Monday, April 2, 2012

Haiwan liar yang berwajah gembira

Apa yang ada dalam fikiran anda jika mendengar sebutan haiwan-haiwan liar? Buas dan seram mungkin akan menjadi hal yang pertama terfikir oleh otak anda. Namun perlu kamu ketahui, ternyata haiwan-haiwan liar seperti buaya, anjing laut dan gajah juga mempunyai wajah gembira dan lucu. Tidak percaya, cuba anda lihat foto-foto berikut!

Mungkin kumpulan foto-foto berikut boleh mengubah pandangan kamu mengenai haiwan-haiwan liar yang buas menyeramkan dan sangat menakutkan. Buang saja semua persepsi kamu mengenai haiwan liar yang buas dan menyeramkan, kerana tidak semua haiwan liar itu seperti apa yang kamu bayangkan.


Nampak jelas sekali buaya ini sedang melompat kegembiraan. Tapi, entah apa yang membuatkannya menjadi sebahagia ini..


Haiwan liar ini sedang mempamerkan kemampuan melompatnya. Hampir serupa dengan kucing, Cerpelai yang hobinya makan tikus kecil.


Haiwan yang dikenali sebagai haiwan pemalas ini juga punya wajah yang bahagia. Tapi entahlah ini wajah bahagia atau wajah pemalasnya..ngee


Haiwan yang hidup di dua alam ini mempunyai tubuh yang gemuk dan penuh dengan lemak. Mungkin anjing laut ini sedang menonton acara lawak sehinggakan ketawa seperti itu..


Ini adalah pose tenggiling yang sedang bersemangat dalam menjalani hidupnya. Dia menyambut setiap kesempatan baru dengan tangan terbuka dan hati yang senang. Perlu ditiru..!!





.

5 Penyokong CHELSEA:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on April 2, 2012 at 4:29 PM said...

cute! hehe~

Yasmin Aris on April 2, 2012 at 5:45 PM said...

comelnyeee ~ hehehe

Solehah Shamsuddin on April 4, 2012 at 5:46 PM said...

alahai comeynye...

elnino de moona on April 6, 2012 at 2:55 PM said...

haha comel..:)

dayah SnoW Heuka on April 7, 2012 at 1:52 AM said...

heh cute ta jadi na takot :P pose dia

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!