Tuesday, July 3, 2012

Agaknya dah takde makanan lain (2 Gambar)


Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita. Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu. Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak.


Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong. Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya. Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah. Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa.

Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu. Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan. Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu. - AP






.

2 Penyokong CHELSEA:

Ainisha ali on July 3, 2012 at 8:36 AM said...

tumpang ye..

assalamualaikum... saya nak anjurkan satu contest poster memandangkan kat sini ramai yang berbakat.. jom sertai sempena RAMADHAN yang bakal datang ni :)


http://satumakna4u.blogspot.com/2012/07/jom-berposter.html

Buat duit online on December 18, 2012 at 6:09 PM said...

Gigit2 manja je kot haha

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!