Sunday, April 8, 2012

Pemain Bola yang Paling Dibenci


Siapakah pemain bola yang paling dibenci didunia? Tidak sukar mencari jawapannya. Lihat saja di twitter.com iaitu, #FootballersIHate. Sehinggakan semalam, ianya menghasilkan nama-nama teratas sebagai pemain bola yang paling dibenci. Mereka adalah Luis Suarez, Sergio Busquets, Lee Hughes dan Marlon King.

Kenapa Luis Suarez? Inilah masalahnya bila kelab seperti Manchester United memiliki peminat yang ramai. Kebencian mereka terhadap Suarez bermula ketika dia melakukan tindakan rasisme terhadap Patrice Evra.
Spontan, dia dijadikan 'public enemy'. Hukuman digantung 8 perlawanan ternyata tidak membuatkan kebencian mereka reda. Sebaliknya, bak api disimbah minyak, kebencian mereka memuncak ketika Suarez menolak bersalaman dengan Patrice Evra.


Kebencian memang subjektif. Namun, bagus juga ada kewujudan perasaan seperti ini. Sekurang-kurangnya, para pemain bola boleh menjaga tindak tanduknya dipadang atau selepas bermain bola.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Kesian kat luis suarez..peminat liverpool pulak benci patrice evra..hehe..:)

wandisini on April 9, 2012 at 9:26 AM said...

isu perkauman sangat sensetif..
yang menjadikan peminat bola benci dengan suarez sebab dia tak nak bersalam dengan evra..orang buat baik, dia nak buat jahat lak

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!