Monday, May 14, 2012

Apple dan kontroversinya


Generasi terbaru iPhone keluaran Apple yang dijangka menggunakan nama komersial iPhone 5 mungkin berhadapan masalah penjenamaan. Ia kerana nama iPhone 5 telah digunakan oleh sebuah laman web, iphone5.com yang didaftarkan pada Februari 2008 di Australia dan kini memaparkan iklan-iklan membabitkan telefon pintar dan mesej-mesej berkaitan iPhone. Justeru, Apple baru-baru ini memfailkan aduan kepada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melindungi hak berkaitan harta intelek.

Namun, tindakan itu mendapat bantahan pengguna laman web berkenaan yang menggesa semua pengunjung iphone5.com supaya menghalang pengambilan alih nama berkenaan daripada Apple dalam satu pautan, hari ini. Bantahan pengguna laman web itu, bagaimanapun bukan masalah baru bagi Apple kerana syarikat itu pernah menghadapi situasi sama dan memenangi semua kes membabitkan tuntutan mengenai penjenamaan iPhone.

Pada penghujung 2011, Apple memenangi tuntutan ke atas penggunaan nama iphone4s.com dan turut memenangi hak ke atas laman web, iPods.com. Sementara itu, bantahan pengguna laman web iphone5.com langsung tidak diendahkan pemilik blog dan peminat Apple yang terus menggelarkan versi terbaru syarikat itu dengan iPhone 5 walaupun tiada nama rasmi yang telah diumumkan setakat ini untuk gajet tersebut. Khabar angin sebelum ini mengandaikan versi terbaru Apple akan menampilkan skrin yang lebih besar dan dibuat daripada bahan futuristik yang dikenali sebagai LiquidMetal. - AGENSI




.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on May 14, 2012 at 4:53 PM said...

laman web tu pun dah tahu Iphone tu mulik apple, napa la dorang tak nak beri kan nama tu pada yang empunya semula..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!