Sunday, January 22, 2012

Kamal Ashnawi terkaya di dunia?

Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

.

5 Penyokong CHELSEA:

Uji Hussein on January 22, 2012 at 8:28 AM said...

Tentang kaya tu macam logik tapi tentang bakal jadi raja jawa tu macam mengarut je.

Syafiq Ahadin on January 22, 2012 at 8:36 AM said...

nape Lulu punye follower tak naik2? huhu!

Ce'gu JAERA on January 23, 2012 at 2:44 AM said...

fuiyyoooo.. trillionnn? biar betul orang kaya dunia dr org melayu.. mcm x caya je

Putra Sri Durga on January 30, 2012 at 5:09 PM said...

Cerita KA hampir sama dngan ramalan oleh JoyoBoyo iaitu Kehadiran Ratu Adil @ Satria Piningit @ Satria Pinandito Sisihan Wahyu.

Adakah Ini satu kebetulan??

“Ia dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar Nusantara. Namun ketika remaja, ia berkelana ke arah barat dari tempat asalnya. Melakukan semua hal yang bisa melepaskan derita seseorang, tanpa mengharap pujian atau imbalan. Walaupun selama perjalanan itu, ia selalu di jegal oleh orang-orang yang iri terhadapnya.

Hingga akhirnya ia telah kembali ke tempat asalnya untuk menumbuhkembang kan budaya tempat ia dilahirkan. Mengasuh pemuda-pemuda yang datang kepadanya, mengajarkan hakikat kehidupan dan tetap menolong sesama tanpa pamrih apapun. Kepulangannya ini lah titik awal dari pelaksanaan tugas yang sesungguhnya. Membuka gerbang impian rakyat akan hidup yang adil sejahtera.”

salah satu petikan dari Ramalan Perjalanan Sosok @ tubuh Satria Piningit.

Sebelum membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara, haruslah dikaji serta dibuktikan terlebih dahulu.
kepada yang ingin tahu lebih, silalah kaji ramalan Joyoboyo tentang "Ratu Adil" @ Satria/Satrio Pinandito..
Iaitu tentang seorang Raja yg Adil akan memimpin dengan kewangan yang sangat banyak..

Kepada yang ingin mengetahui tentang Asset2 @ "Royal Asset" baca "The Green Hilton Agreement" iaitu antara Sukarno(sebagai pemegang amanah harta2@emas dari Indonesia) & F Kennedy.

Putra Sri Durga on January 30, 2012 at 5:16 PM said...

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!