Thursday, June 14, 2012

Suami pengsan lihat isteri digilis



Seorang suami pengsan selepas melihat mayat isterinya dengan kepala hampir hancur digilis jentolak ketika bertugas di kilang kertas kitar semula di Jalan Bakti, di sini, kelmarin. Mangsa dikenali sebagai Hazizeh, 33, yang juga warga Indonesia itu mati selepas separuh badan dan kepalanya digilis jentolak yang dipandu rakan sekerja, lelaki warga Myanmar. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, pemandu jentolak berusia 28 tahun yang asyik memunggah kertas tidak menyedari kehadiran mangsa yang berada di sebalik tiang dalam gudang kilang terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu yang memandu jentolak tidak menyedari mangsa berada di belakangnya. “Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ketika itu berada di laluan jentolak mengangkut barang. Kemudian, pemandu jentolak yang asyik mengangkut kertas kitar semula tidak sedar mangsa berada di belakang jentolak.

“Mangsa mati di tempat kejadian dipercayai parah di kepala dan patah tulang pinggul akibat digilis jentolak berkenaan,” katanya. Beliau berkata, polis dimaklumkan berhubung kejadian itu jam 8 malam selepas menerima panggilan daripada penyelia kilang terbabit dan bergegas ke sana. “Apabila sampai, mayat mangsa sudah dialihkan rakan sekerja, manakala pemandu jentolak itu melarikan diri kerana ketakutan,” katanya. Mohamad Shukor berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat dan urusan menghantar mayat ke kampung halaman di Indonesia juga sudah dilakukan.

“Kami minta pemandu jentolak itu membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan dan orang ramai yang mengenali suspek juga boleh melakukan demikian. “Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dengan tampil sendiri atau hubungi talian 03-32902222. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya. -metro






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!