Saturday, July 28, 2012

Cincin istimewa buat Kim Kardashian


Kanye West dikhabarkan sedang merancang untuk melamar kekasihnya, Kim Kardashian. Menariknya, jejaka ini dilaporkan mereka sendiri cincin pertunangan untuk diberikan kepada bintang realiti televisyen itu. Menurut sumber, penyanyi rap itu mengupah pakar emas peribadi untuk mereka cincin bertatahkan berlian dan permata bagi diberikan kepada kekasihnya sebaik sahaja kes penceraian Kim dan Kris Humphries selesai. “Kanye memilih berlian mahal jenis Donda dan beberapa permata untuk diletakkan pada cincin pertunangan mereka.


“Donda merupakan permata yang begitu berharga buat Kanye kerana ia adalah pemberian mendiang ibunya. Jadi, tujuan Kanye memberikan cincin istimewa itu sebagai menunjukkan betapa sayangnya dia kepada Kim,” kata sumber. Bagaimanapun, ramai rakan-rakan Kanye tidak bersetuju dengan tindakannya kerana jika berpisah, Kanye tidak akan dapat meminta kembali cincin tersebut.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!