Monday, January 23, 2012

Malang ketika gembira


Kegembiraan tujuh sekeluarga dari Sungai Isap di sini untuk berkelah di Pantai Sepat di sini sempena cuti Tahun Baru Cina berakhir tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia akibat lemas semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Mohd. Zaiful Abu Talib, 13, dan Mohd. Saiful Mohd., 11, meninggal dunia.

Mengimbau semula kejadian malang tersebut, ibu mangsa, Zaleha Abd. Ghani, 42, berkata, pada mulanya, enam anaknya sedang mandi di pantai tersebut.

"Sedang asyik mandi, tiba-tiba tiga anak saya lemas. Saya cuba menyelamatkan tetapi hanya berjaya selamatkan seorang sahaja.

"Dua lagi diselamatkan oleh orang yang berada di sini bagaimanapun mereka meninggal dunia akibat sesak nafas," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini malam tadi.











.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on January 23, 2012 at 10:13 AM said...

adui kesiannya.. dah berapa kali kita dengar org mati lemas ketika mandi manda semasa beriadah...
Ibu bapa baik bawa anak2 bercuti berjalan2 drp membiarkan anak2 leka bermain air ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!