Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir. Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.
Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.
Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan. Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.
Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir.
.
6 Penyokong CHELSEA:
kesiannye..memang bahaye..tp tabik dengan semangat dorg utk pegi belajar..patut diberi perhatian segera masalah gini
Keciannye....Bahaya...Klu Jatuh...Macam mana...?ISh...
memang berani dan tabah untuk berjaya
nak nanges tengok.. semoga mereka² nih menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat..
Mak aih, gayat! Buat la jambatan baru. Dah entah pandai berenang entah tak tu.
laaa.... kesiannyaa.... semangat mereka untuk menuntut ilmu walaupun ada risiko..
Post a Comment