Bulan lepas, dia hanya mengenakan t-shirt yang ketat dengan perut yang semakin membesar. Dan minggu ini Drew Barrymore muncul dengan pakaian yang lebih selesa. Pelakon Amerika Syarikat ini telah dilihat keluar dengan memakai baju pijama. Drew, 37 tahun, yang masih belum secara rasmi mengumumkan kehamilannya, jelas berpakaian untuk keselesaan menghadapi kehamilannya yang kian menonjol itu. Walaupun kelihatan dia agak selesa dengan penampilan seperti itu, namun ianya tidak sesuai dengan tarafnya sebagai bintang filem ternama. Drew dikatakan telah membeli-belah untuk lilin di Montecito, tetapi dia sebenarnya kelihatan lebih berminat dengan telefon bimbit.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment