Monday, July 2, 2012

Buah warna merah jambu



Spesies baru beri biru telah dibiakkan di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini. Ia digelar beri merah jambu kerana warnanya lebih cerah dan berbeza daripada spesies beri lain. Bentuknya sama seperti beri biru tetapi rasanya lebih manis dan sesuai untuk dimakan begitu sahaja, atau digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan dibuat minuman. Ahli Hortikultur AS, mengambil masa 20 tahun untuk membiakkan beri merah jambu ini. Daun pokok beri merah jambu itu turut berubah warna mengikut musim dan persekitarannya. Buahnya akan bertukar kepada warna merah jambu terang, apabila ranum sekitar Ogos dan September. Biji benihnya kini telah dieksport untuk kali pertama ke Britain. Jurucakap Suttons Seeds, Francijn Suermondt berkata, mereka tidak mempunyai buah-buahan yang berwarna terang seperti beri merah jambu tersebut. “Ia bakal menjadi pilihan utama untuk membuat pai atau mufin kerana rasanya dua kali ganda lebih manis daripada beri biru. Kanak-kanak pasti menggemari buah ini,” katanya.

2 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

menarik ni!

firdausi on July 3, 2012 at 8:46 AM said...

comelnya buah ni... buah apa ni? saalam perkenalan.. saya dah follow blog awak.. jom lawat blog saya :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!