Tuesday, May 8, 2012

Diskaun untuk tiket konsert Maher Zain di KL 16 Jun


Penyanyi yang popular menerusi lagu Thank You Allah dan InshaAllah, Maher Zain sekali lagi bakal mengadakan konsertnya di Malaysia pada 16 Jun ini. Selepas anak kelahiran Lebanon ini memukau para peminatnya menerusi persembahan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November tahun lepas, Stadium Merdeka Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk menghiburkan para peminatnya dengan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan.

Menurut Pegawai Perhubungan Marctensia Concerts Sdn. Bhd., Goh Yoke Leng, selaku penganjur konsert Maher, pihaknya menawarkan harga potongan lima peratus kepada peminat yang ingin mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert Maher Zain. "Bagi pembeli awal, kita tawarkan diskaun lima peratus kepada para peminat Maher Zain yang mahu menyaksikan konsert beliau di Stadium Merdeka pada 16 Jun nanti.

"Kita menjangkakan konsert Maher akan bermula pada pukul 8 malam," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. Katanya lagi, para peminat Maher Zain tentu mahu mendengar penyanyi itu mengalunkan lagu daripada single terbarunya, Number One For Me yang semakin mendapat tempat di hati peminat. Konsert Maher kali ini merupakan konsert jelajah bagi mempromosikan album terbarunya berjudul Forgive Me yang sudah pun berada di pasaran.

Bagi para peminat Maher Zain, bolehlah melayari www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811 untuk mendapatkan tiket konsert. Harga tiket adalah seperti berikut RM298, RM238, RM138 dan RM78. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts 03-2092-1199 atau layari laman web http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/






.

4 Penyokong CHELSEA:

Ros on May 8, 2012 at 12:34 PM said...

Salam ziarah...

fiQRa on May 8, 2012 at 2:44 PM said...

wahhhh maher zain.. beratus jugak ye tiketnya.. hehe

maszull on May 8, 2012 at 2:58 PM said...

assalamualaikum Lulu...wah seronoknya kalau dpt pi tengok Konsert Maher Zain ni...:)

Newskaki on June 6, 2012 at 10:25 PM said...

Anda peminat Maher Zain juga? Ohh... kembali hangat bersama Newskaki.com dimana semua bloggers berkumpul dan berkongsi berita sambil add kawan-kawan semacam Facebook tapi kini berada di Malaysia, rapat bersama anda semua dengan memberi 10 TIKET PERCUMA masuk VIP ke konsert Maher Zain "Forgive Me" Live Di Malaysia. JANGAN LEPASKAN PELUANG MENARIK INI. 11 hari lagi, 10 tiket senang jer nak menang.... hanya join kami, dan blog pepe jer yg korang rasa menarik, tertarik, ataupun lepak kat mamak teh tarik bual bual pasal konsert ni... dapatkan segera juga 5% tiket diskaun sehingga hari konsert di stadium merdeka kepada semua pembaca dan peminat newskaki.com ... jangan ketinggalan sebab anda bukan ketinggalan zaman, masih ada masa lagi nak menang ...jom join kat
http://www.newskaki.com/​maher-zain-concert
..... PELUANG MENANG KINI SUDAH BERADA DI TANGAN ANDA...klik je ok..
Tak perlu nak beli pe pe product.... join kami, klik, paliang kreatif menang... kalau tak berpeluang menang pun....saguhati beli tiket* dapat 5% kurang... APA LAGI?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!