Sebanyak 110 mayat mangsa nahas sebuah pesawat Boeing 737, yang terhempas sebelum sempat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, petang semalam sudah ditemui lewat malam tadi.
Sebanyak 127 penumpang dan anak kapal dipercayai terbunuh dalam nahas itu yang berlaku dalam keadaan cuaca buruk di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini. Brigadier Sarfraz Ali yang mengepalai siasatan nahas itu berkata, kebanyakan mayat sukar dikenal pasti berikutan pesawat yang hangus terbakar.
"Sisa pesawat bertaburan dalam radius dua kilometer dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam tadi mencari mangsa yang selamat," katanya.
Menurutnya, berdasarkan keadaan pesawat yang musnah, tiada peluang mangsa terselamat ditemui.
Pesawat milik Bhoja Air itu dalam penerbangan dari Karachi membawa 127 penumpang, termasuk enam anak kapal.
Sumber berkata, pesawat tersebut dijangka tiba di lapangan terbang itu pada pukul 6.50 petang (waktu tempatan), namun terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 6.40 petang dan dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini, selepas itu.
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan, Nargis Sethi berkata, satu pasukan siasatan ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas.
Ketua Pengarah Penerbangan Awam Pakistan, Nadeem Khan Yusufzai pula berkata, siasatan awal mendapati cuaca buruk dengan ribut petir merupakan punca juruterbang gagal mengemudi pesawat itu. - AFP
.
1 Penyokong CHELSEA:
kesian..takziah pada semua keluarga mangsa.
Post a Comment