Monday, May 14, 2012

Lionel Messi memang seorang yang dermawan


Bintang bola sepak FC Barcelona kelahiran Argentina, Lionel Messi, 24, bukan saja terkenal dengan kehebatan di atas padang dan kekayaan yang dimilikinya, malah beliau juga dikenali sebagai seorang yang dermawan. Terbaru, Messi dilaporkan mengambil keputusan untuk membiayai rawatan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menghidap sejenis penyakit dikenali Growth Hormone Deficiency (GHD) atau Sindrom Kurang Hormon Pembesaran, sejenis penyakit jarang ditemui yang melambatkan pertumbuhan tulang.

Laman web sukan Goal.com melaporkan kanak-kanak berkenaan, Waleed Kashahs yang berasal dari Maghribi, mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak tetapi perbelanjaan untuk merawat penyakit yang dialaminya terlalu mahal. Bagaimanapun, Waleed bernasib baik apabila seorang wanita di negaranya, Soad al-Affani, menghantar pesanan kepada Messi dan menceritakan keadaan kanak-kanak itu.

“Messi yang menerima pesanan itu segera bersetuju untuk membiayai rawatan Waleed sehingga kanak-kanak itu berusia 18 tahun. Beliau akan mengirim wang sebanyak 208 euro (RM825) setiap dua minggu selama enam tahun bagi membolehkan Waleed menerima rawatan terbaik,” lapor laman web itu. Messi juga dilaporkan mengambil gambarnya sendiri sambil memegang baju T kepunyaan Waleed dan menulis mesej untuknya agar sentiasa tabah.

Goal menyatakan, Messi amat tersentuh selepas mengetahui mengenai keadaan Waleed berikutan beliau sendiri pernah menghidap penyakit serupa ketika kecil dan menghadapi kesukaran mencari dana untuk membiayai perbelanjaan rawatannya. Pada 2007 Messi menubuhkan Yayasan Leo Messi, sebuah badan amal yang membantu membiayai pendidikan dan penjagaan kanak-kanak miskin. Yayasan itu menawarkan bantuan dan perbelanjaan percuma kepada kanak-kanak Argentina untuk menjalani rawatan perubatan di Sepanyol. – Agensi




.

1 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on May 14, 2012 at 2:29 PM said...

baik nyer beliau..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!