Sunday, February 19, 2012

Berkaki empat..


Sebuah perkampungan di Kebonarum daerah Klaten, Jawa Tengah menjadi popular sejak sebulan lalu selepas kemunculan seekor ayam berkaki empat.
Kampung Pluneng itu mendapat perhatian orang yang ingin menyaksikan sendiri kebenaran mengenai cerita ayam berkaki empat itu.

"Setiap hari berpuluh-puluh orang datang ke rumah saya untuk melihat ayam aneh itu.

"Selain berkaki empat, ayam saya itu juga mempunyai dua saluran najis," kata pemiliknya, Carik kepada MICOM.

Ayam yang diberi nama Tinuk itu dilaporkan berusia 35 hari.
Menurut Carik, dia tidak akan menjual ayam itu, walaupun pernah ditawarkan dengan harga 320,000 rupiah (RM108).

"Ayam seperti ini jarang ditemui dan saya akan memeliharanya," ujar Carik.





.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on February 19, 2012 at 12:58 PM said...

wahh macam2 skunk nie

Cikrosecute on February 19, 2012 at 4:02 PM said...

Alahai...keciannya..

Unknown on February 20, 2012 at 12:37 AM said...

kes kembar siam di kalangan ayam turut berlaku zaman sekarang ni... kuasa tuhan tu... lulu pernah jumpa? pecah telur, ade 2 kuning telur dalam sebijik telur... agaknye, mcm tu la keadaan telur ayang berkaki empat tu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!