Saturday, April 28, 2012

Pelakon Prison Break pukul teman wanita


Bekas bintang drama bersiri Prison Break, Lane Garrison semalam didakwa kerana mencederakan bekas teman wanitanya, tindakan yang mungkin menyalahi perintah parol yang dijalaninya kerana satu pertuduhan membunuh sebelum ini.

Peguam Daerah Los Angeles County memfailkan dakwaan berkenaan berdasarkan satu rakaman kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dia menampar Ashley Mattingly, Sabtu lalu di kediaman wanita tersebut. Garrison, 31, ditahan di lokap sejak Ahad lalu tanpa ikat jamin.

Tempoh pengawasan yang dijalaninya berhubung kesalahan membunuh pada 2007 dijangka berakhir seminggu lagi, kata peguamnya. Dalam kejadian Sabtu lalu, CCTV di pangsapuri Mattingly di Beverly Hills, menunjukkan berlaku pergaduhan antara pelakon itu dengannya di lobi bangunan berkenaan.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!