Monday, April 23, 2012

Robin Gibb sedar dari koma


Penyanyi kumpulan Bee Gees, Robin Gibb dilapor sudah sedar daripada koma dan mula memberi tindak balas kepada ahli keluarga, semalam. Jurucakapnya, Doug Wright berkata, Robin koma selepas mengalami masalah radang paru-paru pada minggu lalu.

Katanya, dia sudah boleh menganggukkan kepalanya dan berkomunikasi dengan ahli keluarga yang menemaninya di sebuah hospital dekat barat London. Isteri penyanyi berusia 62 tahun itu, Dwina berkata, abang suaminya, Barry Gibb ada menyanyikan lagu sebagai usaha untuk menyedarkan Robin.

Malah ketiga-tiga anaknya turut memainkan muzik untuk Robin.
Kumpulan Bee Gees yang dianggotai oleh tiga beradik iaitu, Robin, mendiang Maurice Gibb, dan Barry, merupakan antara artis berkumpulan yang meraih jualan terhebat sepanjang zaman.

Robin menjalani pembedahan perut 18 bulan lalu, namun doktor mendapati dia menghidap kanser hati dan usus. Februari lalu, dia menyatakan keadaan dirinya semakin pulih, sekali gus menunjukkan harapan bahawa kanser yang dihidapinya itu akan hilang.

Keadaan kesihatan Robin juga sangat teruk ketika dia ditemani anak lelakinya, Robin-Jong menghadiri tayangan perdana hasil kerja pertamanya dalam muzik klasikal, The Titanic Requiem pada minggu lalu sempena ulang tahun ke-100 tragedi tersebut.

Dalam tayangan itu, Robin sempat menyanyikan lagu Don’t Cry Alone di panggung utama di Central Hall Westminster dekat tengah London.

- AFP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!