Wednesday, April 18, 2012

Lagi gambar Marilyn Monroe yang tidak pernah disaksikan umum


Walaupun pernah bergambar beribu kali, sejumlah gambar Marilyn Monroe yang belum pernah disiarkan tetap menjadi perhatian selepas 50 tahun kematiannya.

Rangkaian gambar terbaru Marilyn disiarkan dalam sebuah buku baru, Marilyn By Magnum, yang diterbitkan bagi memperingati ulang tahun ke-50 kematian tragik ikon perfileman itu.

Diambil di apartmennya pada 1952, gambar itu dirakam jurugambar terkenal, Philippe Halsman.

Pada 1952 juga, Marilyn menjalani penggambaran filem Niagara bersama Joseph Cotten, selain menjadi pelakon utama dalam Gentlemen Prefer Blondes.

Marilyn berusia 26 tahun ketika itu.


Buku berkenaan dihiasi banyak gambar dirakam kakitangan agensi fotografi terkemuka dunia, Magnum, yang diasaskan empat jurugambar, iaitu Robert Capa, Henri Cartier-Bresson, George Rodger dan David “Chim” Seymour pada 1947. - Telegraph





P/S - Gambar Marilyn Monroe yang tidak pernah disaksikan umum






.

3 Penyokong CHELSEA:

HAFIZAL on April 18, 2012 at 3:17 PM said...

oh....mcm ner.....yerk

phreak-id on April 18, 2012 at 8:48 PM said...

gambar yang macam mana? lain macam je p/s tu.. hehehe


Terbaru >Artikel Sempena Demonstrasi Mansuhkan PTPTN : Percuma Ke Pendidikan Percuma Mereka? >Facebook Comment di phreak-id.com >Movie Review - Battleship

Abu Zafran on April 24, 2012 at 9:24 PM said...

so beautiful..
http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/hanya-daftar-dan-volkswagen-golf-tsi.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!