Wednesday, June 13, 2012

Buat yang tersayang




Lama tak review novel. tapi bila baca novel yang satu ni, hati tak sabar nak buat review. Novel yang sangat baik dan siyes, bila baca novel ni mengingatkan lulu dengan novel kak Fea Takdir Fitrah Terindah.


Novel ini mengisahkan Syira yang bijak serba serbi, terpaksa menghadapi perkahwinan yang telah diatur oleh ayahnya hanya kerana dia ingin melanjutkan pelajaran sebagai doktor. Bakal suami tidak pernah dia lihat mahupun kenali sehinggalah mereka dinikahkan. Rupanya lelaki yang bergelar suami itu telah dimiliki. Pasrah dan mula menyimpul kasih, Syira membawa diri melanjutkan pelajaran, meninggalkan suaminya yang mula mengenali erti cinta dan rindu.


Novel ini menarik kerana terselit bahasa orang labuan disitu. Malahan bagi lulu, penulis berjaya menggabungkan infomasi yang menarik mengenai Sabah, apabila menulis satu-persatu bandar dan daerah di sabah. Lebih menarik apa bila kita sebagai pembaca seolah-olah terbuai menyelami kemesraan antara Syira dan Airy. (hah terbayang pula keadaan yang sama dengan Fitrah dan Aiham dalam novel TFT). Setelah kembali ke tanah air, Syira cuba menjauhkan diri dari Airy yang mula menunjukkan kemesraan dan kasih sayang. Sangkanya, kasih sayang dan cinta Airy selama ni buat orang lain, rupanya hanya untuknya seorang..


Jomlah dapatkan novel ini dipasaran, pasti tidak akan menyesal. Wah siyes, dah baca berkali-kali. Terima kasih buat kak Fea sebab pilihkan novel ni untuk lulu... terbaik.





BUAT YANG TERSAYANG ~ MAYA RASYIDAH






.

6 Penyokong CHELSEA:

TS on June 12, 2012 at 2:09 PM said...

aik??cam berangkai plak..
pasni ila plak cari nih..hihi

Hanis Azla on June 12, 2012 at 2:41 PM said...

Alhamdulillah.. lulu menyukai novel ni dan ianya kena dengan jiwa lulu.. seronok akak dengar.. thanks so much juga sbb selalu promote TFT.. terharu akak..

Lulu Caldina on June 12, 2012 at 2:48 PM said...

@Hanis Azla ngee, baru nak tinggalkan link kat blog kak fea, rupanya dah datang komen kat sini.. >.<

Kancil 8349 on June 12, 2012 at 3:44 PM said...

wah...bestnya...tapi kena bersabar...hehehe...

Yaya Azura on June 12, 2012 at 4:08 PM said...

kak yaya belum baca lagi novel nie..1st time dengar nie..

Nini D.. on June 12, 2012 at 4:27 PM said...

tunggu Nini pulak g beli!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!