"Mungkin belum ada rezeki lagi. Baby okay cuma ketika hendak mula menembak tadi, baby ada menendang sedikit," kata penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi mengenai kegagalannya melepasi pusingan penyingkiran dalam acara 10m Air Rifle Wanita. Nur Suryani, yang kini mengandung lapan bulan, mengutip 392 mata untuk menduduki tangga ke-34 daripada 56 peserta yang layak menyertai acara ini di lapang sasar Royal Artillery Barracks, di sini, Sabtu. Beliau bagaimanapun berpuashati dengan kutipan mata tersebut kerana hanya mensasarkan 390 mata pada saingan itu. "Catatan peribadi terbaik saya ialah 397. Memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya sasarkan 390 mata. Tidak sangka dapat tembak 392," katanya.
Walaupun gagal melepasi pusingan pembukaan, Nur Suryani tetap menjadi tumpuan media yang membuat liputan temasya sukan terbesar dunia itu. Beliau akan kembali ke Malaysia pada Rabu depan. -BERNAMA
P/S - Panas : Bila penembak Malaysia yang hamil dipersendakan diluar negara, rakyat malaysia ada untuk mempertahankannya..
.
2 Penyokong CHELSEA:
tak apalah.. tak ada rezeki. apa2pun, kita patut berbangga dengan beliau..
beliau menjadi perbualan ramai di media.....
Post a Comment