Perancangan pengacara popular TV3, Ally Iskandar untuk memasuki gerbang perkahwinan bersama seorang gadis Terengganu, Farah Lee, 22, yang masih menuntut di Korea Selatan menjadi berita sensasi sejak dua minggu lalu.
Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan.
Kepada Sensasi Bintang, Ally mengulas lanjut, katanya: "Ada beberapa fakta yang dikeluarkan dalam Internet tentang perkahwinan saya nanti tidak begitu tepat. Pertamanya, majlis pernikahan saya tidak akan berlangsung di rumah keluarga bakal isteri saya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.
"Kami sudah ada lokasi lain, tapi biarlah buat masa ini tidak begitu dihebahkan. Lagipun ia dibuat secara sederhana dan hanya kenalan serta keluarga terdekat sahaja akan dijemput. Lagi satu, memanglah keluarga saya berasal dari Terengganu, tapi saya tidak dilahirkan di sana sebagai mana yang ditulis oleh satu portal hiburan, sebaliknya di Kuala Lumpur," katanya dalam nada mesra.
Berkongsi debar bergelar suami tatkala usia genap 36 tahun, Jumaat lalu, Ally mengucap syukur kerana Allah menemukannya dengan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap hidupnya.
.
5 Penyokong CHELSEA:
cmeynye bakal isteri dye..
Waaa... kahwin juga akhirnya ALLY ISKANDAR ni.. semoga inilah jodoh yang dijanjikan ALLAH selepas putus tunang dulu..
sweetnyer..hihih
cantik..bagai pinang dibelah dua
dah lah cantik, solehah dan bijak pandai plak tu.. tahniah buat ally iskandar... semoga berbahagia kelak
Post a Comment