Thursday, March 15, 2012

Pembedahan pertama janin


Sepasukan doktor dari Hospital Clinic dan Hospital Joan de Deu di sini, mencipta sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan sulung terhadap janin yang mengalami masalah tiub bronkiol tersumbat.

Pembedahan tersebut dilakukan dengan cara endoskopi melalui mulut janin bagi membersihkan bronkus kanan, iaitu tiub udara dari trakea ke paru-paru sebelum menyambungkannya dengan saluran udara bahagian tengah.

"Ini merupakan pembedahan pertama yang berjaya dilakukan dalam sejarah perubatan dunia moden," kata Ketua Jabatan Perubatan Perbidanan dan Janin Hospital Clinic, Eduard Gratacos.

Menurutnya, ia merupakan pembedahan berisiko kerana dilakukan pada bahagian tisu nipis yang terletak berdekatan jantung.

"Tanpa terapi khusus, bayi tersebut tidak boleh hidup," katanya.





.

2 Penyokong CHELSEA:

eima on March 16, 2012 at 9:15 AM said...

dunia perubatan semakin canggih .....

Farah Deeb on March 16, 2012 at 10:24 AM said...

dasat. Jemput singgah my latest entry: Lelong! Lelong!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!