Wednesday, April 25, 2012

10 filem baru yang dijangka akan box office


Musim panas di Amerika Syarikat (AS) simbolik dengan filem-fielm blockbuster. Oleh kerana itu tak menghairankan jika waktu tersebut dimanfaatkan beberapa produksi untuk mengeluarkan filem-filem layar lebar terhebat mereka. Tahun ini, musim panas kembali diwarnai dengan sejumlah filem-filem yang tak kalah hebatnya dan dijangka bakal merajai box office. Dipetik dari laman The Wrap, berikut adalah 10 filem musim panas paling ditunggu:


1. Abraham Lincoln: Vampire Hunter

Filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter diadaptasi dari novel laris berjudul sama karya Seth Grahame-Smith. Seperti kisah di novel, filem ini juga menceritakan rancangan Presiden AS ke-16, Abraham Lincoln membasmi vampire.

Abraham Lincoln: Vampire Hunter disutradara Timur Bekmambetov yang pernah menghalusi filem Wanted pada 2008 lalu. Abraham Lincoln dilakonkan oleh Benjamin Walker.


2. Brave

Pixar Animation Studios kembali melalui filem animasi berjudul Brave. Filem ini mengangkat kisah tentang seorang puteri kerajaan bernama Princess Merida. Untuk lepas dari kutukan, sang putri harus memperjuangkan kemampuan memanahnya.


3. The Dark Knight Rises

Sutradara Christopher Nolan akhirnya berhasil menghasilkan pembuatan filem trilogi Batman. Dalam sekuel ketiga berjudul The Dark Knight Rises ini, superhero harus menghadapi lawan seperti Bane, yang dilakonkan oleh Tom Hardy, dan Catwoman yang dilakonkan Anne Hathaway.


4. Men in Black 3

Aktor Will Smith kembali hadir di layar lebar setelah menyepi selama empat tahun. Masih beperanan sebagai Agent J, Smith akan mengembara ke masa lalu, tepatnya tahun 1960-an lewat sekuel Men in Black 3.


5. Prometheus

Setelah sukses dengan filem Alien di tahun 1979, sutradara Ridley Scott kembali menggarap filem bertema makhluk luar angkasa dalam judul Prometheus. Filem tersebut mengisahkan perjalanan sebuah kumpulan ilmuwan dalam menyusuri alam semesta dengan menggunakan pesawat ruang angkasa.

6. Dark Shadows

Aktor Johnny Depp kembali bekerjasama dengan sutradara Tim Burton untuk ke-8 kalinya. Kali ini, Depp berlakon dalam filem garapan Burton berjudul Dark Shadows yang diangkat dari siri tv tahun 1960-an.

7. Snow White and The Huntsman

Rumah produksi Universal memperbaharui kisah dongeng Puteri Salju dan mengubahnya menjadi seorang puteri ksatria. Peranan Puteri Salju yang perkasa itupun dilakonkan oleh bintang filem Twilight, Kristen Stewart.

Dengan tampilan set yang epik serta dilakonkan bintang-bintang popular, filem Snow White and The Huntsman diharapkan boleh mengalahkan Mirror Mirror, filem yang juga mengisahkan tentang Puteri Salju.


8. Ted

Pencipta siri animasi Family Guy, Seth MacFarlane membawa selera humor khasnya ke dalam filem layar lebar berjudul Ted. Filem yang dibintangi Mark Wahlberg dan Mila Kunis ini menceritakan seorang lelaki yang harus tinggal bersama dengan patung teddy bear hidup.


9. The Amazing Spider-Man

Filem Spiderman hadir dengan sutradara (Marc Webb) dan juga pelakon baru (Andrew Garfield serta Emma Stone). Meski pergantian sutradara dan pemain cukup membuat risiko, namun filem yang dikemas dalam format 3D ini diharapkan dapat memberikan pengalaman berbeza.


10. The Avengers

The Incredible Hulk (2008), Iron Man (2010), Captain America (2011) dan Thor (2011) menggabungkan kekuatan dalam The Avengers. Iron Man dan Black Widow masih dilakonkan oleh Robert Downey, Jr. dan Scarlett Johanson. Begitu juga dengan Captain America dan Thor yang dilakonkan oleh Chris Evans dan Chris Hemsworth.

Sementara dalam The Incredible Hulk akan ada pergantian pelakon yang kini diambil alih Mark Rufallo. Pertempuran sengit dan efek computer-generated imagery (CGI) akan mewarnai filem yang diangkat dari komik Marvel ini. (kd)




P/S - Ayuh nonton..



.

3 Penyokong CHELSEA:

atnur @ Iza on April 25, 2012 at 11:52 AM said...

thanks for sharing! :)

dalam 10 filem tu, yg saya teringin nak tengok cuma The Avengers, The Amazing Spider-Man, Snow White and The Huntsman, Dark Shadows & Abraham Lincoln: Vampire Hunter je. tu pun rasanya x mungkin dpt tengok semuanya sbb harga tiket wayang skrg nie mahal sgt... x mcm dulu...

Unknown on April 25, 2012 at 2:19 PM said...

menarik!!! nak g tengok semua cerita!!!

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/buat-pilihan-amat-menyusahkan.html

fRaMe+LenSeS on April 25, 2012 at 9:49 PM said...

nak tunggu avengers ja

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!