Friday, February 3, 2012

Ini bukan durian..


Buahnya dipanggil ‘issu’, namun, rupanya seakan-akan menyamai raja buah iaitu durian kerana kulitnya berduri, cuma durinya lebih runcing serta tajam.

Di Sri Aman, buah issu turut dikenali sebagai ‘rian laki’ dengan isi yang kental dan kekuningan malah ada isinya bewarna jingga atau merah, namun bau buahnya kurang berbanding dengan durian.

Kini, buah issu banyak terdapat di kawasan Skrang, Engkilili, dekat Sri Aman sejak dua minggu lalu selain memenuhi ruang niaga di Pasar Tamu di Sri Aman, Sarawak.

Dengan dijual pada harga RM10 bagi empat biji, buah issu punyai keistimewaannya tersendiri berbanding buah durian kerana tidak semua tempat boleh memperoleh buah tersebut.









.

4 Penyokong CHELSEA:

Asmara on February 3, 2012 at 12:10 PM said...

wow! baru tahu ada buah lain yg mcm durian. jauhnya kat swak nun..

QASEEH HATIKU QASEEH on February 3, 2012 at 12:36 PM said...

rasa dia pn beza..d sabah pn byk buah durian nie..tp d panggil durian 'dahit' klu sy x silap la..sy suka rasa durian nie..sgt2 lemak ..tp malang nya isi sebiji x byk..n x tebal pn..kna mkn be biji2 baru puas..tp mcm lg tinggi kolestrol compare durian besa tu..

Puan Besar Shag Yahaya on February 3, 2012 at 5:20 PM said...

Patutlah tak pernah nampak buah ni. Certain location je ada rupanya :D

.........cP~ on February 4, 2012 at 12:31 AM said...

Durian saya tak makan. Tak tau la kalau jumpa buah ni.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!