Pengendali Sekolah Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Al-Ijabah, Muhamad Abdullah mendakwa ketika pertandingan itu berlangsung di Pusat Akuatik bermula Sabtu lalu, kesemua peserta terlibat memakai pakaian renang muslim dan muslimah.
“Pada hari Sabtu, para peserta termasuk empat pelajar saya yang menyertai pertandingan yang dianjurkan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atas nama Kelab Anak Air dan Kelab Ombak, dibenarkan berenang.
“Tetapi pada hari Ahad, mereka yang berjaya mara ke peringkat seterusnya tidak dibenarkan meneruskan pertandingan atas alasan pakaian renang tidak mematuhi syarat.
“Saya kesal dengan pihak penganjur kerana bersikap berat sebelah sedangkan peserta terlibat termasuk pelajar saya bukan tidak memakai pakaian renang, tetapi pakaian mereka menutup aurat,” kata beliau.
Muhamad memberitahu, insiden tersebut dimaklumkan oleh guru renang sekolahnya, Mohd. Bukhari Ibrahima yang berada bersama pelajar di Pusat Akuatik.
“Saya juga kesal kerana ada ibu bapa peserta renang bawah 12 tahun terpaksa membelikan anak masing-masing pakaian renang biasa yang tidak menutup aurat kerana kasihan mendengar tangisan mereka yang telah bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan itu,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak penganjur dan kerajaan negeri termasuk pemimpin beragama Islam bersikap sensitif dan terbuka berhubung tatacara berpakaian untuk pertandingan renang lebih-lebih lagi melibatkan peserta beragama Islam.
Katanya, sebagai negara Islam, umat Islam sewajarnya diberi kebebasan untuk berpakaian menutup aurat tetapi sesuai dalam menyertai pertandingan dan acara sukan.
“Saya berharap agar peserta yang berpakaian renang muslim dan muslimah tidak dianaktirikan selepas ini kerana sebagai negara Islam, umat Islam perlu diberikan kebebasan untuk mengekalkan dan mempertahankan lunas-lunas agama dalam cara berpakaian,” ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MSNS, Rohaya Yahya ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan Muhamad dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas memperolehi maklumat mengenai kejadian itu.
.
10 Penyokong CHELSEA:
tak bestnya kalau mcm tu.. tersekat pula aktiviti mereka yg berbaju mandi muslimah tu..
kata negara islam...mcm mana undang2 nie....tak mengamalkan ajaran islam yg sebenarnya...susah betul lah...duk kat malaysia yg kata negara islam tapi bayak kita dengan larangan tak boleh pakai tudung lah...apa nie...????
Tak ada ke tindakan @ undang2 yg pihak berwajib dapat lakukan bagi membenteras gejala ini.
Camne jd camtu plak ye..
Pakaian renang muslimah?? yg ttup dr leher smpai kaki tp ketat dan still menampakkan bentuk badan tu ek?? yg pakai serkup kepala tp x ttp dada..muslimah ke tu?? kita fikir2 la bersama.
Pakaian renang muslimah?? yg ttup dr leher smpai kaki tp ketat dan still menampakkan bentuk badan tu ek?? yg pakai serkup kepala tp x ttp dada..muslimah ke tu?? kita fikir2 la bersama.
Pakaian renang muslimah?? yg ttup dr leher smpai kaki tp ketat dan still menampakkan bentuk badan tu ek?? yg pakai serkup kepala tp x ttp dada..muslimah ke tu?? kita fikir2 la bersama.
assalamualaikum Lulu...kesian nyer mereka kan x dpt menyertai pertandingan tu...
sut renang memang menggoda... hehe
Memang. Nama je negara Islam. Ramai sangat dalam organisasi walaupun dalam IC tulis beragama Islam tapi paksa orang bawahan membuka aurat atau minum arak. Entah, tak tau nak kata apa dah.
mmg tak patot
Post a Comment