Sunday, June 17, 2012

Nyawa lelaki ini selamat hanya kerana aiskrim


Banyak hal biasa dalam hidup yang ternyata boleh menyelamatkan hidup kita. Seperti contohnya kisah seorang lelaki yang berhasil diselamatkan nyawanya dengan menggunakan aiskrim. Dilaporkan oleh pejabat berita RIA Novosti, seorang lelaki yang tidak disebutkan identitinya di Ukraine dilaporkan tiba-tiba saja terjatuh tepat di tengah jalan. Lelaki ini khabarnya sedang mengalami masalah serius dengan kesihatannya. Namun sayangnya, tidak ada orang yang mauh menolong lelaki malang tersebut.

Ini adalah kerana, mereka terfikir tubuh yang sedang terkapar di tengah jalan itu adalah seorang lelaki yang tengah mabuk teruk. Nasib baik tidak lama setelah itu, seorang petugas polis lalu lintas yang diketahui bernama Vasily Maksimenko melintas dan mengetahui kejadian tersebut. Maksimenko pun mendekati lelaki itu dan mendengar dia membisikkan "kekurangan gula". Mendengar hal itu Maksimenko tidak langsung memanggil paramedik. Sebaliknya dia hanya menuju ke kedai yang tidak jauh dari tempat itu untuk membeli aiskrim.

Ternyata keputusan yang diambil Maksimenko ini tepat kerana tidak lama setelah memakan aiskrim yang dibelikan Maksimenko, lelaki ini pun kembali segar. Merasa sangat berterima kasih kerana telah menyelamatkan nyawanya, lelaki itu khabarnya mendesak pihak polis untuk memberikan penghargaan kepada Meksimenko atas tindakan tersebut.






.

3 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

ais krim kandungan gula tinggi jugak la tu kan kak? kalau tak, xkan polis boleh bagi orang tu ais krim. heee :)

Anonymous said...

kurang gula makan ais krim...ok..baru tau..tq..

EiNeZz on December 14, 2012 at 11:00 PM said...

lelaki tu sebenarnya mengalami Hypoglycemia iaitu kekurangan gula dalam badan. disebabkan ais krim mengandungi gula, lelaki tersebut dapat diselamatkan. sebenarnya kalau lelaki tu diberikan minuman yang manis, gula-gula atau coklat dia juga boleh pulih normal semula.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!