Wednesday, June 13, 2012

Wanita perlu jaga badan



PERANAN wanita pada masa kini dilihat begitu besar tidak kira meliputi aspek kekeluargaan atau pekerjaan, semuanya memerlukan komitmen tinggi untuk terus berjaya. Disebabkan itu, banyak pihak mula membuka mata untuk memberi penghargaan terhadap jasa yang dilakukan wanita pada keluarga, masyarakat dan negara. Bukan itu saja, apabila melihat kepelbagaian peranan wanita, usaha memperkasakan golongan hawa ini daripada segi kesihatan juga harus diambil kira apatah lagi jika sudah bergelar ibu.


Ini kerana mereka dianggap sebagai nadi keluarga yang perlu mempunyai sikap positif terhadap kepentingan kesihatan dalaman atau luaran untuk membentuk keluarga yang sihat dan ceria. Menurut Pengarah Serantau Mega Lifesciences Sdn Bhd, Sudhir Gandhi, penjagaan kesihatan boleh dilihat secara luaran atau dalaman yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

“Kami ingin menegaskan kepada golongan ibu di Malaysia bahawa kecantikan itu datang daripada luaran dan dalaman. Apabila kesihatan tubuh dijaga dan memastikan ia sentiasa pada tahap optimum, maka kecantikan luaran akan terpapar jelas. “Kesihatan dalaman anda dipengaruhi oleh gaya hidup, makanan seimbang serta pengambilan mikro nutrien iaitu makanan tambahan yang betul,” katanya.






.

3 Penyokong CHELSEA:

Kekzamanis on June 13, 2012 at 7:50 PM said...

Wanita itu obor & tunggak kecemerlangan negara! ^_^

Salwati Sapei on June 13, 2012 at 9:11 PM said...

betulll LULU sokong 101%..try gi blog sye..leh membantu para wanita nieyyy..hehe=)

Unknown on June 13, 2012 at 10:38 PM said...

saya sokong :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!