Friday, March 2, 2012

Miley Cyrus terima ugutan


Pelakon dan penyanyi pop, Miley Cyrus menggesa laman web Twitter mengambil tindakan berikutan ugutan bunuh yang diterimanya melalui akaunnya di laman web itu.

Dalam akaun Twitter penyanyi itu, Cyrus meminta laman tersebut mengambil tindakan serius berikutan ugutan bunuh yang diterimanya itu dan memastikan persekitaran laman sembang itu selamat.

"Saya tidak akan bertolak ansur apabila menerima ugutan bunuh, Saya rasa Twitter perlu bertanggungjawab dan memastikan persekitarannya selamat," kata Cyrus.

Akaun Twitter milik Cyrus menunjukkan dia mempunyai sebanyak 5,009,903 pengikut sehingga pagi ini.

Dalam pada itu, satu artikel berasingan di laman web teknologi, CNET menjelaskan bahawa Cyrus dikesan menerima ugutan bunuh dalam akaun Twitternya sejak kebelakangan ini.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Rawkzell on March 2, 2012 at 8:28 PM said...

susahnye jadi artis asyik kene gut bunuh je kan. haha.

Cmmnt here :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!