Tuesday, May 8, 2012

Lelaki ini selamat walaupun lehernya ditembusi panah


Seorang ayah dua anak beruntung masih hidup setelah dia ditembak melalui leher dengan panah saat dia berjalan-jalan di sebuah taman di Rusia. Konstantine Myakush, 38, sedang bersama keluarga dengan dua anak perempuan di dekat sebuah pusat olahraga di Moskow ketika dia terkena panah 20-inci.

Panah, diyakini telah dilepaskan oleh seorang anggota sebuah kelab panah, akan membunuh Myakush kalau tersasar hanya satu inci baik kanan atau kiri dengan cara menusuk arteri penting. Anehnya, Myakush tetap sedar dan bahkan memanggil isterinya dan memberitahu kejadian itu yang terus menelefon ambulans yang bergegas membawa Myakush ke hospital di mana dia menjalani scan untuk memeriksa keadaannya


Setelah memastikan panah tidak terkena organ utama, ahli bedah mebedah Myaksuh dan berhasil mengeluarkan pana. Seorang jurucakap hospital mengatakan Myakush itu sangat beruntung kerana panah tidak terkena kepalanya. "Jika terkena kepalanya, pasti dia sudah mati sekarang. Ini adalah keajaiban kerana dia selamat. "

Kelab panah menangguhkan aktiviti sambil menunggu hasil penyelidikan dan telah sepakat untuk mengakhiri sesi latihan di luar ruangan. Seorang jurucakap polis mengatakan kepada media tempatan: "Nampaknya salah seorang anggota kelab memanah dan tersasar terkena Myakush."  Bagi Myakush, dia sudah mula pulih dalam Unit Rawatan Intensif dan disahkan akan sembuh. Dia akan keluar dari Hospital dalam waktu beberapa minggu.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on May 8, 2012 at 10:38 AM said...

panjang betul umur dia.. seram jg tgk anak panah terlekat macam tu.. klu akak dah pengsan dah kot..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!