Wednesday, April 25, 2012

Legoland Hotel pertama di Asia


Legoland Hotel pertama di Asia akan dibuka di Malaysia pada 2014 yang bersebelahan dengan taman tema kanak-kanak berkonsep blok binaan permainan Lego yang popular.

Dalam satu kenyataan, kerja pembinaan hotel di Johor itu akan bermula bulan depan oleh pemajunya, Merlin Entertainments Groups and LL Themed Hotel.
Ia adalah Legoland Hotel yang keempat seumpamanya di dunia manakala teman tema Legoland Malaysia itu adalah yang keenam di dunia selepas Denmark, Britain, California, Florida dan Jerman.
Hotel berkenaan akan menggunakan bahan pembinaan lebih konventional dan akan dibina bersebelahan taman tema Legoland yang dijadual dibuka kepada pengunjung penghujung tahun ini.

Syarikat pemaju terbabit berhadap mereka akan dapat menggamit lebih ramai pengunjung domestik dan pelancong asing.

“Ia akan lebih mirip kepada kehidupan kanak-kanak dengan tema lebih imiginasi berkonsepkan permainan Lego," kata pemaju terbabit.

Taman tema berkenaan seluas 31 hektar yang bakal membawa satu lagi mercu tanda Inskandar Malaysia, zon ekonomi yang berjiran dengan Singapura.
Lebih 30 juta blok binaan Lego akan digunakan di taman tema berkenaan untuk tarikan orang ramai.

Rangkaian Legoland Hotel ialah di Denmark, Britain dan yang ketiga akan dibukan di California tahun depan. - AFP





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on April 25, 2012 at 9:44 AM said...

ujung tahun dah cantik la tu nak bawak anak2 pegi...hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!