Kegigihan seorang warga emas, Siti Hawa Mat Husain, 72, di Kampung Bendang Man di sini mencari rezeki dengan membuat penyapu daripada pokok riong pasti menyentuh hati sesiapa sahaja. Dengan dibantu anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), Mohd. Zin Loji, 42, kedua-dua beranak ini terpaksa memasuki kawasan belukar yang terdapat tumbuhan pokok riong untuk mencari bahan membuat penyapu.
Siti Hawa berkata, pokok riong selalunya tumbuh di kawasan berbatu dan berbukit serta mudah ditemui di belukar sekitar daerah ini. Menurut Siti Hawa, pokok riong hanya mengeluarkan bunga pada awal Januari hingga April sahaja.
“Dalam masa empat bulan ini, bunga riong boleh diambil dan selepas itu batang bunga riong akan menjadi reput,” katanya di sini hari ini.
Siti Hawa berkata, sepanjang empat bulan itu, dia dan anaknya mencari serta mengumpul sebanyak mungkin bunga pokok riong untuk dijadikan penyapu. Menurutnya, bagi menghasilkan penyapu riong, ia hanya memerlukan tali plastik untuk mengikatnya.
“Dalam setahun, saya dan Mohd. Zin mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 150 batang penyapu dan hasilnya dapat menampung kehidupan kami sepanjang tahun,” katanya.
Kemahiran warga emas itu membuat penyapu riong menjadi punca rezekinya sejak lima tahun lalu. Kedaifan hidup dua beranak itu turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membantu Mohd. Zin dengan bantuan RM300 setiap bulan.
Bagi pengunjung pasar malam pekan Sik, Gulau, Parit Panjang dan pasar minggu pekan Baling dekat sini, penyapu riong buatan Siti Hawa yang dijual dengan harga RM7 sebatang menjadi rebutan pengunjung di samping bertujuan membantu mareka.
Ini kerana penyapu riong buatan warga emas dan anaknya itu dibuat begitu kemas.
.
2 Penyokong CHELSEA:
mmg tersentuh.. sanggup bersusah payah asalkan tidak meminta2..
Lulu, akak pun skrg ni terasa kurang semangat juga.. dah tak mcm dulu.. tp tetap push juga utk teruskan berblogging ni.. harap2 kita terus bersemangat hendaknya..
@Hanis Azla itulah kak, semangat dah kurang
Post a Comment