Wednesday, June 13, 2012

Gambar terbaru Harith iskandar dan anak sulungnya



Bagi pelakon dan pelawak, Harith Iskandar, setiap hari hidupnya dipenuhi dengan kegembiraan kerana berpeluang melayarinya dengan isteri tersayang, Jezamine Lim dan anak lelaki, Zander Xayne Iskander yang baru berusia tiga bulan. Menurutnya, tiada perubahan drastik yang berlaku dalam hidupnya melainkan menganggap ia satu fasa baru di mana dia bergerak setapak lagi ke hadapan untuk melalui kehidupan mendatang dengan lebih matang.

Walaupun dikurniakan Zander ketika usianya melewati angka 40-an, Harith sentiasa positif dan meletakkan harapan supaya dapat melihat anaknya membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna. “Sejujurnya, siapa yang tidak mahu bergelar ayah? Saya juga tidak menyangka saya boleh menjadi ayah dan kini apabila sudah melalui pengalaman itu, saya seronok kerana dapat meluangkan masa melayan dan bermain dengan anak. Walaupun dia tidak tahu atau faham apa-apa lagi, namun saya sedar, setiap hari saya mempelajari benda baru mengenainya.


“Mengimbau memori bersama ayah saya, dia seorang yang tegas dan kurang berinteraksi dengan anak. Saya rasa, ramai ibu bapa di era 60-an dan 70-an bersikap begitu. Jika tidak kata mereka maka tidaklah jawapannya, tidak kira bagaimana pun kita memujuk. “Saya berpendapat, setiap cara didikan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ia terpulang kepada penilaian kita dan mengadaptasinya ke dalam hidup serta cara kepimpinan kita selepas bergelar ayah pula. Ia umpama belajar daripada kesilapan, mana yang baik, wajar dan boleh diikuti dalam mendidik anak-anak zaman kini. Saya rasa tidak salah kalau kita ambil sebagai panduan,” katanya.





.

6 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on June 13, 2012 at 4:07 PM said...

jumpe dia last week kat the garden..

maszull on June 13, 2012 at 4:09 PM said...

assalamualaikum Lulu...like father like son...:)

Hanis Azla on June 13, 2012 at 4:31 PM said...

seiras betul muka anaknya dengannya..

anis marissa on June 13, 2012 at 6:15 PM said...

muke ank dye mcm haris la

Unknown on June 13, 2012 at 10:37 PM said...

tahniah kepada harith...:)

Kekzamanis on June 13, 2012 at 10:53 PM said...

Sebijik muka Harith.. Putih melepak pun macam ayah dia.. Tomey! ^_^

#Lawa wife harith.. ada iras2 Umie Aida la plak sekali tengok.. =)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!