Wednesday, February 22, 2012

Nurul Zakiah Hidayah, pulanglah..........


Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi dirayu pulang ke pangkuan keluarga setelah dipercayai melarikan diri bersama teman lelakinya sejak 14 Februari lalu.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat selepas keluar untuk ke sekolah pada hari tersebut.

Ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, berkata, setelah menyedari kehilangan Nurul, bapa remaja itu, Azman Saad, 51, telah menghubungi pihak sekolah tetapi diberitahu anak perempuannya itu tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Katanya, pihak keluarga mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai 'Samer Khan' yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai borong di pekan Banting di sini.

"Sebelum menghilangkan diri, Nurul Zakiah menunjukkan perubahan sikap dan dikatakan ada menjalinkan hubungan dengan lelaki warga asing itu ketika bekerja sementara di sebuah pasar raya di sini.

"Saya sudah puas memberikan nasihat kepada Nurul dan cuba menghalangnya daripada meneruskan perhubungan dengan lelaki itu memandangkan dia masih belajar dan bakal menduduki peperiksaan SPM," katanya.

Norlaila yang memelihara anak saudaranya itu sejak berusia 12 tahun selepas ibu kandungnya meninggal dunia memberitahu, dia berasa sungguh risau kerana Nurul Zakiah sebelum ini pernah menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan lelaki tersebut tetapi pihak keluarga mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.

"Tidak sangka pesanan terakhir Nurul yang disampaikan kepada pemandu sekolah agar mengambilnya di sekolah pada pukul 4 petang (14 Februari) sekadar taktik untuk menghilangkan diri.

"Saya risau sekiranya anak saudara saya dipermainkan atau dibawa lari oleh lelaki Pakistan tersebut. Ini kerana pengusaha kedai borong tersebut memberitahu lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di kedainya sejak 14 Februari lalu.

"Dia juga telah membawa barang-barangnya tanpa sebarang notis dan hari tersebut adalah tarikh yang sama Nurul menghilangkan diri," katanya.

Azman berkata, pihaknya telah membuat laporan polis pada 15 Februari lalu berhubung kehilangan anak perempuannya itu dan berharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan.

"Saya amat berharap Nurul dapat pulang ke pangkuan keluarga dan berbincang kalau dia ada masalah. Lagipun Nurul akan menduduki peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya nanti," katanya.

Orang ramai yang pernah terlihat gadis tersebut diharap tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Azman di talian 019-2959178 atau 012-9121072 (Za).












.

8 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on February 22, 2012 at 7:47 AM said...

kesiannnya...harap anak tu kembali ke pangkuan keluarga

♫Nur Najihah♫ on February 22, 2012 at 7:47 AM said...

Haiiyaa~ Dgn pakistan pown nk terhegeh-hegeh smpai lari dri rmh, ape nk jdi laa

Anonymous said...

mamat pakistan pun dia boleh cair... hmmmm macam2...moga dia selamat jelah

skuterlady.blogspot.my on February 22, 2012 at 8:24 AM said...

nape la ikutkan hati sangat?adeiihh..

CINTA UNTUK KITA on February 22, 2012 at 8:37 AM said...

apalah yang dia tengok mamat pakistan tu dik..

Farah Hanis on February 22, 2012 at 8:57 AM said...

Harap tak jadi pape yg terukla kt budak tuh.

Unknown on February 22, 2012 at 9:28 AM said...

aisey..
ni yg x sodap ni kalu ilang2..
SPM lak tu..
harap ada bertia baik pasni.

Farah Deeb on February 22, 2012 at 11:19 AM said...

alaa sayangnye.. muda lg dh terjebak benda2 cenggini. Mintak la selamat, amin.
Meh Jemput Singgah Ye :)
Wordless Wednesday: Begitu Besar Harapan Sekolah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!