Jika kanak-kanak lain mungkin menendang dan menjerit diatas kerusi gunting rambut pada lawatan pertama mereka, Rean Carter hampir-hampir tidak dapat menunggu. Kanak-kanak berusia lima tahun itu tidak pernah memotong rambut, dan panjang rambutnya sudah melepasi pinggang.
Tetapi selepas disangkakan sorang perempuan, dia menuntut untuk gunting rambut - namun ibunya enggan.
Leeanne Smith, 30, berkata: 'Apabila Rean dilahirkan dia memiliki rambut keemasan.
'Saya tidak sanggup untuk memotongnya, walaupun sedikit.
'Kini ia sudah panjang dan sangat cantik dan lembut. Apabila kami keluar dia sering disalah anggap sebagai seorang kanak-kanak perempuan. Orang berkata, "Bukankah dia cantik"?.
Miss Smith, dari Hylton, Sunderland, berkata anaknya mewarisi rambut itu dari Neil Carter teman lelakinya, 48, pelukis dan penghias. Beliau menambah: 'Rean berkata beliau mahu lebih pendek. '
Miss Smith, yang bekerja sebagai penganjur parti, berkata, jika rambut anaknya digunting, ianya akan didermakan kepada badan kebajikan kanser untuk digunakan sebagai wig.
.
2 Penyokong CHELSEA:
mmg comel pun :)
Laa..boy upenye...hahhahah...tp comey la!
Post a Comment