing di Virginia itu dinamakan Two Face sempena watak jahat dalam komik adi wira Batman. Two Face mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat biji mata.
Menurut doktor haiwan yang merawatnya, Erica Drake, Two Face menghidap sindrom Diprosopus.
Penyakit itu menyebabkan penghidap mempunyai satu kepala tetapi ada dua wajah. Bagaimanapun, Two Face mati tidak lama kemudian.
Sebenarnya, kejadian haiwan berkepala dua juga berlaku pada ular, lembu dan kambing.

Sebagai contoh, seekor anak ular susu berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan di Ridge Minor, Miami, AS baru-baru ini.
Pakar biologi Universiti Florida, Daniel Parker berkata, ular berkepala dua mampu hidup selama 20 tahun jika ditempatkan di dalam kurungan.
“Tetapi dengan dua otak yang mengawal badannya, haiwan itu sukar untuk hidup di hutan,” katanya.


Ular susu dikategorikan sebagai ular albino. Menurut mitos Yunani, ular susu dikatakan menghisap susu daripada kantung susu lembu.
Ia juga gemar hidup di dalam bangsal selain menyukai persekitaran yang gelap dan sejuk.
Seekor ular susu berkepala dua mampu dijual pada harga yang tinggi.
Seorang pengumpul haiwan pelik di Switzerland, Tom Beser, berjaya menjual ular seperti itu semahal RM200,000, Februari lalu.

Beser memberitahu, ular peliharaannya itu yang diberi nama Mince merupakan ular albino pertama di dunia yang diketahui memiliki dua kepala manakala badannya berwarna putih.


Dua otak
Sementara itu di Lumajang, Indonesia, seekor anak kambing berkepala dua milik seorang penduduk, Muhammad Hasyim, 25, menjadi tumpuan orang ramai dua tahun lalu.
Kambing betina berwarna putih yang dipanggil Melati itu dilahirkan oleh ibunya dengan mempunyai empat mata selain dua telinga.
Muhammad berkata, semasa dilahirkan, ibu kambing itu mengembek dan meronta tanpa henti.

“Syukurlah kambing saya masih hidup,” kata Muhammad yang memberitahu dia memberi haiwan itu minuman susu segar.
Melati juga akan mengamuk jika diletakkan berjauhan dari ibunya.
Negara yang terkenal dengan kisah Firaun iaitu Mesir, turut menyimpan cerita haiwan yang pelik.

Seorang petani di Alexandria, Mesir, Sobhy El-Ganzoury menyifatkan kelahiran seekor anak lembu peliharaannya yang mempunyai dua kepala sebagai satu keajaiban.
“Saya mengambil masa selama dua jam untuk membantu lembu itu beranak,” ujar Sobhy sambil menambah, anak lembu itu tidak dapat mengangkat kepalanya yang berat dan terpaksa diberikan susu botol.
Pemilik sebuah ladang di Rivera, Colombia, Marino Cabrera, pula terkejut apabila lembunya melahirkan anak berkepala dua pada Ogos 2009. Anak lembu itu dinamakan Jenifer.
Cabrera memberitahu, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang lebih 30 tahun menjadi pembiak baka lembu.


Kejadian pelik makhluk berkepala dua turut berlaku kepada manusia.
Di Brazil minggu lalu, seorang ibu melahirkan bayi lelaki yang mempunyai dua kepala.
Maria Nazare, 25, melahirkan anaknya itu di sebuah hospital di Anajas, Brazil dengan berat 4.49 kilogram.
Anak itu dinamakan Emanoel dan Jesus. Doktor memberitahu Maria bahawa bayi itu mempunyai dua otak tetapi berkongsi jantung, limpa, buah pinggang dan kaki.

Menurut pengarah hospital itu, Claudionor Assis de Vasconcelos, kelahiran bayi itu amat mengejutkan
Setakat ini, keadaan bayi itu adalah baik dan akan diuji sama ada ia boleh dipisahkan atau sekurang-kurangnya dapat hidup lebih lama. Apa yang menarik ini merupakan kali kedua kelahiran bayi berkepala dua di Brazil tahun ini.
Sebelum ini, seorang ibu, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di daerah Paraiba tetapi bayi itu meninggal dunia beberapa jam kemudian disebabkan kekurangan oksigen.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!