Wednesday, February 8, 2012

Perancis sedia tanah perkuburan Islam


Perancis secara rasmi menyediakan tanah perkuburan Islam pertama di bandar ini, semalam - suatu tindakan yang dilihat oleh pemimpin Islam sebagai langkah mengiktiraf satu daripada kumpulan minoriti terbesar di negara ini.

Pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri upacara di bandar terletak di timur laut negara ini bagi melancarkan tanah perkuburan itu, yang mengandungi ruang untuk 1,000 buah kubur.

Ketua Majlis Agama Islam Perancis, Mohammed Moussaoui menyifatkan, pembukaan tanah perkuburan tersebut sebagai detik bersejarah bagi penganut Islam di Perancis dan berkata, ia menjadi 'simbol kepunyaan penting' komuniti.

"Jika komuniti beragama mahu merasa seperti berada di tempat sendiri di sesuatu bandar, ia patut dibantu melalui pembinaan rumah beribadat dan juga kawasan pengkebumian bagi penganutnya," kata Datuk Bandar Strasbourg, Roland Ries.

Undang-undang 1905 Perancis mengenai pembahagian gereja melarang bangunan tanah perkuburan perbandaran dan dihadkan kepada satu agama sahaja.











.

1 Penyokong CHELSEA:

Ayu on February 8, 2012 at 1:18 PM said...

Alhamdulillah...syukur.Apapun, tetap bersyukur menjadi Muslim di Malaysia.:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!